Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Jom Minum Air Longkang dan Kumbahan IWK

Apa ke jadah tajuk artikel ini? Akan tetapi itulah realitinya, kita rakyat Malaysia telah pun meminumnya setiap hari terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar, bandaraya, dan kawasan dataran menghala ke laut, "lazat lagi berkhasiat".


Apabila pihak-pihak tertentu membincangkan mengenai isu alam sekitar, kempen memelihara sungai, masalah pencemaran sumber air, pencemaran sungai, krisis air di lembah kelang dan negeri-negeri lain, namun adakah sesiapa atau mana2 pihak yang sedar dari manakah sumber2 air mentah yang diproses oleh pengusaha2 bekalan air seluruh negara untuk dijadikan air minuman? Jawapannya? Kenapa kos rawatan air meningkat dari masa ke masa dan menjadi alasan kepada SYABAS atau yang sewaktu dengannya untuk naikkan tarif air? Kenapa pencemaran sungai memberi implikasi terus kepada bekalan air minuman negara, misalnya kes air pili berbau bangkai selama beberapa minggu di Shah Alam, Kelang pada tahun 2006. (era penjajahan Khir Toyol).
Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain