Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hatilah di jalan raya


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada sekalian Muslimin dan Muslimat.

Tip pejalanan jauh@balik kampung:
Untuk perjalanan jarak jauh terutama di siang hari dengan kenderaan sendiri: 
Apabila mengisi minyak petrol, gunakan petrol RON97 dan jangan gunakan RON95 kerana RON95 tinggi kandungan benzene maka ia sangat mudah meruap. Oleh itu minyak anda cepat habis. Pak Cik tak ada data analisis terperinci untuk tujuan ini tetapi anda boleh buat kajian sendiri.

Andaikan 2L RON95 boleh menggerakkan kenderaan anda sekitar 40km, 2L RON97 pula mungkin boleh menggerakkan kenderaan anda lebih daripada 60km. Disebabkan oleh sifat RON95 yang sangat mudah meruap, anda pergi lebih dekat. Walaupun harga RON95 lebih murah daripada RON97, jika anda menggunakan RON95 anda mungkin perlu beberlanja lebih untuk jarak km yang sama.

Satu lagi masalah apabila RON95 sangat mudah meruap maka ia juga bermaksud "AMAT MUDAH TERBAKAR". Banyak kemalangan yang melibatkan kenderaan terbakar berlaku sejak RON95 diperkenalkan di negara kita. Di negara yang bercuaca sejuk, penggunaan RON95 tidak begitu menjejaskan. Tetapi di negara kita yang bercuaca hujan dan panas sepanjang tahun, keadaan ini adalah berbeza di mana RON95 lebih mudah meruap dalam cuaca panas dan terik di jalan raya. Taklah menghairankan jika bila berlaku kemalangan minyak bocor dan kenderaan terbakar ATAU terdapat kebocoran minyak dan menyebabkan kenderaan terbakar. Kedua-duanya boleh berlaku.

Pastikan kenderaan anda diservis sebelum perjalanan jarak jauh. Benzena dalam petrol adalah pelarut organik yang sangat kuat. Ia mampu melarutkan karbon dalam mendapan karbon@arang (berwarna hitam). Apabila mendapan karbon pada komponen-komponen kenderaan dilarutkan benzena dalam petrol, terutama bagi komponen yang telah usang. Sambungan komponen yang ditutupi oleh mendapan karbon sebelum ini mungkin terbuka kembali. Semakan semula dengan mengetatkan mana-mana sambungan yang perlu mungkin perlu dilakukan atau lebih baik servis dan tukar alat ganti yang telah haus.

Tentang Sikap Pemanduan Rakyat Malaysia
Tak dapat hendak dinafikan ramai rakyat Malaysia tak kira bangsa tak dapat nak membezakan antara kecekapan pemandu dengan kebodohan pemandu. Mereka fikir cilok sana cilok sini atau memandu lebih daripada 200km/j adalah sesuatu hebat dan cekap memandu.

Perlu diingatkan hukum dalam syariat Islam tetap hukum, walaupun syaitan-syaitan bisu membisukan diri. Memandu laju dalam keadaan berbahaya dan membahayakan orang lain boleh menyebabkan dua perkara apabila berlaku kemalangan.
  • Kalau si pemandu yang terbunuh. Jika si pemandu memandu laju kerana kesombongan, rasa hebat bila memandu laju (orang kena hidu asap dia), atau rasa gah dengan kemewahan kenderaan yang dipandunya. Alhamdulillah! kalau dia mati adalah seperti mati bunuh diri, lebih baik dia mampus kerana hidup dia menyusahkan orang lain saja. Kalau si pemandu memandu laju kerana hal-hal kecemasan atau hal-hal lain yang dia terpaksa memandu laju, sedangkan kalau boleh dia mahu elakkan memandu laju dan membahayakan. Apabila si pemandu terlibat dalam kemalangan dan terbunuh, ini cerita lain. Terserah kepada Allah SWT, "dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan".
  • Kalau orang lain yang terbunuh. Apabila si pemandu menyebabkan kematian bagi pihak lain, hukumnya boleh jatuh sebagai hukum membunuh sama ada dengan segaja atau tak sengaja. Di negara Islam lain seperti di Arab Saudi, mereka melaksanakan hukum Qisas iaitu hukum balas.




    1. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa).
    2. Melukakan dibalas dengan melukakan.
    3. Mencederakan dibalas dengan mencederakan.

    Hukuman Qisas ini lebih dan amat mendidik manusia jika dibandingkan dengan hukuman sivil mahkamah-mahkamah kangaroo di dunia. Dalam kes kemalangan maut yang tak disengajakan, pewaris si mati boleh memberi kemaafan kepada yang bersalah dan pesalah itu boleh terlepas dari hukuman mati. Untuk maklumat lanjut tentang hukum Qisas, lihat : http://ms.wikipedia.org/wiki/Qisas atau mana-mana rujukan berkaitan.
Membunuh dan bunuh diri adalah dosa-dosa besar yang patut dijauhi sebagai seorang muslim. Terutama bunuh diri, si mati adalah murtad dan mayatnya boleh dilempar di tepi jalan sebagai makanan binatang liar.

Oleh itu semasa memandu, ingat-ingatlah syariat Islam tetap syariat Islam, hukum tetap hukum. Meskipun syaitan-syaitan bisu di Jabatan-Jabatan Agama Islam, syaitan-syaitan bisu Mufti@ulama dan syaitan-syaitan bisu dalam institusi-institusi pendidikan Islam mengubah suai hukum syariat seperti mana yang dilakukan oleh paderi-paderi dan pope dari dahulu hingga sekarang, kita tetap akan diadili dengan keadilan Allah SWT yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Kita mungkin terlepas hukuman dari mahkamah kangaroo atau mahkamah kambing, tetapi tidak di mahkamah Allah SWT. Ada balasan atas dosa kita segera dibalas atas dunia lagi dan ada yang ditangguh di akhirat nanti.

Wallahualam.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain