Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

AWAS !!! Pembunuh Dalam Senyap

Kita biasa melihat drama, cerita aksi, cerita tragedi dan macam-macam cerita di TV. Mungkin korang pernah tengok cerita pembunuhan yang membunuh dengan racun. Adakah cerita pembunuhan dengan racun hanya drama TV atau dalam filem semata-mata, tak mungkin berlaku dalam realiti?

Politik dalam negara kita tidak kurang hebatnya, mereka yang punya kuasa sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kekuasaan, kekayaan, kepentingan dan kroni mereka. Artikel ini bukan untuk membuat tuduhan ke atas sesiapa, cuma agar mereka yang terlibat dalam politik sama di baris hadapan, di tengah, di belakang ataupun atas pagar agar lebih berhati-hati.


gambar hiasan aje :-)

Terdapat beberapa jenis racun yang agak sukar dikesan tanpa analisis kimia makmal. Aku dapatkan artikel ini dari Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Lethal_injection. Lethal injection adalah kaedah hukuman mati ke atas pesalah yang dilaksanakan di beberapa negara. Dalam kaedah ini pesalah disuntik racun sehingga mereka mati. Apa yang menarik di sini adalah bahan kimia yang digunakan dalam hukuman ini.

Kita biasa dengar bahan kimia yang amat toksik kepada manusia seperti arsenik dan sainide. Bahan seperti ini tidak sesuai digunakan oleh pembunuh senyap kerana ia mudah dikesan dan kesan keracunannya ketara. Antara bahan kimia yang sering digunakan dalam membunuh secara senyap adalah kalium klorida (KCl) kerana ia amat mirip kepada garam makanan biasa (natrium klorida - NaCl).

Petikan daripada Wikipedia.
  • Sodium thiopental: ultra-short action barbiturate, an anaesthetic agent capable of rendering the offender unconscious in a few seconds. 
  • Pancuronium: non-depolarizing muscle relaxant, causes complete, fast and sustained paralysis of the skeletal striated muscles, including the diaphragm and the rest of the respiratory muscles; this would eventually cause death by asphyxiation. 
  • Potassium chloride: stops the heart, and thus causes death by cardiac arrest. 
Terjemahan :
  • Natrium thiopental: barbiturat yang memberi tindakbalas segera, agen anestesi (pelali) yang mampu memberikan pesalah tak sedarkan diri hanya dalam beberapa saat.
  • Pancuronium: relaksan otot bukan depolar yang menyebabkan kelumpuhan otot berjalur rangka, termasuk diafragma dan seluruh otot-otot pernafasan, secara sepenuhnya, pantas dan berterusan. akhirnya akan menyebabkan kematian melalui pengasfiksian(sesak nafas). 
  • Kalium klorida: menghentikan denyutan jantung, dan dengan demikian menyebabkan kematian melalui  serangan jantung. 
Info lain
  • Sodium thiopental juga dikenali sebagai Sodium Pentothal (nama dagangan di US). Lethal Injection dosage: 2-5 grams.
  • Pancuronium bromide juga dikenali sebagai Pavulon (nama dagangan di US). Lethal Injection dosage: 100 milligrams. Adalah  non-depolarizing muscle relaxant (agen pelumpuh).
  • Kalium klorida adalah elektrolit (seperti garam yang sangat larut dalam air dan berion). Melalui oral, KCl toksik jika diambil berlebihan.
Info lain sila rujuk
Bila dengar cerita ahli-ahli politik yang dimasukkan ke hospotal kerana serangan sakit jantung, kadang-kadang tertanya juga adakah itu benar-benar sakit jantung atau jantung yang disakitkan? Bila mati atau meninggal dunia, pilihan raya kecil diadakan dan YB/ADUN baru akan dilantik. Boleh ke kaedah ini digunakan untuk menghapuskan musuh-musuh politik yang lantang bersuara? Dulu ada ahli parlimen/adun yang dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung selepas menghadiri satu jamuan bersama parti lawan, dan beberapa hari kemudian meninggal dunia. aku tak ingat sangat cerita ini macam mana, tapi mengikut berita-berita TV & akhbar, nampak biasa aje.

Walau apa pun diingatkan kepada parti-parti pembangkang terutama PAS, PAS, PAS, PAS agar lebih berhati-hati, tak perlu le nak berbaik sangat dengan pemimpin-pemimpin UMNO tu, menghadiri jamuan makan mereka atau duduk makan bersama mereka. Berbaik sangka dengan musuh di medan perang maknanya binasa. Musuh yang tak ada iman mereka bukan kenal dosa pahala, mereka sanggup buat apa aje untuk jaga kepentingan mereka. takkan dah lebih 50 tahun masih tak kenal UMNO.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain