Jika harga pasaran minyak dunia naik maka harga minyak bahan api tempatan turut akan naik kerana subsidi 30 sen adalah pada kadar tetap. Jika harga minyak dunia RM2.30, harga tempatan adalah RM 2.00, jika harga minyak dunia RM2.00, harga tempatan adalah RM1.70 dan jika harga minyak dunia RM4.50, maka harga minyak tempatan adalah RM4.20 dan seterusnya.
Sebaliknya Utusan Dajjal melaporkan pada 13/3/2010, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 45sen seliter petrol. Kenapa kerajaan tidak menguat kuasakan subsidi pada kadar tetap sebagai mana diputuskan kabinet. Jika kerajaan tak mampu mengikuti keputusan yang dipersetujui kabinet, perlukah kabinet itu lagi?
Baru-baru ini Pak Pandir Najib mengemukakan resolusi baru untuk menghentikan pelbagai subsidi kepada rakyat kerana "you help me, i help you".
Laporan daripada Berita Harian (28/5/2010).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.Bisnessweek (27/5/2010):
Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.
It calls for petrol prices to be raised this year by 15 sen (5 cents) from 1.80 ringgit (54 cents) a liter currently.
This will be followed by a gradual 10 sen (3 cents) increase a liter every six months until 2012. The price increase will slow after that until it reaches 2.60 ringgit (78 cents) a liter by the end of 2015.
Ringkasan:
Harga petrol dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.
Subsidi sekarang : RM0.30 seliter petrol
Harga petrol sekarang : RM1.80
kenaikan harga petrol | pemotongan subsidi | baki subsidi | harga petrol seliter | |
Jun 2010 - Dis 2010 | RM0.15 | RM0.15 | RM0.15 | RM1.95 |
Jan 2011 - Jun 2011 | RM0.10 | RM0.10 | RM0.05 | RM2.05 |
Julai 2011 - Dis 2011 | RM0.10 | RM0.05 | -RM0.05 | RM2.15 |
Jan 2012 - Jun 2012 | RM0.10 | -RM0.10 | -RM0.15 | RM2.25 |
Julai 2012 - Dis 2012 | RM0.10 | -RM0.10 | -RM0.25 | RM2.35 |
2013 | RM0.10 | -RM0.10 | -RM0.35 | RM2.45 |
2014 | RM0.10 | -RM0.10 | -RM0.45 | RM2.55 |
2015 | RM0.10 | -RM0.10 | -RM0.55 | RM2.65 |
Subsidi yang diberikan hanya 30 sen seliter, selepas subsidi 30 sen dihapuskan dalam pertengahan tahun 2011, maka rakyat pula akan memberi kembali subsidi kepada kerajaan Pak Pandir Najib. Oleh itu kelak bila harga minyak di pasaran dunia jatuh RM1.50, negara kita jual dalam pasaran tempatan RM2.00. Bijak-bijak, bijak sungguh si celaka Pak Pandir Najib buat kira-kira !!!
Malaysia akan menjadi seperti Greece bukan kerana rakyat menerima terlalu banyak subsidi, negara lain seperti Brunei pun banyak memberi subsidi kepada rakyatnya tak ada masalah pun. Pak Cik tak lah pandai sangat dalam bidang ekonomi ini. Tapi rasanya tak perlu pak cik nak mengaji sampai ke peringkat pHD untuk beli roti canai dan teh tarik kat warung mamak.
Golongan berpendapatan secara relatif lebih banyak berbelanja pendapatan yang mereka perolehi dan kurang menyimpan. (pendapatan tak mencukupi) Jika ada jual beli maka ada perniagaan, jika ada perniagaan maka ada perdagangan, jika ada perdagangan maka ada aktiviti perusahaan, perkhidmatan, perladangan dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti perdagangan, perusahaan, perladangan, pertanian, import dan eksport, dan lain-lain mengerakkan ekonomi Malaysia. Oleh itu secara tidak langsung mereka mewujudkan kecairan dalam pasaran ekonomi tempatan.
Sebaliknya jika harga barangan terlalu tinggi, ia mengurangkan kuasa beli pengguna, pengguna berpendapatan rendah atau miskin terpaksa mengehadkan perbelanjaan mereka dan mengikat perut. Kuasa beli yang lemah juga melembabkan aktiviti jual beli, permintaan dan harga pasaran juga rendah. Sebagai contoh mudah peniaga bazaar Ramadhan dan kain serta kuih raya pada dua tahun lepas, ramai yang mengeluh kerugian perniagaan mereka suram tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesan peningkatan harga barangan yang tidak terkawal meningkatkan inflasi serta memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara. (Tip: inflasi adalah baik bagi pemberi hutang, ia adalah khabar buruk bagi penyimpan).
Malaysia akan menjadi seperti Greece bukan kerena rakyat TETAPI kerana Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah serta kerajaannya membelanjakan duit negara macam kena rasuk syaitan. Mereka jadikan asset, harta benda dan segala kekayaan negara serta pendapatan negara, seperti kad kredit mak bapak mereka. Bangsat betul Pak Pandir Najib dan Mak Andeh Rosmah, celakalah ke atas mereka sebesar-besar kecelakaan di dunia dan di akhirat...