Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Hentikan fitnah ke atas Arqam & Ashaari Muhammad, fitnah yang dinyalakan oleh UMCO dan tenteranya !!!

Terlebih dahulu marilah kita membacakan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, bekas pemimpin kumpulan Al -Arqam yang telah kembali ke rahmatullah pada 13Mei 2010 jam 2.10 petang. Al-Fatihah.

Alhamdulillah, alangkah seronok jika dapat kembali menghadap Allah SWT dalam gembira dan tersenyum. Jealous-nya aku.

Sama ada anda suka atau tidak, atau anda tetap dengan pendirian bahawa Allahyarham Ashaari Muhammad, kumpulan Al-Arqam@Rufaqo sesat. Selagi anda tidak bermazahab UMNO-APCO, kita perlu menilai kembali fatwa yang mengatakan kumpulan ini sesat.

Penilaian Semula Tuduhan Kesesatan
Siapakah yang memfatwakan Arqam & Ust Ashaari Muhammad sesat? Tidak lain dan tidak bukan adalah Majis Fatwa Kebangsaan.

Atas dasar apa mereka membuat fatwa itu? adalah hasil risikkan SB-SB dan laporan-laporan media perdana berbahasa Melayu.

Kenapa mereka mengeluarkan fatwa itu? atas arahan perdana menteri (chet det) dan menteri di jabatan perdana menteri (hamid othman).

Siapa di belakang fatwa itu? mufti-mufti makan gaji, pusat islam, majlis-majlis agama islam negeri-negeri, dan yang seangkatan dengannya.

Bilakah Arqam menerima tentangan hebat daripada kerajanan UMNO-BN? Selepas mereka mencabar untuk mengambil alih peranan Pusat Islam dan mencabar kerajaaan Malaysia.

Siapakah menteri-menteri kerajaan BN pada masa itu? Salah seorang mereka adalah DS Anwar sendiri.

Saya bukan ahli atau bekas ahli Arqam dan juga bukan pro kumpulan ini. Tetapi sebagai manusia, saya lihat penindasan ke atas mereka sewaktu pengharaman kumpulan mereka tidak ubah sama seperti apa yang dilakukan hari ini oleh kerajaan UMCO. Hinggakan mereka dikafirkan kerana berlainan aqidah dengan UMCO, sembelihan mereka diharamkan, barangan mereka diharamkan dan mereka dihinakan lebih dari binatang oleh UMCO.
(artikel panjang, sila klik link ini untuk terus membaca)
Kredibiliti Pendakwa dan Penghakimnya
Sehingga hari ini, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan-Jabatan Agama Islam, Majlis-Majlis Agama Islam, Pusat Islam, Institusi-institusi Pengajian Islam, semuanya masih lagi seperti khadam kepada kerajaan Yahudi UMNO-APCO. Apa saja kebatilan yang dilakukan oleh UMNO-APCO, mereka tak ambil tahu dan tidak bertindak menegurnya atau membetulkan. Tapi apabila di minta bersuara terhadap pembangkang, macam-macam fatwa mampu mereka keluarkan. Mereka ibarat institusi gereja dan yang berdiri di dalamnya boleh diumpamakan seperti Pope dan bishop. Ingatkah lagi bahawa merekalah :
  • yang mendiamkan diri sewaktu hukum hudud diperlekah-lekehkan dan ditentang hebat oleh Kerajaan Yahudi di bawah pimpinan chet det, PM UMCO pada masa itu. Mereka juga tidak menegur media-media tempatan agar tidak bersikap keterlaluan apabila membicarakan tentang hukum-hukum dalam Al-Quran.

  • yang menjadi pencacai-pelobi, kononnya sebagai tokoh ilmuan yang mengupas dan membenarkan serta menghalalkan apa saja pemikiran dan tindakan pemimpin mereka. Di kaca-kaca TV, Radio dan juga akhbar. Misalnya dalam isu negara Islam, Islam Hadari, 1 Malaysia, hukum Islam tak patut dilaksanakan...

  • yang buat-buat tak tahu apa bila Nabi Muhammad SAW diperlekeh-lekehkan, dimaki- dicela oleh UMCO dan agensi propaganda mereka. Kata chet det, kononnya Rasullullah menyimpan janggut kerena pada masa itu tiada gillet, pencukur janggut moden di zaman ini. Membiarkan wanita UMCO memburuk-burukkan poligami tetapi menghalalkan zina. Atas dasar cinta kononnya, cinta kucing bila tiba musim mengawan. cet..

  • yang menjadi pelakon-pelakon debat olok-olok yang dibuat secara tertutup. Mereka berdebat tentang hukum hudud, isu kafir mengafir dan macam-macam lagi. Kedua-dua pihak yang berdebat adalah tokoh-tokoh agama@pope yang makan gaji dengan kerajaan Yahudi UMNO-APCO. Mereka berdebat bersungguh-sungguh sebagai rehearsal sebelum berdebat dengan PAS. Malangnya pelakon bagi pihak UMNO gagal dan mereka perlu mencipta resolusi baru. Resolusi utk melemahkan pengaruh islamik PAS.

    Hasil nukilan chet det dan menteri nya hamid osman, merumuskan "islam hadari". Oleh kerana chet det tidak lagi mampu bertahan di kerusinya maka dia memilih pengantinya seorang yang bersifat islamik untuk meneruskan agenda ini. Yang dapat memikul tugas ini tidak lain dan tak bukan adalah pak lah, iaitu perdana menteri kepada kakitangan awam@yang berkerja seperti dan untuk kakitangan awam. Bagi aku Islam Hadari bukan idea Pak Lah, ia idea chet det dan hamid othman. Pak lah sebagai perkerja kakitangan awam perlu meneruskan perlaksanaan perkara-perkara yang telah diluluskan dalam kabinet kerajaannya sebelum ini. 

  • Mereka juga tak pernah menegur raja-raja Melayu dari sebelum merdeka hingga hari ini, tentang hak dan batas-batas sebagai seorang mukmin, meskipun dia adalah seorang Sultan. Segala hukum Allah SWT tetap berlaku ke atasnya. Misalnya nama Yang Maha Mulia, Yang Di per Agungkan adalah hanya layak bagi Allah SWT. Tak layak bagi manusia menggunakan gelaran dalam Asma ul Husna, " Yang Maha ...". Bukankah ia sama seperti menyekutukan tuhan kerana menyamakan manusia satu level dengan Allah SWT.

  • yang tak pernah menegur istitusi raja-raja Melayu sejak belum merdeka hingga ke hari ini tentang adat istiadat istana yang mengandungi unsur-unsur penyembahan ke atas manusia seperti merangkak di atas lantai seperti bersujud dan menyembah raja. Pernah tengok adat istiadat ini kat RTM 1, tapi tak tahu apa namanya. Sebagai bangsa Melayu, rakyat Malaysia kita sayangkan raja kita dan juga negara kita ... kita tak mahu mereka terbabas kerana kurang pengetahuan, melakukan sesuatu seperti apa yang dilakukan oleh keajaan Firuan laknatulah. Kita takut bala kemurkaan Allah SWT menimpa ke atas kita semua termasuk raja kita yang kita sayangi.

  • yang bersama kerajaan Yahudi UMNO-APCO yang menghalalkan judi dan arak, sejak merdeka lagi. Pada zaman TAR, ada loteri kebajikan masyarakat, zaman chet det ada Genting, ada Magnum 4D, Sports Toto dan macam-macam lagi, dan hari ini pula lesen judi bola sepak dan sukan pulak dah. Mereka juga melaburkan saham-saham perbadanan kerajaan dalam sektor perjudian dan juga arak. Malah politikus-politikus kerajaan Yahudi UMNO-APCO yang didokong mereka, mempunyai asset dan syer dalam syarikat-syarikat perjudian dan juga arak.

  • yang satu bumbung dengan agensi kerajaan, PDRM yang berperangai seperti samseng jalanan. Pernahkan mereka menegur kerajaan tentang keliaran Polis, FRU dan Akta Bunuh Tanpa Bicara (dulu ISA) bagi sesiapa sahaja yang nampak mencurigakan atau enggan tunduk kepada arahan polis.

  • mendiamkan diri dalam penyelewengan wang zakat.

