Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

(Wang) Rakyat Didahulukan, Pencapaian (Kroni) DiUtamakan - 1


Bilakah Cukai Motor Nak Diturunkan?

Menjadi seorang pemilik motor kat Malaysia ni amat menyedihkan.


FAKTA 1
Akibat daripada tertubuhnya Modenas,industri motor kat Malaysia ni slow semacam je sebab nak jaga Modenas,jadi cukai2 dekat motor2 import menjadi sangat tinggi menghampiri nilai-nilai tak munasabah dan hanya orang yang wangnya bertaburan di atas lantai mampu membeli motor baru berkuasa tinggi. Harga motor yang kadang2 dah 8 tuan punya pun masih tinggi walaupun motor dah 20 tahun lebih usianya.



FAKTA 2
Kesan daripada itu,rakyat Malaysia ramai yang terpaksa bawak motor kapcai yang berkuasa 110cc untuk pergi kerja.Ini menyebabkan risiko kepada pemandu dan pembonceng lebih tinggi. Bayangkan,ada kereta slow depan anda,anda pun tariklah minyak kononnya nak potong,masuk lane tengah tiba2 ada kereta dari belakang dah cucuk anda atau lebih teruk lagi kereta dari depan anda.Masa tu pulak anda dah pulas habis throttle motor dan speed hanya menunjukkan 100km/j.

Nak potong takde pick up menyebabkan anda kena langgar dari belakang atau dari depan.

FAKTA 3
Akibat daripada Modenas,banyak pembuat2 motosikal dunia dah tak berani nak bawak masuk model baru sebab tahu susah nak bersaing.Dua tiga tahun kebelakangan ni barulah nampak ada berani balik pengeluar motorsikal lain nak bawak masuk model baru tapi kebanyakannya hanyalah model2 kapcai dan skuter.Tahun 2008 barulah nampak Honda CBR150 dan Yamaha FZ150i.Satu motor body kecik gila,satu lagi takde pulak brek disk belakang.

FAKTA 4
Motor yang sebenarnya dipanggil "Beginner's Bike" di Eropah menjadi idaman rakyat Malaysia.Walhal sebenarnya motor2 tu hanyalah untuk remaja2 yang baru dapat lesen dan tak boleh bawak motor lebih 125cc contohnya Aprilia RS125 dan Cagiva Mito125.

FAKTA 5
Lebih baik sistem sesebuah motor itu menjadikan lebih selamat penunggang tersebut.Tetapi apabila kedengaran kes-kes di mana ada penunggang yang disaman oleh pihak JPJ akibat daripada memodifikasi brek belakang jenis biasa kepada brek disk menjadikan kes itu sesuatu yang tak munasabah.

Ini kerana aksesori2 tersebut dijual oleh SEMUA KEDAI KAT MALAYSIA NI dan kenapa tiada langsung tindakan diambil kepada penjual tersebut.

FAKTA 6
Penunggang kat Malaysia semua boleh kata pemalu,sebab takut nak pakai helmet full face."Aku bawak kapcai,segan la nak pakai full face","segan la motor buruk","tanak aa,aku pakai ex5 je"

Aku pernah jatuh terseret dekat Bentong dan apa yang menyelamatkan dagu aku adalah helmet full face aku.Pakai je full face.Orang Indonesia boleh buat.Orang Thailand boleh buat.Macam mana nak jadi negara maju kalau pemikiran orang ramai masih lagi kat takuk dunia ke 3.Fikir pasal keselamatan.Aku pun dah start pakai full face.Mampus la orang nak cakap ape pun.Buat muka bodoh je.Orang yang kutuk tu la bangang.

FAKTA 7

Ramai yang bawak motor sebab tak mampu nak beli kereta.Ramai jugak yang bawak motor sebab tak tahan pakai kereta.Jadi sepatutnya golongan macam ni kerajaan kena tolong.

Bawak masuk motor2 yang berkuasa tinggi sikit.Jadikan syarat bawak motor 120cc 4 stroke ke bawah untuk golongan 16 hingga 18 tahun.Bawak masuk motor 250cc dan jadikan motor2 tu sebagai basic model kepada golongan penunggang.Maksud aku tinggikan sikit taraf CC motor tu.Basic level sekarang ni Honda EX5 Class yang berkuasa 100CC,Yamaha Legenda 110cc,nak balik kampung pun fikir beribu kali.

Jual motor 250cc ke bawah dengan harga yang affordable.Bila affordable bukannya RM13 ribu ke atas.Juallah dalam Rm12 ribu ke bawah.Tax tu man-man lah ketuk.Takkan lah rakyat sendiri nak cekik kot.

FAKTA 8
Walaupun Naza ada bawak masuk Blade250R,dengan harga yang boleh dikata murah berbanding dengan motor lain tapi fikir2 lah,motor punye loan bole buat 4 tahun je.Nak terberak gak nak membayarnya sebab downpayment MAHA TINGGI.

Tapi yang tak sedapnya bila cakap pasal Blade250R tu,harganya boleh dikira jauh lebih murah di negara lain.Dah dibawak jadi CKD unit pun harga masih RM19 ribu.Itu dah lebih kurang USD5500.
Dah boleh dapat motor lagi besar kat negara lain cthnya jiran kita,Singapura.

Baca link ni.Dia komplen hidden cost beli motor kat Singapore.Campur tolak harga dia JAUH LAGI MURAH daripada Malaysia.Nak beli motor 600cc kat Malaysia dah boleh dapat Toyota Avanza sebijik masuk sekali Kancil second hand satu.

KESIMPULAN
Kalau orang Malaysia nak bawak motor,biarkan dia bawak motor.Jangan tekan kami macam ni.Jangan paksa kami beli kereta nasional.Kami nak bawak motor,kami nak layan konar.Kami nak motor berkuasa tinggi bukan sebab nak race.Kami nak pergi kerja naik motor.Minyak mahal.Tol banyak.Hujan pun takpelah.

Kami nak pilihan.
Kami tak nak diberitahu supaya mesti pilih ini,mesti ambik itu.Kepada Pemimpin Pakatan Rakyat,Insya Allah bila dah memerintah nanti,turun2 kan lah cukai2 motorsikal dan kereta tu.

Takde perasaan yang lebih best melainkan bawak motor dekat jalan yang best dan angin bertiup sepoi2 bahasa.


Post by Mantot on April 16, 2008, 9:06:00 PM 

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain