MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam pada 21 Oktober lalu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan terhadap lelaki yang mendakwa dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad. Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 7, 8(a), 10(b), 12 dan 13 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor, 1995 kerana menyebarkan doktrin palsu, mengaku diri seorang rasul, mempersendakan agama, menyebarkan pendapat bertentangan fatwa dan mengingkari dan melanggar arahan mufti, empat tahun lalu. -
Memang jelas jika dia mendakwa dirinya adalah Nabi maka dia jatuh murtad, akan tetapi dalam kes ini pihak manakah yang jauh lebih sesat?