  • mengkomersialkan HALAL sehingga memberi kesialan pada umat Islam di negara ini dan juga seluruh dunia.

  • yang membiarkan rasuah terus merebak seperti barah dalam kerajaan Yahudi UMNO-APCO.

  • juga tidak pernah mengeluarkan fatwa ke atas ahli parlimen dan ADUN yang lompat parti, asalkan menguntungkan UMCO tak mengapa, semuanya halal.

  • yang takut untuk bermuzakarah, sebaliknya menyerang lawan mereka seperi arwah dengan serangan peribadi seperti kelulusan akademik yang tidak tinggi (mengaji tak tinggi sampai ke universiti), tak selayaknya arwah bermimpi jumpa nabi dll. Dalam isu mayat jadi babi, gempar pada satu ketika dahulu, bukan mereka nak menyuruh masyarakat mengambil pengajaran. Sebaliknya menghentam keperibadian ustaz yang menguruskan jenazah itu dan diaibkan secara besar-besaran.

  • Pada hari ini apabila pecah tembelang, bahawa kerajaan UMNO dan BN telah berpakat dan melantik agensi-agensi Yahudi dalam pentadbiran kerajaan sejak dahulu lagi. Mereka buat tak tahu sahaja. Kita boleh samakan syaitan-syaitan bisu ini sebagai pope atau bishop gereja.

  • yang menghalang peranan masjid sebagai pusat pendididkan Islam tidak rasmi, dan menghalang majlis-majlis ilmu dan juga ceramah yang memberi kesedaran kepada Islam masyarakat. Politik dan Kehidupan berkait rapat dengan Agama.

  • yang bersama-sama kerajaan Yahudi UMNO-APCO yang beria-ia mahu menafsirkan semula Al-Quran dan hadis, supaya memenuhi selera dan hawa nafsu pemimpin-pemimpin mereka. Dulu chet det, sekarang najib pulak dah...

  • isyh, isyh, banyak sangat untuk disenaraikan ... 
Inilah kredibiliti institusi yang mengeluarkan fatwa mengatakan orang lain sesat, sedangkan mereka jauh lebih sesat, umpama binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi.

Akhbar-akhbar perdana Melayu yang kita kenali sebagai media propaganda dan fitnah UMCO pada hari ini, media pemfitnah yang mengapi-apikan fitnah ke atas Pakatan Rakyat, PAS dan tokoh-tokohnya, PKR dan juga tokoh-tokohnya, DAP dan tokoh-tokohnya. Ia adalah media yang sama memburuk-burukkan kumpulan Arqam, dan Ashaari Muhammad. Jika kita menolak propaganda akhbar-akhbar perdana Melayu pada hari ini TETAPI apakah kita akan bersikap double standard dan menerima apa saja kenyataan mereka di masa lalu.

SB-SB dan kini pegawai-pegawai perhubungan preman menjadi barua-barua yang cuba memburuk-burukkan, memecah belahkan, merosakkan imej Pakatan Rakyat dari dalam, adakah perkara yang sama tidak berlaku dalam kumpulan Arqam dahulu? Jika mereka boleh mereka-reka cerita, mengada-adakan cerita, mengembar gemburkan fitnah dan membuat pelbagai drama (macam kepala hotak Yahudi), adakah mereka tidak melakukan perkara yang sama pada masa dahulu dalam kumpulan Arqam?

Ingat PM pada masa itu adalah chet det, dan DS Anwar bagaimana pun mungkin terlibat sama dalam perkara ini (tak ingat dia pegang protfolio sebagai menteri apa pada masa tu). Adakah yang berlaku terhadap Anwar pada hari ini adalah satu bala kepadanya kerana fitnah bersama chet det? Kita manusia sentiasa buat silap dan dosa, lebih baik jika segala dosa sesama manusia kita saling bermaaf-maafan sebelum ajal menjelma. Kat akhirat lagi payah cerita.

Akhir sekali kerajaan yang mengharamkan Arqam adalah kerajan UMNO BN, yang hari ini dikenali sebagai UMCO - BN. Sebuah kerajaan Melayu yang mendapatkan bantuan Yahudi untuk menentang kebangkitan Islam di  Malaysia. Chet det adalah PM pada masa itu, dialah orang yang mula-mula membawa masuk Yahudi dalam jentera pentadbiran kerajaan Malaysia secara senyap-senyap. Orang UMNO kata chet det bijak, tapi sejak dahulu lagu aku lihat pemikiran, cara dan tindakan chet det tak nampak seperti pemikiran orang tempatan. Tak mungkin pemimpin-pemimpin UMNO yang bodoh di sekelilingnya mampu menjadi penasihat kepada dia. Dia sendiri kata Melayu lemah, pemikiran lemah, mudah lupa dan sebagainya.

Tak menghairankan jika tentera rejim BN, FRU dan polis bertindak seperti askar Zionis ke atas penduduk Palestin dalam tragedi pembunuhan Tuan Guru Ibrahim Libya, penangkapan besar-besaran pemimpin-pemimpin kumpulan Arqam, penangkapan ahli-ahli jemaah Islam, membelasah mahasiswa yang menentang kemasukan pasukan kriket Israel ke Malaysia, membelasah dan membunuh orang awan yang berada atau berdekatan dengan perhimpunan semasa reformasi dahulu, dan membelasah orang awan dalam sebarang perhimpunan bukan pro kerajaaan UMCO sehingga ke hari ini. Malah agensi perisikan khas untuk kerajaan UMCO pada hari ini sama seperti Mossad, Israel. Bolehkah kita menerima kesaksian dan sebarang berita yang mereka bawakan?

Siapa yang jauh dalam kesesatan? Orang yang sesat mengatakan orang lain sesat kerana tidak mengikut seperti cara hidup dia. Mereka kata PAS sesat, ini kerana bagi UMCO judi, arak, dan zina adalah halal, tapi PAS kata haram. Oleh itu pada kaca mata UMCO tegar, PAS adalah sesat dan mereka melaknati pemimpin PAS termasuk ulama-ulama.


Firman Allah SWT yang bermaksud :
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ
شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. An-Nurr: 4 -5.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al-Baqaroh : 120.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Al-Maidah : 5.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sungguh kamu sekalian akan mengikuti sunah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka memasuk ke dalam sarang biawak kamu sekalian pun akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Beliau menjawab: Lalu siapa lagi selain mereka. Riwayat Muslim.

Sumbangan besar kumpulan Arqam dan  Ust Ashaari Muhammad kepada negara dan umat islam Malaysia tidak patut dinafikan
Satu sumbangan besar Ust Ashaari Muhammad kepada masyarakat Islam negara ini  di mana Jabatan-jabatan agama Islam, majlis-majlis agama islam, istitusi-institusi pengajian islam, pusat islam dan intelektual Islam dengan ijazah phd, tetap GAGAL LAKSANAKAN sejak merdeka ADALAH MEMBUDAYAKAN MENUTUP AURAT DALAM MASYARAKAT ISLAM MELAYU. Pada zaman dahulu ustazah yang mengajar agama di pondok, di sekolah malah di universiti dalam bidang pengajian islam, mereka sendiri tidak reti, takut, kekok untuk menutup aurat dalam masyarakat. Mereka hanya pakai selendang MELAYU, rambut berjuntai nampak. Pada peringkat awal penutupan aurat dengan hijab diperkenalkan oleh pendakwah Arqam, mereka difitnah dengan kisah hantu "kom-kom".

Selain itu mereka adalah perintis industri makanan halal dalam masyarakat kita sebagai satu tanggung jawab fardu kifayah dan bukan untuk hub halal komersial. PAS juga cuba mengorak langkah sama selepas beberapa tahun Arqam diharamkan (kalau tak silap) menerusi kohilal, tetapi juga disabotaj oleh kerajaan UMCO chet det. Malah bukan itu sahaja, mereka juga menyedarkan masyarakat (bagi mereka yang ingin mengambil iktibar sahaja) tentang pentingnya aspek menjaga kebersihan dalam penyediaaan makanan. Makanan halal dengan mudah boleh menjadi haram jika tidak dijaga kebersihannya, seperti dalam isu telur ayam perlu basuh atau tidak. Masalah solat dan kencing berdiri, dan lain-lain.

Kesedaran dan keinsafan dalam Masyarakat

Satu program road show kesedaran dan insafan yang berjaya dilaksanakan oleh kumpulan pendakwah Arqam adalah road show tentang alam barzah, konsert sepohon kayu dan lain-lain. Ramai artis-artis yang berubah dan mula mendekati Islam hasil pendedahan ini.

Dan yang akhir sekali sebagaimana yang anda semua maklum industri nasyid tanah air bermula sewaktu kumpulan Arqam bergiat aktif. Nasyid mereka jadikan medium dakwah untuk berdakwah. Kekuatan yang memberi roh kepada nasyid yang mereka bawa, bukanlah terletak pada liriknya atau lagunya atau penyanyinya tetapi pada aspirasi dakwah yang ingin disampaikan. Walaupun selepas kumpulan Arqam dihapuskan, bekas-bekas ahli kumpulan Arqam masih meneruskan usaha dakwah menerusi nasyid. BOOM!! Dengan kemunculan kumpulan Raihan, Rabani, Hijjaz, memberi ledakan nasyid dalam industri muzik tanah air. Alhamdulillah, ia juga banyak memberi kesedaran dalam masyarakat.

Walaupun Pusat Islam, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negari, Jabatan-jabatan Agama Islam, Institusi-Institusi Pengajian Islam, Sekolah-Sekolah Agama, Pertubuhan-Pertubuhan Agama Islam semuanya memfatwakan Arqam itu sesat dan menyesatkan. AKAN TETAPI mereka dapat menerima nasyid-nasyid yang dibawakan oleh bekas-bekas kumpulan Arqam, padahal kebanyakkan lagu-lagu yang dibawakan itu, liriknya adalah hasil nukilan Ust Ashaari Muhammad sendiri (copyright reserved). Contoh : Munajat yang dibawa oleh kumpulan Rabbani.

Kenapa golongan intelektual itu tak sanggup menerima suatu pandangan dan pendekatan yang dibawa oleh mereka yang berpendidikan lebih rendah daripada mereka? Inilah sindrom down golongan yang rasa diri mereka intelektual, bukannya makin berisi makin tunduk tapi makin tak pijak bumi.

Arqam Yang Aku Kenal, Kemudian dan Kini Rufaqa'
Aku kenal Arqam bukanlah dengan mengikuti kumpulan mereka, jumpa pun tidak dengan kumpulan pendakwah mereka, cuma sekali-sekala ada la beli Majalah Al-Munir (kalau tak silap namanya). Apa yang menarik pendekatan cara pendidikan yang dibawa tak sama seperti di sekolah atau ceramah-ceramah termasuk kat TV. Ia lebih mudah difahami dan dihayati, misalnya dalam bab tauhid dan fokus bukanlah pada hukum, ini halal, ini pun halal, itu haram, ini halal, itu haram, ini makruh, harus .... tetapi lebih kepada pendidikan jiwa. Mengenal kebesaran Allah, kemanisan beribadah, tauhid dan lain-lain. Kisah kemunculan Dajjal, Yajud dan Makjud dan kisah-kisah hari kiamat dalam buku teks sekolah pun ada (tapi summary je, hapai jangan tak hapai ini keluag periksa).

Walaupun Arqam mana ada yang sempurna, manusia tetap manusia, jin tetap jin, UMNO tetapi UMCO... hah, haa. Melayu tu melayu jugak lah, tak salah kan nak berterima kasih pada guru? Kalau tak, buat apa buat hari guru dan menyambutnya? Zaman dulu-dulu, masyarakat melayu hidup dengan cara sara diri. Guru-guru agama, guru mengaji al-quran sibuk nak kena ajar mengaji anak-anak ahli khariah pagi & petang, takkan nak berkebun, bersawah atau ke laut menangkap ikan waktu malam. Jadi anak-anak muridlah yang tolong tok guru mereka melakukan kerja-kerja mengangkut air, potong kayu dan sebagainya. Berkat ilmu tu !!

Kalau ibu bapa, tok nenek dan tok guru yang telah meninggal, tak salah mendoakan mereka atau menghadiahkan fatihah, hadiahkan selawat atas nabi kepada mereka atau menghadiahkan pahala kepada si mati. Salah ke? Tapi ada sesetengah mazhab moden kata salah, kerana tak ikut perlembagaan kepala to cai mereka. Abis upah haji tu apa? Celaka punya perosak agama. Ini kerja golongan konon intelektual lulusan timur tengah, prof mereka ada yang kristien, tapi boleh mengajar tentang ilmu-ilmu Islam?

Jadi dalam hal taksub kepada guru, kalau ada pihak yang sengaja nak lebih-lebihkan atau lebih-lebihkan kerana kebodohan sendiri, taklah menghairankan sangat. Macam pemahaman dalam silat Melayu, juga lebih-lebih kan tok guru, siap ada watikah. (pssst.. tu bukan watikah kosong, penjanjian persakaaan dari saka tok guru pun turun sekali). Guru ajar lagu lain, murid faham lagu lain... bila tanya, semuanya faham. Ini biasalah, sedikit pun tak pelik!!
  • Tok Guru ajar ilmu-ilmu di dadanya dengan penuh bersemangat dan lantang. Tetapi murid hanya faham tentang semangat dan persembahan tok guru. Waduh... kenapa dok jadi begini...
  • Disuruh mentaati pemimpin di kalangan kamu, disalah ditafsirkan sebagai memuja-muja pemimpin, hingga ke tahap menyembahnya. Waduhh....
  • Disuruh mentaati suami, disalah tafsirkan si isteri perlu menjadi khadam kepada si suami. Hinggakan ada juga si isteri keluar bekerja untuk suami.
  • Disuruh menghormati guru, disalah tafsirkan sebagai mendewa-dewakan guru.
Tidak dinafikan dalam rufaqa' sekarang memang ada spoiler yang dilihat cuba menerapkan pemahaman "kehebatan guru kami" dalam kumpulan mereka. Jika tak silap arwah pada masa itu mengalami kesulitan untuk berbicara (tah kena inject dengan ubat apa sewaktu dalam tahanan ISA), oleh itu orang lain yang menjadi jurucakap dalam kumpulan. Bila baca buku tentang tragedi kat Bario, penulisan dan pemahamannya nampak pelik dan sangat-sangat pelik tak macam dulu lagi. Pemahaman "tengok kehebatan guru kami" dan juga pewarisan kehebatan, ini adalah sama seperti pemahaman dalam persilatan Melayu. Bukankah perkara yang sama berlaku dalam PAS, PKR dan lain-lain.

Adakah Yahudi UMNO-APCO tidak mendewa-dewakan pemimpin mereka? Dengan seluruh jentera kerajaan yang ada, dengan seluruh media komunikasi yang dikuasai mereka, dengan kuasa ketenteraan pasukan keselamatan mereka di tambah pula dengan tentera barua premen Internet mereka, Bukankah mereka menjilat dubur pemimpin pujaaan mereka setiap hari setiap masa?

Hatta kalaulah presiden UMNO berak di tepi jalan sekali pun, mereka tetap akan memberi liputan positif jika berita itu terdedah kepada umum. Mungkin mereka akan kata, baja organik baik untuk tumbuhan berbanding baja kimia dan tidak mencemarkan alam sekitar. Macam kelulusan lesen judi oleh kerajaan mereka, tiada liputan dalam akhbar perdana. Ada satu berita terlepas dan disiarkan di TV3 baru-baru ini, di mana najib dan intelektualnya hendak mengadakan simposium untuk mempertikaikan tentang sejarah dan ketamadunan islam. Lepas tu mereka segera tutup takut jadi isu politik, tiada liputan seterusnya dan di dalam akhbar-akhbar perdana melayu.

"APA SAHAJA TUDUHAN KE ATAS SESIAPAPUN YANG DILEMPARKAN OLEH KERAJAAN YAHUDI UMNO-APCO, KESAKSIAN MEREKA HENDAKLAH DITOLAK SELAMA-LAMANYA." 

Adakah kita mahu terus membawa obor-obor fitnah yang dinyalakan oleh UMCO? Lainlah jika kita masih bersimpati dengan UMCO.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain