Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
Memaparkan catatan dengan label 1 malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1 malaysia. Papar semua catatan

Inilah Selamat Hari Raya ala 1 Malaysia ... percubaan atau kesilapan?

Kan Pak Cik dah kata awal-awal lagi ... lagi awal daripada PR, sebelum PR dedahkan hubungan UMNO-APCO-Israel dan 1 Malaysia = 1 Israel (lihat artikel ini). Konsep 1 Malaysia tak ubah seperti pendekatan-pendekatan geng-geng dajjal, freemanson dan sewaktu dengannya.



Kalau anda menerima akidah 1 Malaysia, inilah mesej yang akan dibawanya, tersurat dan tersirat. Tak pelik pun. Jadi Hari Raya pun disambut ala 1 Malaysia dengan mencampur adukkan semua elemen agama lain menjadi agama baru 1 Malaysia. Cuma kalau bukan Islam dari PR masuk masjid atau surau adalah bertentangan dengan akidah 1 Malaysia. Ha, ha, ha ...

Tengok-tengok video iklan ini kat Youtube dari pelbagai sumber, ada juga yang menerima ini sebagai
"satu kreativiti yang bagus",

"nmpk ok je..!!!",

"@inlifeteam .... nabi tak pernah menghalang kita mengamalkan budaya/ culture. dan culture tu sesuatu yang boleh berubah. asalnya tak memudaratkan ok ah. kecoh gila ah korang.". 
Bagus, bagus, mereka inilah menerima akidah "1 Malaysia" yang diturunkan oleh APCO kepada Najib. Asalkan dari UMNO semuanya baik-baik belaka. Siapa yang berakidah "1 Malaysia" tak perlu nak marah "kecoh-kecoh" tentang iklan raya TV3 ini.

Tapi bagi mereka yang masih memegang akidah Islam yang dibawakan oleh Rasulllulah SAW, kalau tak suka iklan ini maka tolaklah ideologi "1 Malaysia" dan tolaklah pendiayah "1 Malaysia" itu. Bukan begitu?

"Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".

Benar kah kerajaan BN memberi terlalu banyak subsidi kepada rakyat?

Subsidi bahan api
Kerajaan akan menghapuskan subsidi bahan api yang didakwa sebanyak RM23.5 bilion setahun. Oleh itu subsidi petrol dikekalkan terapung sebanyak 30 sen dimansuhkan dan seterusnya menaikkan harga bahan api itu melebihi harga di pasaran dunia dalam masa lima tahun ?. Lihat artikel sebelum ini.

Langkah kerajaan menghapuskan petrol plumbum adalah satu langkah baik bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Plumbum adalah logam berat yang toksik kepada manusia dan juga haiwan. Kerajaan telah menggantikan petrol berplumbum dengan RON95 mulai September 2009 dan petrol berplumbum tidak lagi di jual di Malaysia.

Berikutan dengan itu pada masa itu, harga petrol RON 95 naik ke RM1.80 menggantikan RON92 yang dijual pada harga RM 1.75. (Kalau tak silap). Manakala RON97 pada masa itu dinaikkan dari RM1.80 ke RM2.05, menjadi petrol premium.

Perbezaan harga 25 sen antara RON 95 dengan RON 97 bukanlah atas faktor subsidi kerajaan semata-mata. Campuran bahan api dalam RON 95 adalah berbeza daripada RON 97. Campuran bahan api dengan bahan tambahan (macam serbuk perisa) yang berlainan adalah bertujuan untuk mencapai rating nombor oktana penyelidikan (Research Octane Number).

RON ditentukan dengan menjalankan bahan bakar di dalam mesin uji dengan nisbah mampatan variabel dengan keadaan yang terkawal, dan membandingkan hasilnya dengan hasil dari campuran iso-oktana dan n-heptana. Rating oktana adalah untuk mengukur ke rintangan petrol dan bahan bakar lain untuk pencucuhan auto dalam percikan pencucuh (spark plag) enjin pembakaran dalaman.

Limpahan warga asing dalam sektor industri, Keperluan negara atau kebebalan BN ?


Semua orang tahu warga asing kian membanjiri sektor-sektor pekerjaan warga tempatan, dalam industri pembuatan, pembinaan, pertanian, perladangan, peternakan, perniagaan, perkhidmatan, restoran, sekuriti, sektor awam dan tah apa-apa sektor lagi. Kenapa ?

Ada penganalisis bengap berkata :
"jumlah pekerja asing yang ramai menunjukkan kebergantungan negara terhadap mereka kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk mengisi kekosongan bagi pekerjaan tertentu."

"Kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing amat tinggi terutama dalam sektor
perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Keadaan itu amat
menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja
asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar,
Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain
lagi. ...............

“1 Malaysia” adalah “1 Keluarga”, “1 Bangsa”, “1 Negara” ...

“1 Malaysia” adalah satu keluarga, satu bangsa, satu negara, satu agama dan satu tuhan. Ini adalah selaras dengan prinsip rukun negara yang menjadi pegangan hidup yang diimani oleh UMNO tegar sejak zaman berzaman.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan




Gambar hiasan : pendeta tok najib sedang menerima ilham “1 Malaysia” dalam satu upacara keagamaan :-).



Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain