Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Laporan Polis oleh Saksi Utama, kes polis tembak remaja


Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah... Lihat seterusnya.. kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

1 komen:

Hang Kelam berkata...

Polis 1 Malaysia perangai sebijik macam mossad Yahudi. Samseng kampung, tapi dengan orang luar telor jatuh tercicir.

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain