Sama ada anda suka atau tidak, atau anda tetap dengan pendirian bahawa Allahyarham Ashaari Muhammad, kumpulan Al-Arqam@Rufaqo sesat. Selagi anda tidak bermazahab UMNO-APCO, kita perlu menilai kembali fatwa yang mengatakan kumpulan ini sesat.
Penilaian Semula Tuduhan Kesesatan
Siapakah yang memfatwakan Arqam & Ust Ashaari Muhammad sesat? Tidak lain dan tidak bukan adalah Majis Fatwa Kebangsaan.
Atas dasar apa mereka membuat fatwa itu? adalah hasil risikkan SB-SB dan laporan-laporan media perdana berbahasa Melayu.
Kenapa mereka mengeluarkan fatwa itu? atas arahan perdana menteri (chet det) dan menteri di jabatan perdana menteri (hamid othman).
Siapa di belakang fatwa itu? mufti-mufti makan gaji, pusat islam, majlis-majlis agama islam negeri-negeri, dan yang seangkatan dengannya.
Bilakah Arqam menerima tentangan hebat daripada kerajanan UMNO-BN? Selepas mereka mencabar untuk mengambil alih peranan Pusat Islam dan mencabar kerajaaan Malaysia.
Siapakah menteri-menteri kerajaan BN pada masa itu? Salah seorang mereka adalah DS Anwar sendiri.
Saya bukan ahli atau bekas ahli Arqam dan juga bukan pro kumpulan ini. Tetapi sebagai manusia, saya lihat penindasan ke atas mereka sewaktu pengharaman kumpulan mereka tidak ubah sama seperti apa yang dilakukan hari ini oleh kerajaan UMCO. Hinggakan mereka dikafirkan kerana berlainan aqidah dengan UMCO, sembelihan mereka diharamkan, barangan mereka diharamkan dan mereka dihinakan lebih dari binatang oleh UMCO.










