Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Ke mana hala tuju PAS, Politik, Agama atau Serban ?

Maaf, aku semakin keliru dengan PAS hari ini. Ke mana hala tuju PAS sekarang dan di masa hadapan? Adakah Politik atau Parti, Atau Agama, Atau Serban? Yang mana yang menjadi agenda perjuangan PAS? Maaf aku bukan ahli PAS, Keadilan, UMNO atau apa-apa pertubuhan politik. Aku tak berminat dengan politik, apatah lagi politik ala demokrasi Malaysia.

Politik dan Parti
  • Adakah PAS sekarang tidak lagi sama dengan PAS sewaktu penubuhannya?
  • Adakah PAS sekarang tidak tahu kenapa pengasas-pengasasnya keluar daripada Parti Perikatan satu masa dahulu dalam sejarah?
  • Adakah PAS boleh bersatu dengan UMNO? Adakah PAS dan UMNO mempunyai agenda politik atau dasar politik yang sama, cuma berlainan versi?
  • Bolehkah UMNO seiringan dengan PAS, sefahaman, sepakat dengan PAS kerana mereka adalah parti Melayu?
  • Adakah PAS semakin bimbang dan rasa bersalah akan bilangan kerusi di DUN dan Parlimen yang diduduki oleh ADUN atau YB berbangsa Melayu semakin berkurangan? Adakah ini salah PAS atau salah UMNO?
  • Adakah parti PAS milik mutlak pemimpin-pemimpin PAS sama sebagaimana parti UMNO milik mutlak pemimpin-pemimpin UMNO? Segala-galanya telah ditentukan dan difikirkan oleh pemimpin-pemimpin mereka, ahli-ahli perlu mengikut dan mematuhi sahaja. Ahli-ahli biasa atau golongan bawahan terutama mereka yang tidak berpendidikan tinggi sampai ke Universiti tidak layak untuk mempunyai buah fikiran sendiri apatah lagi yang berlainan daripada arus perdana. Mereka hanya patut diam atau mengampu membabi buta.
  • Adakah pemimpin-pemimpin parti PAS akan mengkhianati kepercayaan penyokong-penyokongnya yang menolak kekafiran pemimpin-pemimpin UMNO?
  • Negara yang diterajui oleh UMNO adalah ibarat negara UMNO, pemimpin-pemimpin mereka serta rakan-rakan kongsi mereka serta ahli-ahli politik mereka serta pencacai-pencacai mereka meratah negara atau memperlakukan negara sesuka hati mereka tanpa mempedulikan nasib rakyatnya secara keseluruhan. Adakah PAS juga ke arah itu?
  • Pemimpin-pemimpin UMNO, rakan-rakan kongsi mereka serta ahli-ahli perniagaan mereka sejak dahulu lagi telah menjual negara kepada warga-warga asing sehingga kini rakyat Malaysia berbilang kaum bukan lagi Melayu, Cina, India ..., malah Indon, Myamar, Petani, Filipin, Kampucia, Nepal, India, China, Negro, Arab, Mat Saleh dan lain-lain. Adakah PAS sekarang seiringan dengan mereka atau menganggap isu-isu ini sebagai hal yang remeh-temeh?

Agama
  • Adakah PAS sekarang seakidah dengan UMNO?
  • Jika dahulu PAS menolak Islam Hadari, adakah sekarang PAS menerima akidah "1 Malaysia" ciptaan ulama UMNO, tok najib?
  • Pemimpin UMNO dalam sejarah telah menghalalkan judi yang dinamakan atas nama kebajikan, iaitu loteri kebajikan. Bolehkah PAS sekarang menerimanya atas dasar perpaduan Melayu?
  • Pemimpin-pemimpin UMNO serta ahli-ahlinya, dalam sejarah telah menolak dan menentang hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS satu ketika dahulu bersama rakan-rakan kongsinya yang bukan beragama Islam. Benarkah PAS memperjuangkan hukum hudud satu ketika dahulu kerana Allah SWT, atau hanya sekadar agenda politik?
  • Pemimpin UMNO dalam sejarah telah mencela Rasullulah saw, bolehkah PAS sekarang duduk semeja dengan UMNO, makan-minum bersama dan ketawa riang bersama?
  • Adakah perpaduan Melayu terlalu penting bagi para pemimpin PAS sekarang berbanding dengan perjuangan cara hidup Islam?
  • Kata Syaidina Umar r.a. yang maksudnya (kalau tak silap) "... kita adalah umat yang dimuliakan dengan Islam, kita akan dihinakan jika kita mencari kemuliaan selain daripadanya...". Dapatkah PAS sekarang memuliakan Islam sebagai satu cara kepada hidup ahli-ahlinya dan boleh dijadikan contoh kepada bukan Islam untuk menerima Islam atau sekurang-kurangnya menghormati cara hidup orang Islam. ATAU PAS sekarang mempunyai agenda yang sangat penting lagi iaitu perpaduan Melayu?
  • Adakah "amar makruf nahi mungkar" PAS hanya hangat-hangat tahi ayam? Oleh itu PAS sekarang boleh menerima kemodenan mentaliti atau cara hidup yang kononnya moden yang dibawakan oleh ahli-ahli politik UMNO serta ahli-ahli perniagaan mereka.
  • Adakah pemimpin-pemimpin PAS sekarang masih tak pasti apa lagi yang patut diperjuangkan oleh parti PAS? Jika begitu, tolong buang nama "Islam" pada nama parti PAS kerana jika kamu gagal menyempurnakan amanah "ISLAM" yang kamu terima, kamu hanya akan mencemarkan namanya sahaja. Orang-orang musyrikin, munafikin dan KAFIRIN akan hanya terus memburuk-burukkan ISLAM kerana kelemahan dan kegagalan kamu.
  • Jika kita beribadah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan kita memelihara terus keikhlasan kita untuk Allah SWT, maka cukuplah Allah SWT sebagai penolong kita di mana sahaja kita berada. Sebaliknya jika kita beribadah kerana sesuatu dan bukannya ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, maka ibadah kita dilemparkan kembali kepada kita dan mintalah ganjaran kepada mereka yang kita menunjuk-tunjukkan.

Serban
  • Masalah perpaduan Melayu takkan menjadi seteruk hari ini jika tidak kerana isu ini.
  • Masyarakat PAS umumnya melihat orang-orang lain sama ada UMNO, bukan UMNO tapi juga bukan PAS, serta bukan ISLAM sebagai apa? Pendek kata pada kaca mata masyarakat PAS, mereka melihat orang-orang UMNO, orang-orang yang tidak menyertai mereka, orang-orang bandar dan juga orang-orang bukan Islam seperti apa?
  • Adakah mereka lupa orang-orang yang mereka lihat itu juga adalah manusia yang diciptakan Allah SWT dan mereka tidak dapat lari daripada menyampaikan amanah Allah SWT kepada orang-orang itu.
  • Mereka tidak sepatutnya menjauhkan diri daripada golongan lain, sebaliknya mereka hendaklah mendekatinya dan sekurang-kurangnya menunjukkan cara hidup dan akhlak Islam kepada golongan itu.
  • Terutama pandangan mereka terhadap kepada golongan bukan Islam, mereka juga manusia. Janganlah kerana mereka memakan babi, maka kita anggap mereka jijik seperti babi ATAU PUN janganlah kerana mereka berak tak basuh, maka kita menganggap mereka terlalu pengotor sehingga perlu dijauhi ATAU PUN janganlah kerana mereka kafir atau musyrik, maka kita anggap mereka perlu diperangi, dihapuskan atau dimusuhi meskipun mereka kafir zimmi. Jika Rasullullah SAW mempunyai pandangan seperti itu, sudah tentu risalah agama tauhid ISLAM tidak sampai kepada kita pada hari ini.
  • Pernah aku mendengar sebuah cerita, pemimpin PAS dahulu pada masa 13 Mei memberikan perlindungan kepada golongan kafir zimmi daripada kegilaan darah bangsanya sendiri. Pada masa itu kedua-dua puak seperti kerasukkan syaitan, pantang jumpa saling bertumpah darah. Api berdarah ini dalam sejarah telah diapi-apikan oleh bangsat negara yang sekarang ini masih lagi gila kuasa walaupun paling lama memerintah negara, hendak mewariskan kekayaan negara kepada keturunannya.Ini kata TAR pemimpin UMNO dalam sejarah, bukan aku, ha, ha ... "Malay Dilemma".
  • Menyokong Islam bukanlah seperti menyokong kelab bola sepak, jika kita benar-benar menyokongnya maka sepatutnya kita mampu menarik lebih ramai orang menyokongnya dan bukan menyebabkan orang lain menjauhinya.
  • Apabila kita berserban kerana serban itu adalah sunnah nabi, ATAU sekurang-kurangnya, apabila kita memegang Islam itu sebagai akidah kita dan bukan sebagai satu kepercayaan MAKA kita memikul AMANAH ISLAM itu sendiri. Jangan mengkhianatinya... azab Allah itu amat pedih.


Wassalam

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain