Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Mari bertarannum? Hiburan alternatif?

Program "Mari Bertarannum" yang disiarkan di TV9 sebuah program TV yang tak asing lagi. Menurut Ust. Nik, ia merupakan satu-satunya rancangan yang mengajar cara membaca al-quran dengan alunan-alunan seperti bayati,nahwand,rast dan sebagainya. Ia juga mengajar bagaimana untuk mengelokkan suara dengan latihan vocal. Terima kasih kat ust kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada masyarakat. Pakcik ada kemusykilan di sini, tetapi  ...


Sebelum kita mulakan bicara, cuba dengar lagu tema program ini.


Ini liriknya:
Mulakan dengan Bismillah,
Alunkan kalamullah,
Puisi suci nan indah,
Penuh pedoman dan hikmah....

Ayuh semua bertarannum bersama,
Membaca Al-Quran,
Menyinari Jiwa.....

Mulakan dengan Bismillah,
Alunkan kalamullah,
Puisi suci nan indah,
Buktinya kebesaran Allah.... 
Maaf le pak cik bukan orang seni, cuma pak cik musykil dengan apa yang dimaksudkan dengan ayat ini. Firman Allah SWT:
وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُّبِينٌ

Maksudnya: "Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan." - Surah Yasin : 69

Tambahan pula, satu ketika dahulu seorang juri Akademi Al-Quran musim pertama, pernah mengatakan bahawa program pertandingan Akademi Al-Quran merupakan satu hiburan alternatif. Jenuh pak cik nak memahaminya,
Al-Quran = bahan pertandingan = pertandingan = Akademi Al-Quran = hiburan alternatif.

Adakah itu juga membawa maksud
Al-Quran = Puisi suci nan indah = hiburan alternatif = hiburan = pertandingan
Syair = hiburan = dipertandingkan = pertandingan = hiburan alternatif

Jadi adakah mereka maksudkan Al-Quran adalah sekadar hiburan atau syair atau puisi suci yang indah, atau hiburan yang penuh pedoman dan hikmah? Takkan tak da siapa perasan tentang perkara ini ATAU adakah pakcik yang silap?

Pak Cik tak lah pandai sangat dalam bab ugama ni, pada hari ini nak solat pun kena belajar fardu Ain hingga ke peringkat pHD. Tolong beri tunjuk ajar.

1 komen:

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam saudara,

Mungkin apa yang dimaksudkan dalam lirik "Puisi suci nan indah" adalah Al Quran itu mengandungi bait-bait ayat yang indah. Ia adalah kitab suci milik ALLAH SWT. Waulahualam.

Apapun, teruskan berblog sebagai wadah menyampaikan ilmu dan pandangan sdra.

Salaam Takzim

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain