Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Pak Pandir dan Mak Andeh memimpin 1 Malaysia ...

Gabungan ideal, Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah memimpin 1 Malaysia ke arah kehancuran. Makin hari makin banyak benda-benda pelik yang mereka lakukan. Mereka juga boros membelanjakan wang negara dan beberapa kali telah menggadaikan aset negara. Korang yang pengikut setia BN dan UMNO, korang tak bimbangkah dengan masa depan negara kita? Yang mana lebih utama bagi korang, parti atau negara?

Pak Pandir Najib seorang pengecut dan pengkhianat negara
Sebelum merampas kuasa sebagai PM, sepanjang Pak Pandir Najib memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Banyak perkara pelik berlaku dalam Kementerian Pertahanan.
  1. Ketika konflik Ambalat sekitar Mei 2005 antara Malaysia - Indonesia, di mana ia menjadi tegang apabila pemberian konsesi minyak di Blok Ambalat oleh Petronas kepada Shell. Bantahan dibuat oleh Kementerian Luar Indonesia kerana mereka mendakwa pemberian hak konsesi ini dilakukan dalam wilayah perairan mereka .

    Indonesia isytihar perang ke atas Malaysia  dan telah menghantar armada perang ke kawasan konflik bagi menjaga kedaulatan negara mereka. Apakah ini angkara penasihat Petronas pada masa itu (chet det) yang ingin mensabotaj kerajaan Pak Lah? Ketegangan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan peperangan antara dua negara dan negara-negara barat boleh mengeksploitasi kenaikan harga minyak.

    Malangnya Pak Pandir Najib yang menjadi menteri pertahanan pada masa itu atau menteri yang dipertanggung jawabkan atas urusan pertahanan negara, awal-awal lagi telah cabut lari ke luar negara. Kenapa dia tak balik serta merta bagi menyelesaikan masalah ini? Pak Lah juga lah yang terpaksa menyelesaikan sendiri konflik ini dengan berbincang terus menerusi telefon dengan rakan sejawatnya, Presiden Indonesia, Susilo Bambang. Alhamdulillah, peperangan dapat dielakkan. Bila dah aman barulah, si Pak Pandir Najib balik ke Malaysia.

    Lagi buruk adalah perangai adalah media perdana di mana mereka tidak siarkan sebagai tajuk utama berita, kononnya takut rakyat panik. Berita perkembangan konflik ini diletakkan dalam column kecil je, tak penting. Sebaliknya pelajar cemerlang 100 A1 dalam SPM yang menjadi tajuk utama pilihan mereka. Bodoh betul !! ibarat ayam kat pasar, sedikit pun mereka tak kisah rakan sereban-nya disembelih. Sedikit pun mereka tak panik!!




  2. Selain itu sebagai mana yang di ketahui umum, misteri kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara diRaja Malaysia (TUDM) berlaku pada tahun 2007, di mana sewaktu Pak Pandir Najib menjadi Menteri Pertahanan. Hanya selepas dua tahun baru terbongkar, pandai Pak Pandir Najib menutup rahsia.

  3. Begitu juga dengan misteri pembelian kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam, juga berlaku di bawah pentadbiran Pak Pandir Najib selaku Menteri Pertahanan pada masa itu. Misteri ini bertambah misteri lagi apabila ia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Razak Baginda. Pandai sungguh Pak Pandir Najib menyimpan rahsia.

  4. Pak Pandir Najib memang bijak menutup rahsia daripada pengetahuan rakyat Malaysia, banyak isu-isu panas berjaya ditutupnya dengan segala jentera yang ada. Maklumlah Pak Pandir Najib tak suka kecoh-kecoh nanti dia tak boleh tidur malam, esok dia nak kerja. ha, ha, ha... Program khidmat negara dicadangkan pada tahun 2002 dan kemudiannya direalisiasikan pada 2004, juga sewaktu Pak Pandir Najib menjadi Menteri Pertahanan. Kata Pak Pandir Najib Program Khidmat Negara banyak hikmahnya, "banyak betul hikmahnya ...., banyak hikmah". 

    Dalam siri pertama PLKN, banyak kes-kes seperti rogol, kematian dsb, ditutup atau diarahkan kepada pihak media agar tidak menyiarkannya. Walau bagaimana pun tembok Pak Pandir untuk menutup masalah PLKN ini tak tahan lama, akhirnya sampai ke pengetahuan umum juga. Adakah penyokong setia UMNO/BN tak kisah pun kalau anak mereka yang mati atau kena rogol atau kena buli atau kena belasah sampai cacat sesama pelatih PLKN, "pemimpin perlu disembah"? Kenapa Pak Pandir Najib cuba menutup segala permasalahan dalam khidmat negara? Kalau sekadar masalah domestik, kita boleh pertimbangkan kerana program ini (pada masa itu) pertama kali diadakan. Tapi kalau masalah nyawa, harga diri dan kecederaan fizikal dan mental, itu masalah serius. Apakah keuntungan yang Pak Pandir Najib boleh dapat dari PLKN?

  5. Bertahun-tahun Pak Pandir Najib menjadi menteri pertahanan, terlalu banyak helikopter nuri yang terhempas dan mengorbankan ramai anggota tentera. Apakah nyawa anggota tentera tak bernilai? Berapa tahun yang dia ambil untuk menyelesaikan masalah ini? Bagaimana cara dia nak menyelesaikan masalah ini?

  6. Pak Pandir Najib, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan".Tak perlu test drive, tak perlu bertanya maklumat lanjut kepada jurujual. Tawaran Eurocopter juga lebih daripada dua kali ganda yang ditawarkan oleh pihak lain.

  7. Kes Atlantuya yang penuh misteri dikaitkan dengan Pak Pandir Najib dan juga Mak Andeh Rosmah turut menjadi perbualan hangat di kalangan UMNO/BN sendiri. Bagaimana anggota polis boleh memiliki bahan letupan C-4, seludup dari sempadan atau daripada kem tentera?


  8. Mak Andeh ! jangan bimbang Pak Pandir bukan nak letupkan orang.





  9. Ketika zaman Pak Lah menjadi PM dan Pak Pandir Najib menjadi TPM, krisis kekurangan bekalan makanan seperti minyak, gula, tepung dan juga kenaikan harga barangan runcit dan lain-lain sering berlaku berikutan kelembapan ekonomi dunia. Pada masa itu Pak Pandir Najib mengumumkan bahawa kerajaan mereka mahu membina sendiri lebih banyak pasaraya besar, untuk memerangi peniaga-peniaga runcit (rakyat jelata) yang menaikkan harga barangan runcit? Pada tahun lepas jika tak silap, memang ada banyak jawatan kosong dibuka untuk kedai serbeneka/pasaraya oleh Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam (kerajaan).

    Maknanya Pak Pandir Najib telah meneruskan usahanya untuk memerangai rakyat sendiri! Siapa yang mengawal bekalan-bekalan di pasaran, kalau bukan politikus kerajaan? Harga barangan menurut pemborong kecilan telah dimainkan ketika atas kapal lagi, sebelum sampai di perlabuhan. Bagaimana pemborong kecil nak menjual barangan yang dibeli pada harga RM3 jika dia membeli pada harga RM7? Begitu juga bagaimana peruncit hendak menjual barangan pada harga RM5 jika dia membeli pada harga RM10? Ada siapa-siapa tahu maklumat lanjut tentang kedai serbaneka atau pasaraya kerajaan ini?

  10. Akta Bunuh Tanpa Bicara kini kian menjadi-jadi di bawah kerajaan Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah.




  11. Bila Pak Pandir dipanggil menghadap Obama, Obama cakap sikit. Pak Pandir Najib terus isytihar perang dingin terhadap Iran dengan memotong bekalan petrol ke negara itu. Apa Pak Pandir Najib nak isytiharkan perang dingin dengan negara-negara Islam dan berbaik-baik dengan Israel dan sekutu-sekutunya?

  12. Pemerdangangan manusia kian menjadi-jadi, bukan sekadar pelacur, gro, kanak-kanak ... wakil rakyat, adun, pengundi juga boleh dibeli secara terbuka oleh Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah. Malah paling bodoh sekali seorang budak lelaki menjual maruah dirinya@duburnya kepada Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah serta kerajaannya untuk menghapuskan musuh politik mereka. Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah tak kisah untuk meletakkan maruah negara "1 Malaysia" dalam dubur anak angkatnya si fool.

  13. Rakyat Indonesia pernah nak gayang Malaysia, mengancam rakyat Malaysia di Indonesia. Sebaliknya Pak Pandir Najib pengecut bagi muka pada Indon, tambah lagi peluang pekerjaan untuk rakyat Indonesia di negara sendiri, pembantu rumah Indon ada hari cuti 1 hari setiap minggu. Rakyat sendiri ada yang bekerja 7 hari seminggu dan terus bekerja walaupun cuti umum, kerja pada kadar biasa bukan OT.

  14. Masa PRK2, Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah langsung tak fikir perbelanjaan mereka. Memang bukan duit poket mereka sendiri, sebab itulah mereka tak kisah pun. Duit tak cukup@duit abis selepas PRK Hulu Selangor, blok telaga minyak L dan M bernilai RM320 billion diserahkan secara percuma (atas kertas) kepada Brunei. Dalam masa yang sama polis tembak mati remaja tanpa bicara untuk melarikan tumpuan rakyat tentang pengkhianatan besar Pak Pandir Najib kepada negara. Kalau negara kita yang agak besar bimbang sumber minyak akan berkurangan di masa hadapan, apatah lagi negara yang lebih kecil seperti Brunei.

  15. Kerajaan Pak Pandir mendapatkan khidmat APCO atas alasan untuk melobi negara-negara barat, termasuk Israel? Pak Pandir Najib akan ikut saja telunjuk Barat, memutuskan hubungan dengan negara-negara Islam dan sebagai balasan negara-negara barat boleh pejam mata dengan jenayah-jenayah Pak Pandir Najib. Kata timbalan Pak Pandir :


  16. "APCO bukan syarikat Israel..ia adalah sebuah syarikat antarabangsa yang dibayar untuk mempromosikan negara kita. Mereka mahir dalam bidang tersebut dan kita membayar mereka untuk mempromosikan negara kita." - sumber


  17. Mak Andeh Rosmah gila shooping, boros secara ekstremis. Link : "14 Kereta Angkut Barangan Shopping Rosmah?". Rosmah gi shopping sakan kat Dubai, New York, London atau Ulanbataar, belanjar besar RM600juta, itu diketahui.




  18. Mak Andeh Rosmah belanja kira-kira RM580,000 hingga RM740,000 untuk mengiklan dirinya dalam New York Times, bagi pihak kerajaan Pak Pandir Najib? Klik sini.




  19. Kes pembunuhan Altantuya yang brutal dikaitkan dengan Mak Andeh Rosmah, pembunuhan dengan penuh emosi kebencian dan perangai pun dah macam syaitan. Apa kurangnya dengan kes pembunuhan kejam keluarga imam di Gemencheh, Negeri Sembilan. Kes ini selesai dengan begitu cekap sekali kerana arwah-arwah yang dibunuh itu mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Mak Andeh Rosmah. Tetapi Mak Andeh sedikit pun tidak mahu menziarahi mereka, sebaliknya bersuka ria bershopping kat luar negara. Dah puas hati agaknya?. Klik link ini.




  20. Mak Andeh Rosmah orangnya sangat sosial, berpeluk bercium dengan siapa pun dia tak kisah. Tiada ulama di bawah kerajaan Pak Pandir Najib berani menegurnya. Semuanya dayus macam Pak Pandir Najib juga. Bagi Mak Andeh Rosmah, kelakuannya tak ada apa-apa. Tapi bukankah itu boleh dianggap sebagai gangguan seksual, cuba tengok kejadian di bawah. Kalau di teliti gambar yang bawah pula, nampak mulut Mak Andeh Rosmah macam terngaga sikit kan,... ha, ha, ha ..





  21. Sikap Pak Pandir Najib dan Mak Andeh yang terlalu boros, bertindak dan berbelanja tanpa perancangan yang teliti. Akhirnya duit dalam kerajaan 1 Malaysia Pak Pandir hampir kering. Orang boros bila dah nak pokai, mulalah berangan-angan nak duit cepat. Pak Pandir Najib mulalah buka kedai judi, judi bola sepak piala dunia. Rakyat menentang tapi polis Pak Pandir dibawah bimbingan 1 Israel tetap mempertahankan keputusan Pak Pandir sehingga ke darah rakyat jelata yang terakhir.

    Kalau pasukan polis dah macam mafia, apakata Pak Pandir Najib terus jadikan pasukan polis sebagai geng mafia rasmi kerajaan Pak Pandir. Jual dadah lagi banyak untung, kan, kan. Ala polis-polis Pak Pandir Najib macam tak biasa pula. Malaysia kemudian boleh ganti Cuba sebagai negara pengedar dadah dunia. Malaysia boleh !!! ha, ha, ha...
JAHANAM Negara Kita diratah Pak Pandir Najib, Mak Andeh Rosmah serta kroni-kroninya. Selamatkan negara tanggung jawab bersama. Jangan jadi pengkhianat negara!!!

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain