Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Jawatan kosong sebagai barua, negara tergadai tak mengapa !!!!

Ini adalah iklan jawatan kosong pada pertengahan tahun lepas (2009). Cari punya cari, last jumpa juga iklan jawatan kosong ini. Apa yang menarik tentang jawatan ini kelulusan minima SRP/PMR tetapi gaji agak lumayan, lagi lumayan daripada kerja kilang. Ada kilang-kilang pada masa itu yang menawarkan gaji serendah RM280 untuk kelulusan yang sama.


Ooooo..... Inilah hasil gerak saraf UMNO, barua-barua mereka menyalak sana sini, di blog anti-umno, anti-bn dan juga semasa kempen PRK Hulu Selangor. Setiap hari mesti laporkan kepada pihak atas mereka apa yang telah mereka lakukan, seperti memporak perandakan PKR, mengapi-apikan obor fitnah pada PKR dan macam-macam lagi .... macam duti harian syaitan.

Di manakah mereka meletakkan kepentingan negara? jika pemimpin mereka terus melakukan kesilapan dan mereka terus mempertahankannya,  bagaimana kesan terhadap negara? Kepentingan rakyat bagaimana? Tanggung jawab sosial kepada rakyat bagaimana? Maruah Negara? Keselamatan Negara? Inilah kerja si pengecut, diktaktor yahudi melayu yang takutkan bayang-bayang sendiri, seperti mana Firaun Laknatullah yang takutkan kemunculan Nabi Musa a.s. sehingga dibunuhnya semua bayi lelaki yang lahir pada tahun itu.

UMNO/BN sudah terlalu tua untuk memimpin negara, makin tua makin nyanyok dan kubur kata mari, rumah kata pergi... Terima kasih kepada Pak Lah kerana telah membuktikan bahawa walaupun beliau menjadi PM pada masa itu, barah kepimpinan BN tidak lagi dapat diubati. Lebih baik siapkan keranda untuk UMNO, BN dan sekutu-sekutunya bersemadi buat selama-lamanya.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain