Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image

Pak Pandir dan Mak Andeh memimpin 1 Malaysia ...

Gabungan ideal, Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah memimpin 1 Malaysia ke arah kehancuran. Makin hari makin banyak benda-benda pelik yang mereka lakukan. Mereka juga boros membelanjakan wang negara dan beberapa kali telah menggadaikan aset negara. Korang yang pengikut setia BN dan UMNO, korang tak bimbangkah dengan masa depan negara kita? Yang mana lebih utama bagi korang, parti atau negara?

Pak Pandir Najib seorang pengecut dan pengkhianat negara
Sebelum merampas kuasa sebagai PM, sepanjang Pak Pandir Najib memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Banyak perkara pelik berlaku dalam Kementerian Pertahanan.
  1. Ketika konflik Ambalat sekitar Mei 2005 antara Malaysia - Indonesia, di mana ia menjadi tegang apabila pemberian konsesi minyak di Blok Ambalat oleh Petronas kepada Shell. Bantahan dibuat oleh Kementerian Luar Indonesia kerana mereka mendakwa pemberian hak konsesi ini dilakukan dalam wilayah perairan mereka .

    Indonesia isytihar perang ke atas Malaysia  dan telah menghantar armada perang ke kawasan konflik bagi menjaga kedaulatan negara mereka. Apakah ini angkara penasihat Petronas pada masa itu (chet det) yang ingin mensabotaj kerajaan Pak Lah? Ketegangan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan peperangan antara dua negara dan negara-negara barat boleh mengeksploitasi kenaikan harga minyak.

    Malangnya Pak Pandir Najib yang menjadi menteri pertahanan pada masa itu atau menteri yang dipertanggung jawabkan atas urusan pertahanan negara, awal-awal lagi telah cabut lari ke luar negara. Kenapa dia tak balik serta merta bagi menyelesaikan masalah ini? Pak Lah juga lah yang terpaksa menyelesaikan sendiri konflik ini dengan berbincang terus menerusi telefon dengan rakan sejawatnya, Presiden Indonesia, Susilo Bambang. Alhamdulillah, peperangan dapat dielakkan. Bila dah aman barulah, si Pak Pandir Najib balik ke Malaysia.

    Lagi buruk adalah perangai adalah media perdana di mana mereka tidak siarkan sebagai tajuk utama berita, kononnya takut rakyat panik. Berita perkembangan konflik ini diletakkan dalam column kecil je, tak penting. Sebaliknya pelajar cemerlang 100 A1 dalam SPM yang menjadi tajuk utama pilihan mereka. Bodoh betul !! ibarat ayam kat pasar, sedikit pun mereka tak kisah rakan sereban-nya disembelih. Sedikit pun mereka tak panik!!


Hentikan fitnah ke atas Arqam & Ashaari Muhammad, fitnah yang dinyalakan oleh UMCO dan tenteranya !!!

Terlebih dahulu marilah kita membacakan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, bekas pemimpin kumpulan Al -Arqam yang telah kembali ke rahmatullah pada 13Mei 2010 jam 2.10 petang. Al-Fatihah.

Alhamdulillah, alangkah seronok jika dapat kembali menghadap Allah SWT dalam gembira dan tersenyum. Jealous-nya aku.

Sama ada anda suka atau tidak, atau anda tetap dengan pendirian bahawa Allahyarham Ashaari Muhammad, kumpulan Al-Arqam@Rufaqo sesat. Selagi anda tidak bermazahab UMNO-APCO, kita perlu menilai kembali fatwa yang mengatakan kumpulan ini sesat.

Penilaian Semula Tuduhan Kesesatan
Siapakah yang memfatwakan Arqam & Ust Ashaari Muhammad sesat? Tidak lain dan tidak bukan adalah Majis Fatwa Kebangsaan.

Atas dasar apa mereka membuat fatwa itu? adalah hasil risikkan SB-SB dan laporan-laporan media perdana berbahasa Melayu.

Kenapa mereka mengeluarkan fatwa itu? atas arahan perdana menteri (chet det) dan menteri di jabatan perdana menteri (hamid othman).

Siapa di belakang fatwa itu? mufti-mufti makan gaji, pusat islam, majlis-majlis agama islam negeri-negeri, dan yang seangkatan dengannya.

Bilakah Arqam menerima tentangan hebat daripada kerajanan UMNO-BN? Selepas mereka mencabar untuk mengambil alih peranan Pusat Islam dan mencabar kerajaaan Malaysia.

Siapakah menteri-menteri kerajaan BN pada masa itu? Salah seorang mereka adalah DS Anwar sendiri.

Saya bukan ahli atau bekas ahli Arqam dan juga bukan pro kumpulan ini. Tetapi sebagai manusia, saya lihat penindasan ke atas mereka sewaktu pengharaman kumpulan mereka tidak ubah sama seperti apa yang dilakukan hari ini oleh kerajaan UMCO. Hinggakan mereka dikafirkan kerana berlainan aqidah dengan UMCO, sembelihan mereka diharamkan, barangan mereka diharamkan dan mereka dihinakan lebih dari binatang oleh UMCO.
(artikel panjang, sila klik link ini untuk terus membaca)

Jawatan kosong sebagai barua, negara tergadai tak mengapa !!!!

Ini adalah iklan jawatan kosong pada pertengahan tahun lepas (2009). Cari punya cari, last jumpa juga iklan jawatan kosong ini. Apa yang menarik tentang jawatan ini kelulusan minima SRP/PMR tetapi gaji agak lumayan, lagi lumayan daripada kerja kilang. Ada kilang-kilang pada masa itu yang menawarkan gaji serendah RM280 untuk kelulusan yang sama.


Ooooo..... Inilah hasil gerak saraf UMNO, barua-barua mereka menyalak sana sini, di blog anti-umno, anti-bn dan juga semasa kempen PRK Hulu Selangor. Setiap hari mesti laporkan kepada pihak atas mereka apa yang telah mereka lakukan, seperti memporak perandakan PKR, mengapi-apikan obor fitnah pada PKR dan macam-macam lagi .... macam duti harian syaitan.

Di manakah mereka meletakkan kepentingan negara? jika pemimpin mereka terus melakukan kesilapan dan mereka terus mempertahankannya,  bagaimana kesan terhadap negara? Kepentingan rakyat bagaimana? Tanggung jawab sosial kepada rakyat bagaimana? Maruah Negara? Keselamatan Negara? Inilah kerja si pengecut, diktaktor yahudi melayu yang takutkan bayang-bayang sendiri, seperti mana Firaun Laknatullah yang takutkan kemunculan Nabi Musa a.s. sehingga dibunuhnya semua bayi lelaki yang lahir pada tahun itu.

UMNO/BN sudah terlalu tua untuk memimpin negara, makin tua makin nyanyok dan kubur kata mari, rumah kata pergi... Terima kasih kepada Pak Lah kerana telah membuktikan bahawa walaupun beliau menjadi PM pada masa itu, barah kepimpinan BN tidak lagi dapat diubati. Lebih baik siapkan keranda untuk UMNO, BN dan sekutu-sekutunya bersemadi buat selama-lamanya.

Keadilan untuk Aminulrasyid - Khalid Samad

29 APRIL - Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi.

Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali
masyarakat tempatan.

Malaysian top brass sue over jet engine dismissal: lawyer

AFP - Wednesday, April 28
KUALA LUMPUR, April 28, 2010 (AFP) – A former Malaysian general and four other senior officers have sued the armed forces for wrongful dismissal over the theft of two missing fighter jet engines, their lawyer said Wednesday.

In January, a Malaysian air force sergeant and a businessman were charged over the theft of the engines worth 29 million dollars, but the attorney-general said no senior military officers were involved.

However, Brigadier General Abdul Hadi Abdul Khatab and four other senior officers have complained they were forced to retire over the issue, lawyer Zalil Mohammad Mess told AFP.

"The council had asked them to explain allegations of misconduct and negligence over the theft in 2007, which they did and they denied the allegations but were later forced to retire," Zalil said.

He said the five were seeking up to 5.0 million ringgit (1.6 million dollars) in damages as they felt the affair implied that they had cheated the government and caused it to suffer losses due to negligence.
Government lawyers have applied to quash the suit which will be heard on May 21, he said.

The Malaysian government faced a storm of criticism and allegations of official corruption after two Northrop F-5E jet engines were reportedly taken from a military air base in 2007 and sold on the black market to a South American company.

The two engines were traced to Uruguay in February and authorities say they are in the midst of securing their return.

A number of countries subject to US arms embargoes, including Iran, Sudan and Venezuela, have F-5 fighters that use the antiquated engines. The jet first flew in 1963 and Northrop ended production in 1989.

Malaysians allege graft in French submarine deal


KUALA LUMPUR, Malaysia – A Malaysian rights group said Wednesday it filed complaints to French prosecutors that allege shipbuilder DCNS paid kickbacks to a friend of Malaysia's prime minister to aid a $1.2 billion submarine deal.

Malaysia ordered two diesel-electric Scorpene attack submarines in 2002 as part of a naval upgrade. Prime Minister Najib Razak was defense minister at the time.

Local rights group Suaram said it filed two complaints in December 2009 and February this year with French prosecutors. Under the French legal system, prosecutors must first investigate a complaint before the case can proceed.

Laporan Polis oleh Saksi Utama, kes polis tembak remaja


Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah... Lihat seterusnya.. kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain