Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Benar kah kerajaan BN memberi terlalu banyak subsidi kepada rakyat?

Subsidi bahan api
Kerajaan akan menghapuskan subsidi bahan api yang didakwa sebanyak RM23.5 bilion setahun. Oleh itu subsidi petrol dikekalkan terapung sebanyak 30 sen dimansuhkan dan seterusnya menaikkan harga bahan api itu melebihi harga di pasaran dunia dalam masa lima tahun ?. Lihat artikel sebelum ini.

Langkah kerajaan menghapuskan petrol plumbum adalah satu langkah baik bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Plumbum adalah logam berat yang toksik kepada manusia dan juga haiwan. Kerajaan telah menggantikan petrol berplumbum dengan RON95 mulai September 2009 dan petrol berplumbum tidak lagi di jual di Malaysia.

Berikutan dengan itu pada masa itu, harga petrol RON 95 naik ke RM1.80 menggantikan RON92 yang dijual pada harga RM 1.75. (Kalau tak silap). Manakala RON97 pada masa itu dinaikkan dari RM1.80 ke RM2.05, menjadi petrol premium.

Perbezaan harga 25 sen antara RON 95 dengan RON 97 bukanlah atas faktor subsidi kerajaan semata-mata. Campuran bahan api dalam RON 95 adalah berbeza daripada RON 97. Campuran bahan api dengan bahan tambahan (macam serbuk perisa) yang berlainan adalah bertujuan untuk mencapai rating nombor oktana penyelidikan (Research Octane Number).

RON ditentukan dengan menjalankan bahan bakar di dalam mesin uji dengan nisbah mampatan variabel dengan keadaan yang terkawal, dan membandingkan hasilnya dengan hasil dari campuran iso-oktana dan n-heptana. Rating oktana adalah untuk mengukur ke rintangan petrol dan bahan bakar lain untuk pencucuhan auto dalam percikan pencucuh (spark plag) enjin pembakaran dalaman.


Dalam RON92 petrol berplumbum, plumbum tetra ethyl@TEL (sebatian plumbum) digunakan sebagai ejen anti ketukan untuk mencapai rating RON92. Dalam RON 95 1 Malaysia bahan utama ejen anti ketukan adalah benzena. Anda boleh mengecam bau bahan pelarut industri yang kuat dalam RON 95 berbanding RON 92 dan juga RON97. Benzena adalah bahan pelarut industri (serta makmal) yang kuat, ia boleh melarutkan kebanyakan bahan hidro karbon. Ia juga berupaya untuk melarutkan sisa mendapan karbon dalam ekzos dan juga enjin.

Berbeza dari TEL, benzena boleh dihasilkan sebagai hasil sampingan dari pemprosesan petroleum, iaitu proses penghasilan bahan api seperti petrol, diesel, gas LPG, bitumen dan sebagainya. Oleh itu kos penghasilan benzena adalah jauh lebih murah berbanding dengan bahan tambahan petrol yang lain termasuk TEL (dihasilkan oleh industri petrokimia). Benzena adalah ejen anti ketukan (penggalak oktana) yang termurah berbanding bahan-bahan ejen anti ketukan yang lain.

Persoalannya, RON 92 yang lebih mahal kos campurannya digantikan dengan RON 95 yang jauh lebih murah campurannya, tetapi dijual lebih sedikit daripada RON 95. Adakah ini namanya subsidi? Agaknya berapa untung kerajaan boleh jana dari RON 95 dan RON 97 yang dijadikan petrol premium.

Satu lagi perkara benzena mempunyai kadar pemeluwapan (berubah menjadi wap) yang tinggi. Oleh itu ia mudah memeluwap ke udara terutama bila suhu panas. Pengguna RON 95 mungkin perlu mengisi lebih petrol terutama bila memandu dalam cuaca yang panas. Iklan : “RON 95 boleh membawa anda pergi lebih-lebih dekat berbanding petrol biasa ... ha, ha, ha”. $$$$$$ RM RM RM....

Pastikan tiada kebocoran minyak pada enjin, ini kerana benzena mudah meruap dan juga sangat mudah terbakar terutama bila panas. Flash point benzena adalah -11oC. Mungkin benar kata orang peningkatan kemalangan akibat kenderaan terbakar sejak RON 95 diperkenalkan.

Jumlah subsidi adalah RM74 bilion dengan RM42.4 bilion untuk keperluan sosial, RM23.5 bilion untuk minyak, RM4.8 bilion untuk prasarana dan RM3.4 bilion untuk makanan, yang jika dijumlahkan, adalah sebanyak RM12,900 untuk setiap isi rumah.

Satu persoalan yang sering ditimbulkan rakyat kepada kerajaan, “Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar petroleum dunia, kenapa harga minyak mahal dan subsidi bahan api perlu dihapuskan?” dan alasan-alasan yang terbaik yang diberikan oleh pihak-pihak konon cerdik dan pandai :

“Petroleum negara kita berkualiti tinggi, rendah kandungan sulfur. Harga petroleum rendah kandungan sulfur adalah lebih mahal daripada petroleum tinggi sulfur yang diimport daripada negara-negara timur tengah. Negara kita menjual petroleum kita yang berkualiti tinggi kepada negara-negara lain (mungkin untuk industri petrokimia) dan kita membeli petroleum kualiti rendah untuk kegunaan domestik tempatan. Oleh itu kita boleh mendapat banyak keuntungan daripada hasil dagangan ini”.

Wah pandainya ... mesti masa dia kecik-kecik mak dia bagi minum susu babi kan! Dia membesar dengan susu babi dan bila dah besar memang jadi babi pun.

Rakyat pakai barangan tak berkualiti, barangan berkualiti jual kat orang. Petroleum adalah khazanah negara dan hak milik seluruh rakyat Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Persoalan di sini keuntungan besar daripada dagangan petroleum rendah sulfur dengan petroleum tinggi sulfur, adalah milik siapa ? 100% milik Petronas kah ATAU 100% milik kerajaan kah ATAU 50% milik Petronas dan 50% lagi milik politikus UMNO ATAU 100% milik UMNO?

Jawapan yang tepat adalah ... 100% milik UMNO. Buktinya penafian royalti minyak kepada Terengganu ketika PAS menerajui kerajaan Terengganu, penolakan pemberian royalti minyak kepada Kelantan dan juga kepada seluruh negeri lain walaupun “1 Malaysia”.

“Kekayaan negara adalah milik pewarisan UMNO, bukan negara mahupun rakyat jelata”

Subsidi Tepung
Seingat aku dulu2 guna tepung timbang cap kunci dan sebagainya. Kemudian tepung tak ada di pasaran (macam gula sekarang ini) dan harga dinaikkan secara berperingkat sehingga ke RM 1.75. Pada zaman tepung gandum RM1.75 sekilo, tepung ini dijual secara paket siap yang di pek oleh kilang, dan rata-rata kedai mula menjual tepung paket 1 Kg ini. Tepung yang siap dipaketkan dari kilang lebih bersih daripada tepung timbang yang biasanya dibiarkan terdedah oleh pekedai runcit.


Tepung paket ini adalah dari jenis tepung gandum yang diperkaya dengan vitamin dan sebagainya. Permintaan tepung paket 1 kg adalah tinggi berbanding timbang terutama apabila pasar raya besar mula menjadi pilihan pengguna di kawasan bandar. Pendek kata tepung gandum yang diperkaya telah menjadi standard baru pengguna.

Kemudian pada tahun ?, harga gandum naik dan harga tepung naik mendadak ke RM2.65 dan bekalan tepung terputus di pasaran (seperti gula pada hari ini) sebelum kenaikan harga. Pemain harga tepung di pasaran bukanlah kedai-kedai runcit tetapi pembekal utama yang di bawah tangan politikus bangsat nasional. Mereka memainkan harga stok barangan komoditi macam bermain jual beli mata wang @ forex.

Mahu tak mahu pengguna terpaksa beli tepung gandum yang diperkaya pada harga RM2.65 sekilo. Kemudian harga tepung ini turun sedikit ke RM 2.30/RM 2.40. Tepung subsidi mula diperkenalkan untuk mengelakkan harga roti canai kegemaran golongan atasan naik melambung. Golongan lain pun minat gak roti canai. Selain itu ia juga membantu menggelakkan kenaikan harga mi, roti dan sebagainya secara mendadak. Bagi peniaga kuih, tepung subsidi adalah pilihan untuk membolehkan kuih dijual pada harga 3 seringgit.

Tepung subsidi tidak sama dengan tepung tanpa subsidi, memang jenisnya juga berlainan. Tepung subsidi adalah tepung gandum biasa yang tidak diperkaya, dan kandungan protein rendah. Bagi gred ini sudah tentu harganya juga adalah lebih rendah. Banyak mana kerajaan belanjakan untuk mensubsidi tepung gred ini kerana harganya sememangnya lebih rendah dari biasa RM2.30 sekilo? Apakah mungkin sebenarnya subsidi tak wujud kerana harga tepung itu memang lebih murah dari tepung yang diperkaya. Tepung subsidi adalah tepung gred asal seperti mula-mula dahulu, cap kunci dan sebagainya.

Ops ... adakah anda ketinggalan bas? Apa benda tepung gandum yang tak diperkaya dengan tepung yang tidak diperkaya? Nak kata gred ... bukan gred, jadi apa ya? Kedua-duanya adalah tepung gandum yang dihasilkan daripada gandum yang dikisar dan kemudian melalui proses pemutihan (jika tidak tepung gandum akan berwarna krim dan bukan putih).

Akibat daripada proses pemutihan tepung gandum, banyak zat semula jadi (seperti protein, vitamin dan mineral) dalam gandum dilunturkan atau terhapus. Untuk tepung yang diperkaya, tepung gandum yang telah melalui proses pemutihan akan melalui satu proses lain di mana zat-zat seperti protein, vitamin dan mineral akan ditambah semula bagi menggantikan zat-zat yang hilang dalam proses pemutihan (macam additive). Manakala bagi tepung gandum yang tak diperkaya, ia adalah tepung gandum selepas proses pemutihan tanpa apa-apa tambahan lain.
“Kalau nak beri subsidi jual barang murah pada harga asal dan dakwa subsidi diberikan. Bijak, bijak."

Tentang gred kualiti tepung gandum tak diperkaya aku "no komen", kalau pengilang mengurangkan proses pemutihan bagi mengurangkan lagi kos pengeluaran tepung subsidi, itu adalah lagi baik dan tersangat-sangat baik kalau langsung tidak melalui proses pemutihan. Bahan yang digunakan untuk proses pemutihan adalah jenis peluntur dan ia tidak baik untuk kesihatan. Malah banyak kuih-muih lebih menjadi jika menggunakan tepung yang tidak diperkaya berbanding yang diperkaya. Kalau ada jual gandum murah lagi baik kisar sendiri. Tapi biji gandum yang dijual di pasaran terlalu mahal berbanding tepung gandum itu sendiri. :-(

Subsidi Beras
Sebelum kenaikan harga beras, gred beras yang agak murah dan berkualiti adalah jenis super spesial tempatan atau super spesial Thai dengan peratus hancur 5% hingga 10%. Peniaga runcit biasanya akan menjual beras gred ini sebagai beras biasa, beras pilihan untuk golongan biasa dan juga berpendapatan rendah. 5Kg beras super spesial tempatan dijual yang kira-kira RM10, boleh dikatakan standard makanan untuk rakyat biasa.

Tetapi selepas kenaikan, harga beras super spesial tempatan adalah kira-kira RM2.70 sekilo. Kenaikan harga beras tempatan kata mereka tidak boleh dielakkan untuk mengelakkan jurang harga yang besar dengan harga beras dunia dan seterusnya mengelakkan masalah penyeludupan ke negara-negara jiran. Walaupun harga beras tempatan naik, kehidupan pesawah tidak jauh berbeza daripada dulu sebaliknya mereka lagi dihimpit kemiskinan berikut kenaikan kos sara hidup dengan harga barangan yang melonjak secara eksponen.

Kerajaan menawarkan beras subsidi nasional, yang mempunyai gred 15% hancur katanya, iaitu lebih hancur daripada standard biasa 10% hancur. Tah-tah beras subsidi itu lebih hancur daripada 25% dan mungkin adalah sisa-sisa beras daripada pemprosesan beras super dan premium. Tah apa gred beras la yang mereka beri kepada rakyat atas nama subsidi. Mungkin bagi mereka rakyat adalah seperti anjing-anjing kelaparan, boleh makan apa saja yang diberikan.
“Pada kaca mata kerajaan UMNO, rakyat adalah seperti anjing-anjing kelaparan, boleh makan apa saja yang diberikan.”

Subsidi Minyak Masak
Malaysia adalah negara pengeluar minyak sawit dunia, no 1, no 2 atau dalam rangking top 5 pengeluar minyak sawit dunia. Kalau kita beli ikan terus dari nelayan di jeti, harga yang diperoleh adalah jauh lebih murah daripada ikan yang dibeli di pasar. Kalau kita beli suatu barangan terus daripada pengilang, harganya jauh lebih murah daripada dibeli pada peruncit.

Negara kita adalah negara top 5 pengeluar, kerajaan BN kata mereka memberi subsidi minyak masak pada rakyat dan Kumpulan Sime Darby pula kata mereka kerugian RM1.6 bilion. Sime Darby Plantation adalah merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia, menghasilkan sekitar 2.4 juta tan atau 6% daripada keluaran minyak sawit mentah dunia (CPO) setahun.

Secara logiknya barangan yang dibeli terus daripada pengeluar atau kilang boleh dibeli pada harga yang rendah, sebaliknya kerajaan UMNO kata mereka memberi subsidi minyak masak kepada rakyat”.

“Kerajaan UMNO memberi subsidi minyak masak dengan kencing atas kepala rakyat-rakyat yang bodoh”. Bodoh sangat kah rakyat Malaysia? Entahlah !
Rumah khir toyol bernilai kira-kira RM40juta, toyol yang pernah menjadi menteri besar selangor.

Subsidi Gula
Kata Pak Pandir Najib gula tak baik untuk kesihatan, oleh gula semacam diharamkan dan sukar untuk diperoleh di pasaran. Gula tak baik untuk kesihatan jika ia dimakan secara berlebih-lebihan macam Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah.

Gula atau lebih tepat lagi karbohidrat adalah elemen penting kepada badan kerana ia adalah sumber tenaga kepada badan, pentingnya gula kepada badan adalah seperti kepentingan petrol kepada kereta dan motor. Walaupun banyak sumber karbohidrat di sekeliling kita, kehidupan sosial setiap insan adalah berbeza-beza, baik dari segi pekerjaan, persekitaran dan juga pemakanan.

Misalnya buruh binaan dan pesawah misalnya memerlukan lebih banyak tenaga daripada kakitangan kerajaan yang bekerja dalam bangunan berhawa dingin. Lepas punch card, makan sarapan dulu dari pukul 8:30 – 9:15 sebelum bekerja, pukul 10:00 – 10:30 minum teh pula, 1:00 – 2:00 petang waktu makan tengah hari, dan pukul 3:30 – 4:30 minum teh petang. Manalah tak kena kencing manis, kalau kena kencing babi lagi bagus.

Walaupun terdapat golongan berpenyakit kencing manis dalam masyarakat, terdapat juga mereka yang berpenyakit atau sindrom hipoglisemia dan juga bertekanan darah rendah. Bagi mereka yang hipoglisemia, kekurangan gula boleh memudaratkan. Oleh itu bagi mereka yang hipoglisemia apabila menghadapi gejala rasa nak pitam, mereka perlu segera dapatkan makanan atau minuman bergula. Bagaimana jika yang menghidap hipoglisemia itu adalah golongan berpendapatan rendah, golongan miskin atau fakir?

Dalam Islam semasa solat berjemaah, imam di larang membaca surah-surah yang panjang atau berdiri solat terlalu lama. Ini kerana dalam solat jemaah ada orang tua, ada orang sakit, ada orang yang perlu segera dengan urusan lain sesudahnya dan sebagainya. Jangan pukul rata semua orang sama macam kita. Kalau kita golongan berada, jangan fikir orang lain pun sama, ada yang tak cukup makan, ada makan sekadar cukup dan lain-lain.

Penghapusan subsidi gula dan pengurangan bekalan gula tempatan secara keterlaluan bukan lah satu tindakan bijak dan melambangkan kebodohan kerajaan yang memerintah. Berfikir macam budak-budak sekolah buat karangan, pemikiran stereotaip yang diacukan.

Bagi industri makanan kecil seperti restoran, penjaja, penjual kuih, bakeri kecil dan seumpamanya, kekurangan bekalan gula boleh menjejaskan mata pencarian mereka dan kenaikan harga gula menyebabkan harga jualan mereka perlu dinaikkan.

Kata menteri KPDNKP, “BAYANGKAN ... BAYANGKAN ... BAYANGKAN ... Jika subsidi gula sebanyak RM1 bilion untuk tahun 2010 yang diperuntukkan dihapuskan, BAYANGKAN ... BAYANGKAN ... BAYANGKAN duit ini kita boleh gunakan untuk pembangunan jalan raya di negeri Serawak yang masih mundur walaupun negara merdeka di bawah pemerintahan UMNO lebih dari 50 tahun dan walaupun Serawak adalah negeri yang mempunyai hasil petroleum. BAYANGKAN ... BAYANGKAN ... BAYANGKAN ...”.

Ohh.. Patutlah sistem pengangkutan di Sabah dan Serawak masih mudur berbanding semenanjung, ini kerana “1 Malaysia” diterajui oleh kerajaan BAYANG-BAYANG yang mencuri royalti minyak untuk kepentingan peribadi mereka, kroni mereka dan juga politik mereka.

(narrator : BAYANGKAN ... BAYANGKAN ... BAYANGKAN ... BAYANGKAN ... BAYANGKAN ... “Adakah nasib rakyat akan berubah selepas subsidi dihapuskan, GST dilaksanakan, dan harga barangan dinaikkan secara eksponen? Adakah lebih banyak kemajuan, pembangunan dan penambah baikkan dapat dilaksanakan selepas subsidi dihapuskan, GST dilaksanakan, dan harga barangan dinaikkan secara eksponen? Jangan mimpilah, semua itu hanya bayang-bayang apabila UMNO di waktu senja. Kalau matahari di atas kepala UMNO kelak, semua itu akan lenyap seperti bayang-bayang.”)

“Kerajaan UMNO adalah kerajaan bayang-bayang. Bayangan penjajah, bayangan Yahudi adalah bayang-bayang UMNO dulu kini dan selamanya.”

Subsidi Baja
Subsidi Baja nak dihapuskan? Kenapa? Kenapa yer? Ha, ha, ha ... kerajaan membelanjakan berapa trilion untuk memberi subsidi baja kepada petani? Mahal sangat kah baja itu atau sengaja dimahalkan?

Salah satu baja asas yang disubsidikan kepada petani adalah baja UREA. UREA atau karbamid adalah sebatian organik yang mempunyai formula kimia (NH2)2CO. Baja UREA mempunyai kandungan nitogen tertinggi berbanding baja-baja pepejal yang lain, iaitu sebanyak 46.7%. Nitrogen adalah unsur penting kepada tumbuh-tumbuhan, ia penting dalam pembesaran tumbuhan serta pengeluaran hasil tanaman di mana nitrogen adalah unsur penting dalam penghasilan klorofil (warna hijau pada daun).

UREA dihasilkan tindak balas cecair ammonia (NH3) dengan ais kering (karbon dioksida - CO2) menggunakan proses Bosch-Meiser. Karbon dioksida sebagaimana yang anda ketahui adalah salah satu gas yang terdapat di udara. Manakala ammonia pula dihasilkan secara sintetik daripada gas Nitrogen (juga salah satu gas paling banyak terdapat dalam udara) dengan gas hidrogen menggunakan proses Haber-Bosch. Dalam industri ini, gas hidrogen dihasilkan daripada industri petrokimia.

Kenapa baja mahal? Kerana ia berkaitan dengan industri petroleum? Salah satu bahan mentah yang boleh digunakan dalam penghasilan gas nitrogen adalah gas asli cecair (LPG). Lebih rendah kandungan sulfur dalam petroleum adalah lebih baik kerana proses pembuangan sulfur dapat dikurangkan. Ini mungkin tidak menjadi masalah kepada Malaysia kerana petroleum Malaysia berkualiti tinggi, rendah kandungan sulfur dan Malaysia juga merupakan pengeksport LPG ketiga terbesar di dunia.

Adakah gas asli yang terlalu banyak dan tak cukup bekas untuk dicairkan dijadikan gas karbon dioksida di udara? Malangnya MUNGKIN, adakah LPG tempatan yang berkualiti tinggi juga didagangkan tanpa sedikit pun dimanfaatkan untuk kegunaan dalam negara? Mungkin juga kerana “1 Malaysia” adalah mata duitan, kalau tak dia takkan senang-senang serah blok telaga minyak negara kepada Brunei.

Oleh kerana negara kita kaya dengan sumber bahan mentah yang diperlukan untuk penghasilan baja UREA, apakah negara Malaysia tidak mampu untuk menghasilkan baja UREA sendiri secara besar-besaran dan menjadi salah satu pengeluar baja di “mata dunia”? Manakala lebihan pengeluaran baja UREA itu disubsidikan kepada para petani tempatan. Ini tak mungkin berlaku kan, talak untung ma!

Kalau tak nak bagi subsidi pun tak pa, tapi jual harga kilang boleh tak? Jawapannya “tak boleh!”. Ini kerana dalam menyahut cabaran era globalisasi, setiap barangan di Malaysia perlu di jual mengikut harga di pasaran dunia atau lebih sikit dari pasaran dunia. Jika nasi lemak sekarang berharga RM1 sebungkus, di US nasi lemak berharga 10 USD. Oleh itu nasi lemak tempatan perlu dijual pada harga RM38 sebungkus bagi menyelaras dengan harga pasaran dunia. Cerdik ke bodoh rakyat “1 Malaysia” ni?

Tentang baja campuran pula, khabarnya banyak penyelewengan oleh pembekal baja. Komposisi utama baja campuran bukanlah baja tetapi bahan lengai seperti pasir dan tanah bakar. Dan pembekal baja subsidi ini pula adalah kontraktor dan sub-sub kontraktor kroni mereka juga.

“Kalau rakyat bijak pandai, kerajaan UMNO akan susah. Jadi revolusi pendidikan negara adalah tidak lagi memfokuskan bidang akademik, sebaliknya ke arah sukan, kokurikulum, hiburan, kebudayaan, kenegaraan dalam acuan UMNO dan 1 Malaysia.”

Kesimpulan
Kerajaan UMNO/BN menyanyikan lagu-lagu subsidi, tetapi siapa sebenarnya yang menerima subsidi, rakyat jelata atau bayang-bayang? Bodoh sangat kah rakyat Malaysia? Entahlah !

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain