Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

SUARA MERDEKA! MERDEKA!

Mereka kata penulis blog perlu bertanggung jawab terhadap kestabilan, perpaduan dan … negara. Duduk diam dan angguk2 saja, baru lah negara akan aman. Ibarat ayam dalam reban, angguk-angguk seekor demi seekor kena sembelih, walau pun member kena sembelih depan mata, kena angguk2 juga untuk jaga kestabilan negara. Biarkan pemimpin politik nak buat apa yang mereka suka, kita mesti angguk2 baru lah hidup kita akan aman bahagia. CELAKA, BANGSAT… sejarah angguk2 telah menyebabkan negara kita (tanah melayu dalam sejarah) dijajah dan sehingga kini anak2 didik penjajah ini yang menjajah di bumi sendiri.

Di sini Bermula ...

Akum,

Dah lama aku tunggu, cendawan-cendawan mekar memenuhi bumi yang dahulunya dikenali sebagai semenanjung tanah melayu. malangnya, banyak cendawan lepasan universiti yang jadi cendawan beracun untuk anak negeri. depa rasa pandai lebih, suka hati depa nak pijak kepala marhaen, ada lubang duit rakyat depa kikih no. pasai aku tahu sikit aku kena bagai tau jugak, walau aku bukan menteri, bukan yb, tak da phd.. peerah, tak payah jadi hipokrit la, nak kena tok liah konon, dah lebih 50 tahun dengan hipokrasi, pastu birokrasi, negara dah nak basi... la ni emegency, ha, ha, ha ... baru hang tau.

Blog ni ganti blog yang satu lagi, http://negaraku-kelam.blogspot.com/. Aku lupa email, tak leh nak login lagi... :-(.
Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain