Kalau anda menerima akidah 1 Malaysia, inilah mesej yang akan dibawanya, tersurat dan tersirat. Tak pelik pun. Jadi Hari Raya pun disambut ala 1 Malaysia dengan mencampur adukkan semua elemen agama lain menjadi agama baru 1 Malaysia. Cuma kalau bukan Islam dari PR masuk masjid atau surau adalah bertentangan dengan akidah 1 Malaysia. Ha, ha, ha ...
Tengok-tengok video iklan ini kat Youtube dari pelbagai sumber, ada juga yang menerima ini sebagai
"satu kreativiti yang bagus",
"nmpk ok je..!!!",
"@inlifeteam .... nabi tak pernah menghalang kita mengamalkan budaya/ culture. dan culture tu sesuatu yang boleh berubah. asalnya tak memudaratkan ok ah. kecoh gila ah korang.".Bagus, bagus, mereka inilah menerima akidah "1 Malaysia" yang diturunkan oleh APCO kepada Najib. Asalkan dari UMNO semuanya baik-baik belaka. Siapa yang berakidah "1 Malaysia" tak perlu nak marah "kecoh-kecoh" tentang iklan raya TV3 ini.
Tapi bagi mereka yang masih memegang akidah Islam yang dibawakan oleh Rasulllulah SAW, kalau tak suka iklan ini maka tolaklah ideologi "1 Malaysia" dan tolaklah pendiayah "1 Malaysia" itu. Bukan begitu?
"Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".
0 komen:
Catat Ulasan