Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hatilah di jalan raya


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada sekalian Muslimin dan Muslimat.

Tip pejalanan jauh@balik kampung:
Untuk perjalanan jarak jauh terutama di siang hari dengan kenderaan sendiri: 
Apabila mengisi minyak petrol, gunakan petrol RON97 dan jangan gunakan RON95 kerana RON95 tinggi kandungan benzene maka ia sangat mudah meruap. Oleh itu minyak anda cepat habis. Pak Cik tak ada data analisis terperinci untuk tujuan ini tetapi anda boleh buat kajian sendiri.

Andaikan 2L RON95 boleh menggerakkan kenderaan anda sekitar 40km, 2L RON97 pula mungkin boleh menggerakkan kenderaan anda lebih daripada 60km. Disebabkan oleh sifat RON95 yang sangat mudah meruap, anda pergi lebih dekat. Walaupun harga RON95 lebih murah daripada RON97, jika anda menggunakan RON95 anda mungkin perlu beberlanja lebih untuk jarak km yang sama.

Satu lagi masalah apabila RON95 sangat mudah meruap maka ia juga bermaksud "AMAT MUDAH TERBAKAR". Banyak kemalangan yang melibatkan kenderaan terbakar berlaku sejak RON95 diperkenalkan di negara kita. Di negara yang bercuaca sejuk, penggunaan RON95 tidak begitu menjejaskan. Tetapi di negara kita yang bercuaca hujan dan panas sepanjang tahun, keadaan ini adalah berbeza di mana RON95 lebih mudah meruap dalam cuaca panas dan terik di jalan raya. Taklah menghairankan jika bila berlaku kemalangan minyak bocor dan kenderaan terbakar ATAU terdapat kebocoran minyak dan menyebabkan kenderaan terbakar. Kedua-duanya boleh berlaku.

Pastikan kenderaan anda diservis sebelum perjalanan jarak jauh. Benzena dalam petrol adalah pelarut organik yang sangat kuat. Ia mampu melarutkan karbon dalam mendapan karbon@arang (berwarna hitam). Apabila mendapan karbon pada komponen-komponen kenderaan dilarutkan benzena dalam petrol, terutama bagi komponen yang telah usang. Sambungan komponen yang ditutupi oleh mendapan karbon sebelum ini mungkin terbuka kembali. Semakan semula dengan mengetatkan mana-mana sambungan yang perlu mungkin perlu dilakukan atau lebih baik servis dan tukar alat ganti yang telah haus.

Tentang Sikap Pemanduan Rakyat Malaysia
Tak dapat hendak dinafikan ramai rakyat Malaysia tak kira bangsa tak dapat nak membezakan antara kecekapan pemandu dengan kebodohan pemandu. Mereka fikir cilok sana cilok sini atau memandu lebih daripada 200km/j adalah sesuatu hebat dan cekap memandu.

Perlu diingatkan hukum dalam syariat Islam tetap hukum, walaupun syaitan-syaitan bisu membisukan diri. Memandu laju dalam keadaan berbahaya dan membahayakan orang lain boleh menyebabkan dua perkara apabila berlaku kemalangan.
  • Kalau si pemandu yang terbunuh. Jika si pemandu memandu laju kerana kesombongan, rasa hebat bila memandu laju (orang kena hidu asap dia), atau rasa gah dengan kemewahan kenderaan yang dipandunya. Alhamdulillah! kalau dia mati adalah seperti mati bunuh diri, lebih baik dia mampus kerana hidup dia menyusahkan orang lain saja. Kalau si pemandu memandu laju kerana hal-hal kecemasan atau hal-hal lain yang dia terpaksa memandu laju, sedangkan kalau boleh dia mahu elakkan memandu laju dan membahayakan. Apabila si pemandu terlibat dalam kemalangan dan terbunuh, ini cerita lain. Terserah kepada Allah SWT, "dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan".
  • Kalau orang lain yang terbunuh. Apabila si pemandu menyebabkan kematian bagi pihak lain, hukumnya boleh jatuh sebagai hukum membunuh sama ada dengan segaja atau tak sengaja. Di negara Islam lain seperti di Arab Saudi, mereka melaksanakan hukum Qisas iaitu hukum balas.




    1. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa).
    2. Melukakan dibalas dengan melukakan.
    3. Mencederakan dibalas dengan mencederakan.

    Hukuman Qisas ini lebih dan amat mendidik manusia jika dibandingkan dengan hukuman sivil mahkamah-mahkamah kangaroo di dunia. Dalam kes kemalangan maut yang tak disengajakan, pewaris si mati boleh memberi kemaafan kepada yang bersalah dan pesalah itu boleh terlepas dari hukuman mati. Untuk maklumat lanjut tentang hukum Qisas, lihat : http://ms.wikipedia.org/wiki/Qisas atau mana-mana rujukan berkaitan.
Membunuh dan bunuh diri adalah dosa-dosa besar yang patut dijauhi sebagai seorang muslim. Terutama bunuh diri, si mati adalah murtad dan mayatnya boleh dilempar di tepi jalan sebagai makanan binatang liar.

Oleh itu semasa memandu, ingat-ingatlah syariat Islam tetap syariat Islam, hukum tetap hukum. Meskipun syaitan-syaitan bisu di Jabatan-Jabatan Agama Islam, syaitan-syaitan bisu Mufti@ulama dan syaitan-syaitan bisu dalam institusi-institusi pendidikan Islam mengubah suai hukum syariat seperti mana yang dilakukan oleh paderi-paderi dan pope dari dahulu hingga sekarang, kita tetap akan diadili dengan keadilan Allah SWT yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Kita mungkin terlepas hukuman dari mahkamah kangaroo atau mahkamah kambing, tetapi tidak di mahkamah Allah SWT. Ada balasan atas dosa kita segera dibalas atas dunia lagi dan ada yang ditangguh di akhirat nanti.

Wallahualam.

Inilah Selamat Hari Raya ala 1 Malaysia ... percubaan atau kesilapan?

Kan Pak Cik dah kata awal-awal lagi ... lagi awal daripada PR, sebelum PR dedahkan hubungan UMNO-APCO-Israel dan 1 Malaysia = 1 Israel (lihat artikel ini). Konsep 1 Malaysia tak ubah seperti pendekatan-pendekatan geng-geng dajjal, freemanson dan sewaktu dengannya.



Kalau anda menerima akidah 1 Malaysia, inilah mesej yang akan dibawanya, tersurat dan tersirat. Tak pelik pun. Jadi Hari Raya pun disambut ala 1 Malaysia dengan mencampur adukkan semua elemen agama lain menjadi agama baru 1 Malaysia. Cuma kalau bukan Islam dari PR masuk masjid atau surau adalah bertentangan dengan akidah 1 Malaysia. Ha, ha, ha ...

Tengok-tengok video iklan ini kat Youtube dari pelbagai sumber, ada juga yang menerima ini sebagai
"satu kreativiti yang bagus",

"nmpk ok je..!!!",

"@inlifeteam .... nabi tak pernah menghalang kita mengamalkan budaya/ culture. dan culture tu sesuatu yang boleh berubah. asalnya tak memudaratkan ok ah. kecoh gila ah korang.". 
Bagus, bagus, mereka inilah menerima akidah "1 Malaysia" yang diturunkan oleh APCO kepada Najib. Asalkan dari UMNO semuanya baik-baik belaka. Siapa yang berakidah "1 Malaysia" tak perlu nak marah "kecoh-kecoh" tentang iklan raya TV3 ini.

Tapi bagi mereka yang masih memegang akidah Islam yang dibawakan oleh Rasulllulah SAW, kalau tak suka iklan ini maka tolaklah ideologi "1 Malaysia" dan tolaklah pendiayah "1 Malaysia" itu. Bukan begitu?

"Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".

Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yang mulia


Abu Hurairah berkata, "Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, 'Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan karena iman dan mencari keridhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu."

Benar kah kerajaan BN memberi terlalu banyak subsidi kepada rakyat?

Subsidi bahan api
Kerajaan akan menghapuskan subsidi bahan api yang didakwa sebanyak RM23.5 bilion setahun. Oleh itu subsidi petrol dikekalkan terapung sebanyak 30 sen dimansuhkan dan seterusnya menaikkan harga bahan api itu melebihi harga di pasaran dunia dalam masa lima tahun ?. Lihat artikel sebelum ini.

Langkah kerajaan menghapuskan petrol plumbum adalah satu langkah baik bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Plumbum adalah logam berat yang toksik kepada manusia dan juga haiwan. Kerajaan telah menggantikan petrol berplumbum dengan RON95 mulai September 2009 dan petrol berplumbum tidak lagi di jual di Malaysia.

Berikutan dengan itu pada masa itu, harga petrol RON 95 naik ke RM1.80 menggantikan RON92 yang dijual pada harga RM 1.75. (Kalau tak silap). Manakala RON97 pada masa itu dinaikkan dari RM1.80 ke RM2.05, menjadi petrol premium.

Perbezaan harga 25 sen antara RON 95 dengan RON 97 bukanlah atas faktor subsidi kerajaan semata-mata. Campuran bahan api dalam RON 95 adalah berbeza daripada RON 97. Campuran bahan api dengan bahan tambahan (macam serbuk perisa) yang berlainan adalah bertujuan untuk mencapai rating nombor oktana penyelidikan (Research Octane Number).

RON ditentukan dengan menjalankan bahan bakar di dalam mesin uji dengan nisbah mampatan variabel dengan keadaan yang terkawal, dan membandingkan hasilnya dengan hasil dari campuran iso-oktana dan n-heptana. Rating oktana adalah untuk mengukur ke rintangan petrol dan bahan bakar lain untuk pencucuhan auto dalam percikan pencucuh (spark plag) enjin pembakaran dalaman.

Betul ke anak mahatihir gay@homoseksual??? ... isyh, isyh, isyh ...

Terkejut juga bila baca artikel mengatakan anak Mahathir seorang gay, ini fitnah ... satu fitnah besar nie. Mahathir adalah ulama UMNO yang tersohor, beliaulah pengasas mazhab "Malaysia Boleh". Tak mungkin, kerana dia berjuang habis-habisan menentang homoseksual titisan mani azizan yang terakhir (dan kini saiful). Dalam Utusan, Berita Harian, rangkaian berita Media Prima tiada melaporkan gossip ini, ini berita bohong, satu pembohongan.

Mereka kata anak Mahathir, Mazhar Mahathir adalah seorang gay@homoseksual dan mereka buktikan dengan facebook palsu, my space palsu, frienster palsu, gambar palsu ... semuanya palsu. Untuk membuktikan kepalsuan ini maka aku pun memulakan penyiasatan ...

Kata mereka ini Mazhar Mahathir, anak chetdet:

Tengok muka pun tau, ini bukan keturunan melayu ... macam pelakun hidustan jer. Tapi, chetdet juga bukanlah keturunan melayu asli, kacukan mamak... hmmm ..... mmmmm .... Betulkah mahathir ada anak bernama Mazhar Mahathir? atau pun kebetulan nama bapak sama?

TENGOK !!! Pak Pandir Najib buat kira-kira untuk potong subsidi minyak

Pada tahun 2008 kabinet telah meluluskan had subsidi minyak 30sen seliter (aras syiling). Laporan Bernama dan disiarkan di laman web KPDNKK. Ia juga turut disahkan pada awal tahun ini oleh menteri berkenaan dalam sidang akhbar oleh the Malay Mail (18/1/2010) dan katanya kerajaan akan menghapuskan subsidi 30 sen ini pada 30 April. Ini membuktikan bahawa subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan sehingga kini adalah pada kadar 30 sen seliter sejak dikuat kuasa pada 1 September 2008.

Jika harga pasaran minyak dunia naik maka harga minyak bahan api tempatan turut akan naik kerana subsidi 30 sen adalah pada kadar tetap. Jika harga minyak dunia RM2.30, harga tempatan adalah RM 2.00, jika harga minyak dunia RM2.00, harga tempatan adalah RM1.70 dan jika harga minyak dunia RM4.50, maka harga minyak tempatan adalah RM4.20 dan seterusnya.

Sebaliknya Utusan Dajjal melaporkan pada 13/3/2010, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 45sen seliter petrol. Kenapa kerajaan tidak menguat kuasakan subsidi pada kadar tetap sebagai mana diputuskan kabinet. Jika kerajaan tak mampu mengikuti keputusan yang dipersetujui kabinet, perlukah kabinet itu lagi?

Baru-baru ini Pak Pandir Najib mengemukakan resolusi baru untuk menghentikan pelbagai subsidi kepada rakyat kerana "you help me, i help you".

Laporan daripada Berita Harian (28/5/2010).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun. 
Bisnessweek (27/5/2010):

It calls for petrol prices to be raised this year by 15 sen (5 cents) from 1.80 ringgit (54 cents) a liter currently.
This will be followed by a gradual 10 sen (3 cents) increase a liter every six months until 2012. The price increase will slow after that until it reaches 2.60 ringgit (78 cents) a liter by the end of 2015.

Ringkasan:
Harga petrol dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Subsidi sekarang : RM0.30 seliter petrol
Harga petrol sekarang : RM1.80

 kenaikan harga petrol   pemotongan subsidi   baki subsidi   harga petrol seliter 
Jun 2010 - Dis 2010 RM0.15 RM0.15 RM0.15 RM1.95
Jan 2011 - Jun 2011 RM0.10 RM0.10 RM0.05 RM2.05
Julai 2011 - Dis 2011 RM0.10 RM0.05 -RM0.05 RM2.15
Jan 2012 - Jun 2012 RM0.10 -RM0.10 -RM0.15 RM2.25
Julai 2012 - Dis 2012 RM0.10 -RM0.10 -RM0.25 RM2.35
2013 RM0.10 -RM0.10 -RM0.35 RM2.45
2014 RM0.10 -RM0.10 -RM0.45 RM2.55
2015 RM0.10 -RM0.10 -RM0.55 RM2.65

Subsidi yang diberikan hanya 30 sen seliter, selepas subsidi 30 sen dihapuskan dalam pertengahan tahun 2011, maka rakyat pula akan memberi kembali subsidi kepada kerajaan Pak Pandir Najib. Oleh itu kelak bila harga minyak di pasaran dunia jatuh RM1.50, negara kita jual dalam pasaran tempatan RM2.00. Bijak-bijak, bijak sungguh si celaka Pak Pandir Najib buat kira-kira !!!

Malaysia akan menjadi seperti Greece bukan kerana rakyat menerima terlalu banyak subsidi, negara lain seperti Brunei pun banyak memberi subsidi kepada rakyatnya tak ada masalah pun. Pak Cik tak lah pandai sangat dalam bidang ekonomi ini. Tapi rasanya tak perlu pak cik nak mengaji sampai ke peringkat pHD untuk beli roti canai dan teh tarik kat warung mamak.

Golongan berpendapatan secara relatif lebih banyak berbelanja pendapatan yang mereka perolehi dan kurang menyimpan. (pendapatan tak mencukupi)  Jika ada jual beli maka ada perniagaan, jika ada perniagaan maka ada perdagangan, jika ada perdagangan maka ada aktiviti perusahaan, perkhidmatan, perladangan dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti perdagangan, perusahaan, perladangan, pertanian, import dan eksport, dan lain-lain mengerakkan ekonomi Malaysia. Oleh itu secara tidak langsung mereka mewujudkan kecairan dalam pasaran ekonomi tempatan.

Sebaliknya jika harga barangan terlalu tinggi, ia mengurangkan kuasa beli pengguna, pengguna berpendapatan rendah atau miskin terpaksa mengehadkan perbelanjaan mereka dan mengikat perut. Kuasa beli yang lemah juga melembabkan aktiviti jual beli, permintaan dan harga pasaran juga rendah. Sebagai contoh mudah peniaga bazaar Ramadhan dan kain serta kuih raya pada dua tahun lepas, ramai yang mengeluh kerugian perniagaan mereka suram tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesan peningkatan harga barangan yang tidak terkawal meningkatkan inflasi serta memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara. (Tip: inflasi adalah baik bagi pemberi hutang, ia adalah khabar buruk bagi penyimpan). 

Malaysia akan menjadi seperti Greece bukan kerena rakyat TETAPI kerana Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah serta kerajaannya membelanjakan duit negara macam kena rasuk syaitan. Mereka jadikan asset, harta benda dan segala kekayaan negara serta pendapatan negara, seperti kad kredit mak bapak mereka. Bangsat betul Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah, celakalah ke atas mereka sebesar-besar kecelakaan di dunia dan di akhirat...

Negara dalam Bahaya !!! selagi Pak Pandir Najib jadi PM

Najib ni betul-betul Pak Pandir dan selayaknya gelaran Pak Pandir diberikan kepada dia. Tak abis-abis buat hal mengkhianati negara, semalam tanah KTMB yang menjadi milik Keretapi Tanah Melayu sejak 1885 (125 tahun sekarang) pula bertukar milik kepada Singapura. BODOH BANGANG CELAKA SUNGGUH KETURUNAN RAZAK, BACUL, DAYUS... INILAH PEMIMPIN KEBANGGAAN PENYOKONG TEGAR UMNO-APCO.

Esok tah apa lagi pula yang dijual, digadai dan dicabuli Pak Pandir Najib. Lagi lama dibiarkan, makin nazaklah kedaulatan negara Malaysia di tangan Pak Pandir Najib dengan bini dia, Mak Andeh Rosmah. Dengan ini sebagai rakyat Malaysia yang masih cintakan negara menisytiharkan...


Pak Pandir dan Mak Andeh memimpin 1 Malaysia ...

Gabungan ideal, Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah memimpin 1 Malaysia ke arah kehancuran. Makin hari makin banyak benda-benda pelik yang mereka lakukan. Mereka juga boros membelanjakan wang negara dan beberapa kali telah menggadaikan aset negara. Korang yang pengikut setia BN dan UMNO, korang tak bimbangkah dengan masa depan negara kita? Yang mana lebih utama bagi korang, parti atau negara?

Pak Pandir Najib seorang pengecut dan pengkhianat negara
Sebelum merampas kuasa sebagai PM, sepanjang Pak Pandir Najib memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Banyak perkara pelik berlaku dalam Kementerian Pertahanan.
  1. Ketika konflik Ambalat sekitar Mei 2005 antara Malaysia - Indonesia, di mana ia menjadi tegang apabila pemberian konsesi minyak di Blok Ambalat oleh Petronas kepada Shell. Bantahan dibuat oleh Kementerian Luar Indonesia kerana mereka mendakwa pemberian hak konsesi ini dilakukan dalam wilayah perairan mereka .

    Indonesia isytihar perang ke atas Malaysia  dan telah menghantar armada perang ke kawasan konflik bagi menjaga kedaulatan negara mereka. Apakah ini angkara penasihat Petronas pada masa itu (chet det) yang ingin mensabotaj kerajaan Pak Lah? Ketegangan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan peperangan antara dua negara dan negara-negara barat boleh mengeksploitasi kenaikan harga minyak.

    Malangnya Pak Pandir Najib yang menjadi menteri pertahanan pada masa itu atau menteri yang dipertanggung jawabkan atas urusan pertahanan negara, awal-awal lagi telah cabut lari ke luar negara. Kenapa dia tak balik serta merta bagi menyelesaikan masalah ini? Pak Lah juga lah yang terpaksa menyelesaikan sendiri konflik ini dengan berbincang terus menerusi telefon dengan rakan sejawatnya, Presiden Indonesia, Susilo Bambang. Alhamdulillah, peperangan dapat dielakkan. Bila dah aman barulah, si Pak Pandir Najib balik ke Malaysia.

    Lagi buruk adalah perangai adalah media perdana di mana mereka tidak siarkan sebagai tajuk utama berita, kononnya takut rakyat panik. Berita perkembangan konflik ini diletakkan dalam column kecil je, tak penting. Sebaliknya pelajar cemerlang 100 A1 dalam SPM yang menjadi tajuk utama pilihan mereka. Bodoh betul !! ibarat ayam kat pasar, sedikit pun mereka tak kisah rakan sereban-nya disembelih. Sedikit pun mereka tak panik!!


Hentikan fitnah ke atas Arqam & Ashaari Muhammad, fitnah yang dinyalakan oleh UMCO dan tenteranya !!!

Terlebih dahulu marilah kita membacakan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, bekas pemimpin kumpulan Al -Arqam yang telah kembali ke rahmatullah pada 13Mei 2010 jam 2.10 petang. Al-Fatihah.

Alhamdulillah, alangkah seronok jika dapat kembali menghadap Allah SWT dalam gembira dan tersenyum. Jealous-nya aku.

Sama ada anda suka atau tidak, atau anda tetap dengan pendirian bahawa Allahyarham Ashaari Muhammad, kumpulan Al-Arqam@Rufaqo sesat. Selagi anda tidak bermazahab UMNO-APCO, kita perlu menilai kembali fatwa yang mengatakan kumpulan ini sesat.

Penilaian Semula Tuduhan Kesesatan
Siapakah yang memfatwakan Arqam & Ust Ashaari Muhammad sesat? Tidak lain dan tidak bukan adalah Majis Fatwa Kebangsaan.

Atas dasar apa mereka membuat fatwa itu? adalah hasil risikkan SB-SB dan laporan-laporan media perdana berbahasa Melayu.

Kenapa mereka mengeluarkan fatwa itu? atas arahan perdana menteri (chet det) dan menteri di jabatan perdana menteri (hamid othman).

Siapa di belakang fatwa itu? mufti-mufti makan gaji, pusat islam, majlis-majlis agama islam negeri-negeri, dan yang seangkatan dengannya.

Bilakah Arqam menerima tentangan hebat daripada kerajanan UMNO-BN? Selepas mereka mencabar untuk mengambil alih peranan Pusat Islam dan mencabar kerajaaan Malaysia.

Siapakah menteri-menteri kerajaan BN pada masa itu? Salah seorang mereka adalah DS Anwar sendiri.

Saya bukan ahli atau bekas ahli Arqam dan juga bukan pro kumpulan ini. Tetapi sebagai manusia, saya lihat penindasan ke atas mereka sewaktu pengharaman kumpulan mereka tidak ubah sama seperti apa yang dilakukan hari ini oleh kerajaan UMCO. Hinggakan mereka dikafirkan kerana berlainan aqidah dengan UMCO, sembelihan mereka diharamkan, barangan mereka diharamkan dan mereka dihinakan lebih dari binatang oleh UMCO.
(artikel panjang, sila klik link ini untuk terus membaca)

Jawatan kosong sebagai barua, negara tergadai tak mengapa !!!!

Ini adalah iklan jawatan kosong pada pertengahan tahun lepas (2009). Cari punya cari, last jumpa juga iklan jawatan kosong ini. Apa yang menarik tentang jawatan ini kelulusan minima SRP/PMR tetapi gaji agak lumayan, lagi lumayan daripada kerja kilang. Ada kilang-kilang pada masa itu yang menawarkan gaji serendah RM280 untuk kelulusan yang sama.


Ooooo..... Inilah hasil gerak saraf UMNO, barua-barua mereka menyalak sana sini, di blog anti-umno, anti-bn dan juga semasa kempen PRK Hulu Selangor. Setiap hari mesti laporkan kepada pihak atas mereka apa yang telah mereka lakukan, seperti memporak perandakan PKR, mengapi-apikan obor fitnah pada PKR dan macam-macam lagi .... macam duti harian syaitan.

Di manakah mereka meletakkan kepentingan negara? jika pemimpin mereka terus melakukan kesilapan dan mereka terus mempertahankannya,  bagaimana kesan terhadap negara? Kepentingan rakyat bagaimana? Tanggung jawab sosial kepada rakyat bagaimana? Maruah Negara? Keselamatan Negara? Inilah kerja si pengecut, diktaktor yahudi melayu yang takutkan bayang-bayang sendiri, seperti mana Firaun Laknatullah yang takutkan kemunculan Nabi Musa a.s. sehingga dibunuhnya semua bayi lelaki yang lahir pada tahun itu.

UMNO/BN sudah terlalu tua untuk memimpin negara, makin tua makin nyanyok dan kubur kata mari, rumah kata pergi... Terima kasih kepada Pak Lah kerana telah membuktikan bahawa walaupun beliau menjadi PM pada masa itu, barah kepimpinan BN tidak lagi dapat diubati. Lebih baik siapkan keranda untuk UMNO, BN dan sekutu-sekutunya bersemadi buat selama-lamanya.

Keadilan untuk Aminulrasyid - Khalid Samad

29 APRIL - Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi.

Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali
masyarakat tempatan.

Malaysian top brass sue over jet engine dismissal: lawyer

AFP - Wednesday, April 28
KUALA LUMPUR, April 28, 2010 (AFP) – A former Malaysian general and four other senior officers have sued the armed forces for wrongful dismissal over the theft of two missing fighter jet engines, their lawyer said Wednesday.

In January, a Malaysian air force sergeant and a businessman were charged over the theft of the engines worth 29 million dollars, but the attorney-general said no senior military officers were involved.

However, Brigadier General Abdul Hadi Abdul Khatab and four other senior officers have complained they were forced to retire over the issue, lawyer Zalil Mohammad Mess told AFP.

"The council had asked them to explain allegations of misconduct and negligence over the theft in 2007, which they did and they denied the allegations but were later forced to retire," Zalil said.

He said the five were seeking up to 5.0 million ringgit (1.6 million dollars) in damages as they felt the affair implied that they had cheated the government and caused it to suffer losses due to negligence.
Government lawyers have applied to quash the suit which will be heard on May 21, he said.

The Malaysian government faced a storm of criticism and allegations of official corruption after two Northrop F-5E jet engines were reportedly taken from a military air base in 2007 and sold on the black market to a South American company.

The two engines were traced to Uruguay in February and authorities say they are in the midst of securing their return.

A number of countries subject to US arms embargoes, including Iran, Sudan and Venezuela, have F-5 fighters that use the antiquated engines. The jet first flew in 1963 and Northrop ended production in 1989.

Malaysians allege graft in French submarine deal


KUALA LUMPUR, Malaysia – A Malaysian rights group said Wednesday it filed complaints to French prosecutors that allege shipbuilder DCNS paid kickbacks to a friend of Malaysia's prime minister to aid a $1.2 billion submarine deal.

Malaysia ordered two diesel-electric Scorpene attack submarines in 2002 as part of a naval upgrade. Prime Minister Najib Razak was defense minister at the time.

Local rights group Suaram said it filed two complaints in December 2009 and February this year with French prosecutors. Under the French legal system, prosecutors must first investigate a complaint before the case can proceed.

Laporan Polis oleh Saksi Utama, kes polis tembak remaja


Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah... Lihat seterusnya.. kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL? Bengapnya UMNO !!!!

Makin lama UMNO dah makin menjadi Yahudi, pemikiran dia pun dah macam orang Yahudi. Virus Yahudi dah menyerang minda dan saraf UMNO? Kesian. Oooo patutlah dahulu, satu ketika dahulu semasa zaman chet det sibuk lobi Yahudi, si laknatullah astora jabat menulis pada satu artikel di utusan malaysia bahawa "islam adalah adik kepada yahudi, yang mengenang budi".

Untuk mengalih tumpuan tentang APCO no, dan tentang Yahudi dalam kerajaan Malaysia BN, mereka samakan PAS for All dengan Israel for All. Umat Islam janganlah melatah dengan gelagat anak didik Yahudi ini. Biarlah mereka nak kata apa, yang pasti PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan umat Islam dan menjaga keselamatan Islam itu sendiri dalam sistem kerajaaan sekularasi di Malaysia.

Islam diturunkan bukan untuk satu bangsa, bukan hakmilik bangsa Melayu tetapi tidak kira apa bangsa sekalipun daripada umat manusia ataupun jin dan Islam membawa rahmat ke seluruh alam. Pendek kata "Islam for All" adalah Islam untuk semua. Begitu juga perjuangan Islam PAS bukan untuk bangsa Melayu sahaja tetapi untuk semua umat Islam serta menjamin kesejahteraan sesama manusia tidak kira agama. "Islam for All", so "PAS for All". UMNGOK ADA APA2 MASALAH DENGAN PERKARA INI ????

Patutlah umno bengap, bongok, bahalol.... dewa pujaan mereka tok najib tu super bodoh. Sekali jumpa obama terus lembik lutut dan terus berlutut pada Yahudi. Ikut resmi bangsat, sebelum merdeka jadi bangsat, perjanjian kemeredekaan dengan cara bangsat, lepas merdeka jadi bangsat jual negara, memang bangsat nasional, pengkhinat kepada negara dan seluruh umat islam seluruh dunia !!!

Firman Allah swt:
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." Al-Baqaroh - 120.
Ayuh!!! Selamatkan Malaysia daripada ajen yahudi malaysia iaitu UMNO dan yang sepertinya.

UFO di Malaysia !!!! Pelik tapi benar...


Kapal Terapung ! Malaysia adalah negara pertama mencipta kapal terapung di dunia, kini dan selamanya. Hasil penyeldikan Prof. Najib A/L Razak.
Satu lagi hasil penyeldikan Prof. Najib A/L Razak selama beberapa tahun di ATM, pertama dan satu-satunya ciptaan terhebat sepanjang zaman, JET PEJUANG TANPA ENJIN !!!! Oleh kos kelengkapan ketenteraan negara dapat dikurangkan secara dramatik daripada RM 1,000,000.00 kepada dua seringgit je. Murah beb ! kat tempat lain tak da jual!

Opps!! ada lagi... hampir terlupa pulak.
Kepintaran Prof. Najib A/L Razak tak dapat dinafikan lagi, satu lagi teknologi yang popular suatu ketika dahulu, KERANDA TERBANG. Keranda tercanggih di dunia, kini dan selamanya. Mana ada negara lain yang mampu mencipta Keranda Terbang. Only in 1Malaysia!!! Fulamak!!! Gua caya sama lu, anak razak.

MENTERI YANG MEMPERJUANGKAN HAK WANITA, KASI SAMA RATA dan ANTI POLIGAMI !!!

Adalah dalam satu pasukan, sehati dan sejiwa dengan ...
Siapa Bekas Menteri Yg Kaki Raba? - Click here for more amazing videosx-menteri si peraba bontot.


Anti poligami tetapi rela kaum wanita sebagai alat mainan seks politikus2 lelaki BN. OK, syarizat hang nak pilih siapa malam ni? najib (x boleh, nanti ke C4)? hishamudin (x boleh, dia ada selera lain dengan artis) ? jarjis (x boleh, dia ada kat luar negara) ? soi lek (x boleh, dia baru betobat kot)? megat (alamak dia dah mampus) ? tambi cik ? isa (x boleh, dia kaki rasuah bukan seks) ? toyo (x boleh, dia sayangkan keluarga dia sebab itu dia bina istana dan empayar untuk keluarga dia dengan duit rakyat Selangor) ....
macam mana wanita2 umno & puteri2 umno, kalau hangpa tak da otak, sehati sejiwa dengan syarizat, perghi la kempen kat hulu selangor sepenuh jiwa raga untuk memastikan kemenangan barisan nasional. ha, ha, ha....

Kopi Termahal di Dunia..

Tahukah anda apakah kopi yg termahal di dunia?

Cappucino? Expresso? Mocha?

What? Kopi Janda? Tu yg mahal bukan kopinya.. tapi jandanya. Kah kah kah...

Biasa kita minum kopi.. kopi yg diproses dari biji kopi asli. Tapi berlainan dengan kopi ini. Nama pun paling mahal, mesti la ada spesel nya.. Hehe.

Limpahan warga asing dalam sektor industri, Keperluan negara atau kebebalan BN ?


Semua orang tahu warga asing kian membanjiri sektor-sektor pekerjaan warga tempatan, dalam industri pembuatan, pembinaan, pertanian, perladangan, peternakan, perniagaan, perkhidmatan, restoran, sekuriti, sektor awam dan tah apa-apa sektor lagi. Kenapa ?

Ada penganalisis bengap berkata :
"jumlah pekerja asing yang ramai menunjukkan kebergantungan negara terhadap mereka kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk mengisi kekosongan bagi pekerjaan tertentu."

"Kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing amat tinggi terutama dalam sektor
perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Keadaan itu amat
menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja
asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar,
Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain
lagi. ...............

Lembaga Hasil Dalam Negeri

Air mata Melayu di kempas, Johor Darul UMNO...

copy & paste dari : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/03/air-mata-melayu-di-johor-darul-umno.html

kenapa berita ini tak masuk RTM & TV3???

Mudah – mudahan doa orang yang terinaya dan dizalimi di makbulkan oleh Allah S. W. T AMIN. Klik pautan gambar untuk gambar yang lebih jelas.

Komen aku : inilah bala tentera UMNO yang sering digunakan untuk memerangi rakyat!!



Komen aku : Macam bersimpati je muka dua ekor polis ni, tapi tak boleh nak buat apa? Tu la, polis kena berkhidmat untuk negara, untuk rakyat DAN TAK PATUT JADI ANJING SURUHAN UMNO!!!

Malaysia beralih ke biofuel tahun depan

Malaysia to switch to biofuel next year (AFP - Thursday, March 25)
KUALA LUMPUR, March 24, 2010 (AFP) – Malaysia, the world's second-largest palm oil producer, will make it mandatory for all vehicles to use biofuel from next year, the government announced Wednesday.

Malaysia's plans to shift to biofuel -- a mixture of diesel with five percent processed palm oil -- have been delayed over the past few years due to price fluctuations.

The plan will now be implemented in stages in several central states from June 2011, the Plantation Industries and Commodities Ministry said in a statement, adding that the extra cost will be borne by petroleum companies.

The policy "will benefit the country as biofuel is environmentally friendly and it will reduce our dependence on petroleum diesel," the ministry said.

"It will also strengthen the palm oil prices and enable the planters, especially smallholders, to benefit from the stronger palm oil price."

sumber : Yahoo! News (AFP).


terjemahan:
Malaysia beralih ke biofuel tahun depan (ANTARA News - Rabu, 25 Mac)
KUALA LUMPUR, 24 Mac 2010 (AFP) - Malaysia, negara pengeluar minyak sawit dunia kedua terbesar, akan mewajibkan semua kenderaan untuk menggunakan biofuel pada tahun depan, diumumkan oleh kerajaan semalam.

Malaysia bercadang beralih ke biofuel - campuran diesel dengan lima peratus minyak kelapa sawit yang diproses - telah tertunda selama beberapa tahun karena ketidak stabilan harga.

Plan itu akan dilaksanakan secara berperingkat di beberapa negeri bermula Jun 2011, Menteri Kementerian Perladangan Industri dan Komoditi mengatakan dalam sebuah kenyataan, dengan menambah bahawa kos tambahan akan ditanggung oleh syarikat petroleum.

Dasar ini "akan menguntungkan negara kerana biofuel adalah mesra alam dan ia akan mengurangkan pergantungan kita pada minyak diesel," kata menteri.

"Ini juga akan memperkukuhkan harga minyak kelapa sawit dan membolehkan peladang, terutama peladang kecil, untuk mendapatkan keuntungan daripada harga minyak kelapa sawit yang lebih kuat."

Malaysia di mata dunia

Petikan daripada berita Yahoo! (sumber AFP):
End 'charade of justice' in Malaysia's Anwar trial: HRW
KUALA LUMPUR, March 24, 2010 (AFP) – Human Rights Watch Wednesday urged Malaysia to drop sodomy charges against opposition leader Anwar Ibrahim, condemning the case as a "charade of justice".
sumber Yahoo! News.
terjemahan :
Akhiri 'permainan keadilan' di Malaysia dalam perbicaraaan Anwar: HRW
KUALA LUMPUR, 24 Mac 2010 (AFP) - Pemerhati Hak Asasi Manusia pada hari Rabu mendesak Malaysia untuk mengugurkan tuduhan sodomi terhadap pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, dan mengutuk kes ini sebagai sebuah "permainan keadilan".

1Malaysia tak tahu, tapi 1 DUNIA tahu mahkamah Malaysia adalah mahkamah kanggaru. Apa yang perlu dikisahkan kerana 1Malaysia ada APCO, badan pemikir Yahudi untuk 1Malaysia.

Mari bertarannum? Hiburan alternatif?

Program "Mari Bertarannum" yang disiarkan di TV9 sebuah program TV yang tak asing lagi. Menurut Ust. Nik, ia merupakan satu-satunya rancangan yang mengajar cara membaca al-quran dengan alunan-alunan seperti bayati,nahwand,rast dan sebagainya. Ia juga mengajar bagaimana untuk mengelokkan suara dengan latihan vocal. Terima kasih kat ust kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada masyarakat. Pakcik ada kemusykilan di sini, tetapi  ...

Jom makan Murtabak, Burger,... Tahi Ayam

Siapa pernah makan martabak taik ayam? Atau burger taik ayam? Aku? .... mungkin pernah kot,he, he,he ...  :- P.

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain