Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

TENGOK !!! Pak Pandir Najib buat kira-kira untuk potong subsidi minyak

Pada tahun 2008 kabinet telah meluluskan had subsidi minyak 30sen seliter (aras syiling). Laporan Bernama dan disiarkan di laman web KPDNKK. Ia juga turut disahkan pada awal tahun ini oleh menteri berkenaan dalam sidang akhbar oleh the Malay Mail (18/1/2010) dan katanya kerajaan akan menghapuskan subsidi 30 sen ini pada 30 April. Ini membuktikan bahawa subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan sehingga kini adalah pada kadar 30 sen seliter sejak dikuat kuasa pada 1 September 2008.

Jika harga pasaran minyak dunia naik maka harga minyak bahan api tempatan turut akan naik kerana subsidi 30 sen adalah pada kadar tetap. Jika harga minyak dunia RM2.30, harga tempatan adalah RM 2.00, jika harga minyak dunia RM2.00, harga tempatan adalah RM1.70 dan jika harga minyak dunia RM4.50, maka harga minyak tempatan adalah RM4.20 dan seterusnya.

Sebaliknya Utusan Dajjal melaporkan pada 13/3/2010, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 45sen seliter petrol. Kenapa kerajaan tidak menguat kuasakan subsidi pada kadar tetap sebagai mana diputuskan kabinet. Jika kerajaan tak mampu mengikuti keputusan yang dipersetujui kabinet, perlukah kabinet itu lagi?

Baru-baru ini Pak Pandir Najib mengemukakan resolusi baru untuk menghentikan pelbagai subsidi kepada rakyat kerana "you help me, i help you".

Laporan daripada Berita Harian (28/5/2010).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun. 
Bisnessweek (27/5/2010):

It calls for petrol prices to be raised this year by 15 sen (5 cents) from 1.80 ringgit (54 cents) a liter currently.
This will be followed by a gradual 10 sen (3 cents) increase a liter every six months until 2012. The price increase will slow after that until it reaches 2.60 ringgit (78 cents) a liter by the end of 2015.

Ringkasan:
Harga petrol dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Subsidi sekarang : RM0.30 seliter petrol
Harga petrol sekarang : RM1.80

 kenaikan harga petrol   pemotongan subsidi   baki subsidi   harga petrol seliter 
Jun 2010 - Dis 2010 RM0.15 RM0.15 RM0.15 RM1.95
Jan 2011 - Jun 2011 RM0.10 RM0.10 RM0.05 RM2.05
Julai 2011 - Dis 2011 RM0.10 RM0.05 -RM0.05 RM2.15
Jan 2012 - Jun 2012 RM0.10 -RM0.10 -RM0.15 RM2.25
Julai 2012 - Dis 2012 RM0.10 -RM0.10 -RM0.25 RM2.35
2013 RM0.10 -RM0.10 -RM0.35 RM2.45
2014 RM0.10 -RM0.10 -RM0.45 RM2.55
2015 RM0.10 -RM0.10 -RM0.55 RM2.65

Subsidi yang diberikan hanya 30 sen seliter, selepas subsidi 30 sen dihapuskan dalam pertengahan tahun 2011, maka rakyat pula akan memberi kembali subsidi kepada kerajaan Pak Pandir Najib. Oleh itu kelak bila harga minyak di pasaran dunia jatuh RM1.50, negara kita jual dalam pasaran tempatan RM2.00. Bijak-bijak, bijak sungguh si celaka Pak Pandir Najib buat kira-kira !!!

Malaysia akan menjadi seperti Greece bukan kerana rakyat menerima terlalu banyak subsidi, negara lain seperti Brunei pun banyak memberi subsidi kepada rakyatnya tak ada masalah pun. Pak Cik tak lah pandai sangat dalam bidang ekonomi ini. Tapi rasanya tak perlu pak cik nak mengaji sampai ke peringkat pHD untuk beli roti canai dan teh tarik kat warung mamak.

Golongan berpendapatan secara relatif lebih banyak berbelanja pendapatan yang mereka perolehi dan kurang menyimpan. (pendapatan tak mencukupi)  Jika ada jual beli maka ada perniagaan, jika ada perniagaan maka ada perdagangan, jika ada perdagangan maka ada aktiviti perusahaan, perkhidmatan, perladangan dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti perdagangan, perusahaan, perladangan, pertanian, import dan eksport, dan lain-lain mengerakkan ekonomi Malaysia. Oleh itu secara tidak langsung mereka mewujudkan kecairan dalam pasaran ekonomi tempatan.

Sebaliknya jika harga barangan terlalu tinggi, ia mengurangkan kuasa beli pengguna, pengguna berpendapatan rendah atau miskin terpaksa mengehadkan perbelanjaan mereka dan mengikat perut. Kuasa beli yang lemah juga melembabkan aktiviti jual beli, permintaan dan harga pasaran juga rendah. Sebagai contoh mudah peniaga bazaar Ramadhan dan kain serta kuih raya pada dua tahun lepas, ramai yang mengeluh kerugian perniagaan mereka suram tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesan peningkatan harga barangan yang tidak terkawal meningkatkan inflasi serta memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara. (Tip: inflasi adalah baik bagi pemberi hutang, ia adalah khabar buruk bagi penyimpan). 

Malaysia akan menjadi seperti Greece bukan kerena rakyat TETAPI kerana Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah serta kerajaannya membelanjakan duit negara macam kena rasuk syaitan. Mereka jadikan asset, harta benda dan segala kekayaan negara serta pendapatan negara, seperti kad kredit mak bapak mereka. Bangsat betul Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah, celakalah ke atas mereka sebesar-besar kecelakaan di dunia dan di akhirat...


Laporan Bernama : http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12124&Itemid=460
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Berkuatkuasa 1 Sept ini, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Perdana Menteri berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan. "Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan. Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan itu setelah mengkaji secara teliti kebelakangan ini harga minyak mentah yang menunjukkan trend menurun. Selasa lepas, harganya ialah US$122 setong berbanding harga purata bagi Jun US$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter. Harga minyak mentah dunia adalah US$125 setong ketika kerajaan menstrukturkan semula subsidi minyak pada 5 Jun dengan subsidi petrol sebanyak 30 sen seliter. Menjelang 8 Jun, harga minyak mentah meningkat secara mendadak kepada US$139 setong. Abdullah berkata walaupun harga petrol sepatutnya dinaikkan sebanyak 40 sen seliter, kerajaan telah membuat ketetapan untuk mengekalkan harga petrol dan memberi jaminan pada 11 Jun bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini. -- BERNAMA


April 30 set for fuel price cap

Engine capacity will determine how much you pay, says minister
Monday, January 18th, 2010 13:45:00
Ismail Sabri Yaakob
PUTRAJAYA: The mechanism for the cap on subsidised petrol will be ready by April 30, says Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (pic).

At a Press conference at the ministry this morning, he, however, expressed hope it would be ready earlier, by the end of March, to enable his ministry to get feedback from relevant parties on the mechanism which will be determined by the Ministry of Finance.

He said the main determining factor on how much subsidised petrol would be given and to whom would be determined by the engine capacity of the vehicles.

When asked on the possibility of the MyKad abuse as the subsidy was for only Malaysian citizens, Ismail said the errant motorist would lose out on the amount of subsidised fuel for his own usage due to the cap.

In the case of foreign women married to Malaysians, he said the former could use their husband's details to get the subsidy.

Ismail said should the government decide to scrap the 30 sen per litre petrol subsidy, this would amount to savings of RM3.5 billion which could be used to improve the public transport and build more clinics, among others.

On a separate note, Ismail said in conjunction with the Chinese New Year, a control on the price of pork would be in place eight days after the date to accommodate the Hokkien community's Pai Ti Kong celebrations.

He said the ministry would discuss with the National Pork Sellers Association early next month on the price control, adding that the ministry had previously imposed a price control on turkey for Christmas.

Yesterday, it was reported that the government would be putting a cap on petrol subsidies a car owner could get monthly when the new petrol pricing mechanism would begin on May 1.

Ismail was reported saying that without the cap on the amount for each car, those eligible for subsidised petrol would "definitely abuse it".

The government recently announced that it would fix a two-tier pricing system for petrol, depending on engine capacity, while foreigners would have to pay the market price.

Ismail had said that a person would be eligible for subsidised petrol for only one car, but if the cars were registered to different people, like the owner's wife or children, each would be eligible for the subsidy.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain