Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

"AURA=SESAT" = "FATWA LEBAI EmJAY YANG JAHIL MURAKAB"

Bahagian 1
Akum, dah lama aku nak bincangkan isu ini sejak aku mencari artikel-artikel mengenai aura satu ketika dahulu, alkisahnya terjumpa sebuah artikel yang sangat ekstremis. Memang benar lain fahaman, lain orang dan lain agama, mempunyai persepsi berbeza mengenai aura. Akan tetapi jika terlampau dengan lagak alim dalam agama sehingga memberi tanggapan buruk pada agama Islam itu sendiri, golongan ini tidak boleh dibiarkan meliar. Aku dah buat studi mengenai aura, didapati ia bukan lah terlalu asing sebagai mana yang didakwa oleh LEBAI EmJAY YANG JAHIL MURAKAB.



Maleh nak bincangkan isu ini di blog lebai emjay, kalau kena filter, mesej yang aku nak sampaikan takkan sampai. Lagi pun dio ne dah macem gilor dengan cop setem SESAT di tangannya, habis semuo di cop sesat. Sampae aroma terapi pon di cop sesat, haram... gilo apo dia? Bendo halal, tok do apo2 pong dikato sesat, harem... Cilako sunggoh si LEBAI EMYAJ ne.

Harap para pembaca terus membaca arikel ini sampai habis, panjang tapi bukan omong-omong kosong.

FITNAH LEBAI KULUP EMJAY mengenai Aura

LEBAI EMJAY telah mewartakan bahawa Aura, Chakra, kuasa minda, CVT dan sebagainya adalah HARAM menurut logik akalnya serta perasaannya atau dia pakai ilmu firasat yang dia rasakan begitu hebat. Oleh itu dengan keras dia memperjuangkan pendapatnya dengan penuh perasaan (bukan ilmu pengetahuan).

Artikel si LEBAI EMJAY mengenai isu ini boleh didapati di pautan ini:

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/152/Penjelasan_haram_menggunakan_aura_chakra_kuasa_minda_CVT_dsbnya

Sedikit petikan dari artikel LEBAI EMJAY:

Sesuatu yang anda perlu fahami berkenaan aura, chakra, kuasa minda & Color vibration theraphy (CVT) dsb.

Sebagaimana dinyatakan dalam laman web http://www.innerexplorations.com/ewtext/kun.htm

Chakra adalah sebahagian ajaran agama hindu. Dalam laman web berikut http://www.souledout.org/healing/wheelsoflife/chakrasinfo/magneticchakras.html ada dinyatakan mengenai chakra.

“Our understanding of the chakra system is handed down from ancient Hindu teachings; this is where the Sanskrit word "chakra" originated. These ancient teachings have been validated over the ages in practices of meditation, yoga and healing techniques”.

Menurut ajaran hindu ini, bahagian atas kepala merupakan pintu masuk “tenaga” kebadan manusia sebagaimana dinyatakan oleh laman tersebut:

“One of the major gateways through which energy enters the body is the top of the head. Where there is alignment and balance in the being, energy generally moves down the front of the central channel to the base of the spine, where it is collected, blended, amplified, and propelled up the back, through the spinal column, directly through the seven energy centers, and out the top of the head”.

Bagi memahami lebih lanjut berkaitan chakra dan aura, silalah berkunjung ke laman berikut:

(aura and chakra) http://www.thehealingspectrum.com/aura.html
(aura and chakra) http://www.occult-advances.org/tree_hum.shtml
(aura and chakra) http://www.occult-advances.org/nc-spi-kundalini-energy.shtml
(chakra) http://www.iloveulove.com/spirituality/hindu/chakratantra.htm
Makna chakra dari http://www.geocities.com/Athens/Olympus/6581/quantumchakras.html

Ialah “Chakra is a Sanskrit word from Vedic or Hindu mysticism referring to centers of energy located along clusters of nerves. The seven major chakras occupy the spine, from the bottom, to the top of the head. The Western view of them is that they are the colors, in descending order from the top of the head down, violet, indigo, blue, green, yellow, orange, and red. The Eastern system more often has some variation such as the orange center is instead pink.”.

Melalui ajaran hindu ini, aura dijelaskan adalah “The sixth chakra is referred to as the third eye chakra. It is located in the central cavity of the brain. Its basis is the intuition faculty and all that is governed with the imagination. The color of the aura radiated in the open and balanced sixth chakra is a deep rich purple, such as amethyst. It is the link from which we perceive the higher zones and higher planes” rujuk http://www.plf.net/robinsbiowriting/chakra.html

Ajaran hindu ini telah berkembang meluas ke serata pelusuk dunia. Orang Amerika dan Eropah telah mula mempelajari amalan ini dan seterusnya mempraktikkannya. Memang ini bukan satu kesalahan bagi mereka kerana ajaran hindu dengan ajaran agama mereka adalah bergurukan guru yang sama iaitu syaitan dan iblis. Namun adalah satu perkara yang amat malang apabila ajaran ini sudah dipelajari dan diamalkan oleh anak bangsa kita serta diamalkan dengan amat berleluasa. Lihat sajalah laman web ini http://www.rakanhot.com/myforum/modules.php?name=Blogger&file=display&jid=4

Kenapa saya kata LEBAI EMJAY JAHIL MURAKAB LAGI SESAT DAN MENYESATKAN, jawapannya …. DALAM KITAB HINDU itu jugalah mendakwa bahawa agama Hindulah agama yang tertua di dunia. Kemudian tanggapan ini diajarkan di sekolah-sekolah dalam subjek sejarah / tamadun dunia / sivik / tata rakyat (subjek apa ye, lupa la...) ADAKAH LEBAI EMJAY beriman dengannya? Si Laknat DARWIN memperkenalkan teori evolusi bahawa haiwan dan manusia berevolusi dengan sendirinya daripada mikroorganisma laut, menjadi monyet, monyet menjadi DARWIN selama berbilion-bilion tahun dan begitu juga dengan haiwan-haiwan lain. Fahaman ini diterapkan di sekolah-sekolah menerusi subjek sains, dan diperkuatkan lagi dengan dokumentari-dokumentari TV (terutama ASTRO) dan dihasut ke dalam minda budak-budak menerusi cerita ultraman/power ranger/ tah apa-apa rider@power lagi tah. ADAKAH LEBAI EMJAY beriman dengannya? Orang barat dan konon moden pada hari ini mengatakan terdapat kehidupan lain di ruang angkasa, di planet lain, di galaksi lain, dan mereka beriman dengan UFO. Oleh itu mereka pun mengkaji angkasa lepas, dan melancarkan misi-misi penjelajahan angkasa lepas untuk memahami dan mencari tempat selamat atau kawasan jajahan baru untuk didiami oleh bangsa mereka. Malah negara kita pun jadi pak turut untuk menceburi bidang aero angkasa (kemajuan dan penyelidikan dalam bidang pertanian sangat teruk... ada hati nak membazir dalam bidang aero angkasa, isyh, isyh, isyh). ADAKAH LEBAI EMJAY beriman dengannya?

Aku ingat si LEBAI EMJAY hanya mempunyai satu kitab iaitu Al-Quran sebagai panduan hidup, rupanya dia ada banyak lagi kitab rujukan kerohanian. OOooo.. gitu ghupanya...


Membuktikan kewujudan AURA


Dari segi peristilahan, menurut kamus Dewan Bahasa Berpuaka : aura adalah “suasana atau perasaan halus yg menyelubungi diri seseorang atau sesuatu.” Dan dalam daftar istilah perubatan : “Deriaan aneh, seperti bunyi bising di dalam telinga atau kelipan cahaya, yang biasanya terjadi sebelum berlakunya epilepsi.”.

Aura adalah sesuatu bentuk sinaran atau cahaya yang tidak dapat dilihat atau lebih tepat lagi cahaya yang sukar dilihat dengan mata kasar. Akan tetapi tidak mustahil untuk dilihat dengan mata menerusi latihan intensif, mempertingkatkan sensitiviti mata terhadap gelombang cahaya. Ini kerana kita hanya menambah sedikit sahaja sensitiviti terhadap julat cahaya dengan panjang gelombang yang lebih pendek (UV) dan julat cahaya dengan panjang gelombang yang lebih panjang sedikit daripada cahaya nampak (IR). Dalam kata lain, kita boleh melebarkan sedikit julat cahaya nampak mata kita walaupun untuk beberapa saat dengan memaksa atau membiasakan sel-sel foto mata kita bergetar dengan frekuensi yang lebih tinggi. Oleh itu bagi mereka yang mula berlatih akan merasai tekanan atau sakit sedikit pada biji mata, mata berair dan sedikit pening. Kamera dengan mod sensitiviti yang lebih sensitif juga boleh merakamkan sinaran aura (rasanya sedikit saja).



Sama ada sedar atau pun tidak, kita telah sedia dan sentiasa mengesan/merasai aura dari manusia/makhluk lain dengan deria biasa pada diri kita. Perasaan seram sehingga meremang bulu roma misalnya adalah satu tindak balas deria kita dengan aura daripada makhluk yang kita tidak nampak, biasanya jin (yang dalam masyarakat kita dikenali sebagai hantu). Perasaan gerun misalnya sama ada terhadap manusia, haiwan buas, jin, malaikat Izrail (malaikat maut) dan lain-lain juga adalah satu contoh tindak balas deria kita dengan aura luaran. Atau pun pada masa kita merasakan ada sesuatu atau seseorang sedang memerhatikan kita, sedangkan kita tidak mengetahui siapa. Tindak balas ini adalah sama ada pertembungan dua aura, satu lemah dan satu sangat kuat secara relatif ATAU aura dari dua atau lebih sumber berhubungan/bertindihan.

Perkara seperti ini bukanlah pelik, malah dalam sejarah telah membuktikannya. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, syaitan yang akan melalui sebuah lembah apabila mengesan kehadiran Sayidina Umar r.a. juga akan melalui suatu lembah itu akan cabut lari menggunakan jalan lain. Kerana dia mahu mengelak daripada bertembung dengan sahabat nabi ini. Dalam kes ini, si syaitan itu yang meremang bulu romanya atau rasa gerun terhadap Sayidina Umar r.a.

Walau pun aura tidak dapat dilihat, kewujudannya telah diketahui atau disedari sejak dahulu lagi. Oleh itu bagi menghurai sesuatu yang tidak jelas, yang tidak nampak, maka merepek-repeklah manusia dengan bermacam-macam-macam teori, ibarat sepuluh orang buta yang cuba menghuraikan rupa gajah.

Ciri-ciri aura yang boleh kita simpulkan setakat ini adalah

* Aura menyelubungi sesuatu makhluk sama ada manusia, jin, malaikat, haiwan atau makhluk-makhluk lain. Mereka yang mempunyai sensitiviti yang baik juga boleh merasakan perbezaan aura antara sesuatu tempat dengan tempat-tempat lain (iaitu aura atas muka bumi). Ada tempat yang kita boleh merasakan ketenangan walaupun bukan berada di taman rekreasi, atau merasakan tekanan yang menimbulkan rasa ketidakselesaan, ada tempat yang boleh memberikan kerehatan pada badan kita yang letih lesu dengan berkesan dan lain-lain.
* Ketebalan aura secara dari sumbernya menunjukkan perbezaan kekuatan atau tekanan aura secara relatif dengan sumber aura luaran. Lebih kuat aura sesuatu itu maka lebih tebal aura yang menyelubunginya. Mereka yang dengan aura yang lemah akan merasai tekanan dari aura luaran yang lebih kuat secara relatif.
* Aura terpancar dari sumbernya, dan berubah-ubah mengikut kondisi sumbernya.
* Setiap makhluk yang hidup mempunyai aura masing-masing. Mungkin juga aura adalah unik dengan sumbernya, aura yang tersendiri. Misalnya : Seorang pemburu dapat membezakan aura binatang pemangsa, oleh itu nalurinya akan memberitahu dia akan kehadiran binatang pemangsa seperti harimau berhampiran dengannya walaupun dia belum melihat binatang itu dengan mata kasarnya.



Bagaimana kita hendak membuktikan kewujudan aura dengan melihat terus aura itu dengan biji mata kita sendiri atau merasakan ia melalui sentuhan kulit? Ada banyak cara untuk melatih mata kita untuk melihat aura, antaranya:

* Melihat aura pada tangan sendiri, petikan :

How to read and see the aura?

It is very easy to see your aura. All you have to do is dim the lights, maybe light a few candles and play some soft music and place you hand on a black surface. Concentrate and focus. Look around your hand. You should be able to see a ray of light of some kind forming around your hand. In time, you may be able to see colours. Once you are able to see your own aura, start to look at other peoples auras. It may take some time before you'll be able to see them without having to "zone-out" a bit, but don't worry, it will happen.



* Melihat aura pada orang lain, petikan dari http://www.dream-analysis.com/columns/2000/25.shtml:
How to See the Human Aura
Preparation
Techniques for seeing the aura alone are described later but it is best to do this with a group of 6 or more people. Choose a room that has a plain white or pastel colour wall. Dim the lights and wait until your eyes have adjusted. Have one person, the subject, stand still against the wall with their eyes closed so as not to distract the focus of the viewers (see picture 1). The viewers should stand or sit in front of the subject at a distance of about 6 feet. Glasses do not need to be removed by anyone.


Picture 1


Picture 2


Picture 3

What you will see
You will see a bright haze around the subject's body (see pictures 2 and 3). This is particularly easy to see around the subjects head and shoulders. Some in the group may see colours but don't worry if you can't. Help others by describing what you see. Take turns as the subject and notice the differences between the auras. Some people's auras are easier to see than others.

How to see it

Look slightly above and between the subject's eyebrows. Let your eyes relax and don't try to see the aura. It is very much like looking at magic eye pictures. You will not see it the first time if you look directly where it is. The aura will just seem to appear around the subject. This can take from 10 seconds to 2 minutes depending on the viewer. When this happens don't look directly at it or it will 'disappear'. Instead, train your eyes to see it by keeping your focus on the subject as described above. After you have trained your eyes you can look directly at the aura without losing it.
If you have difficulty
While looking at the subject, think of something or someone that makes you feel good (your small child, for example). The aura is particularly easy to see around the head, shoulders and hands.
Trying this alone
With conditions the same as described above, put a potted house plant at eye level in the subject's place. Use a fast growing plant if possible. When looking at the plant open your heart to the wonder of its creation. How simple, yet beautiful, it is. When your heart connects with this you will see the plant's aura. When you have succeeded at this step you can look at your own aura using a mirror in place of the plant. The distance in the mirror is doubled so don't sit so far away! Look at yourself just as described above for looking at the subject.
* Merasai kehadiran aura dengan tangan, petikan dari http://www.dream-analysis.com/columns/2000/26.shtml.

The Aura is an electromagnetic energy field that surrounds us. I used to laugh at that idea. How could anybody believe something so ridiculous? Simple! Using the correct technique the aura is easily visible. Although my courses are about Dream Interpretation I started showing people how to see and feel the aura to overcome their skepticism when I’d get to discussing the spiritual dimension of dreams. This article focuses on feeling it. I always enjoy this part of the course because it is something that works for everyone. People get totally charged at the magic and simplicity of it. I urge you to try this one. It will only take five minutes but could very well change your life by opening you up to a whole new dimension.

Last week's column on How to See the Aura is available here.

Preparation
Find a partner who wants to try this with you. Only one of you will be able to feel the aura at a time so take turns. While doing this make sure you can see a clock or watch with a second hand. Assuming you are the one going to try it first here's what to do. The pictures correspond to the steps.

Join your hands in a praying position at chest height.

Have your partner place their hands over yours so as to keep your hands together. For a period of at least one minute but not more than 90 seconds try to pull your hands apart while your partner applies pressure to stop you. Make sure to put effort into pulling your hands apart. This will hurt your arms but it's immediately worth it.

When the time us up have your partner completely remove their hands from yours and step back from you. Move your hands to just above waist height and hold them parallel six to nine inches apart. Hold this position.


Picture 1


Picture 2


Picture 3

What you will feel
You will feel like you are holding magnets in the palms of your hands and that they are repelling each other. Ever so gently, moving just a fraction of an inch at a time, move your hands closer together and then further apart. Don't let them get any closer than two inches. While moving them together try to detect the point of strongest pressure where your hands are repelling each other. Stop the movement at this point and then gently move your hands further apart and then back to this point. The pressure will increase as you 'collect' the energy with your hands. This point of maximum pressure marks one layer of the aura.

Now move your hands to just over hip distance apart. Let the energy build up between your hands so you can feel it again. Now gently bring your hands closer again remembering to keep them parallel. You will feel another layer of the aura at a distance from between 24 inches to 14 inches. The distance varies from person to person. Once you detect this point collect the energy again by gently moving your hands further apart and then back to that point.

If you have difficulty

The most important step is where you try to pull your hands apart while your partner stops you. This gets the blood and energy flowing down your arms. To increase the flow push apart with your fingers as well as your hands. If it doesn't hurt you are not doing it hard enough. If you cannot feel it let your partner take a turn. When they feel it they can help describe to you how to feel it more easily.

How to improve your new ability

After resting for a while stand up and hold your hands as in step 3 above. Just allow the energy to build up and you will begin to feel it within one minute. You'll be glad to know that you never need to doe steps 1 and 2 again. Repeat this the next day. You will now always be able to feel the aura by just holding your hands parallel and letting the energy build up. It's that simple.
Ya! walaupun artikel ini dipetik dari barat, itu tidak bermakna kita menerima akidahnya. Kaedah ini adalah kaedah fizikal, ia tidak memerlukan mantera-mantera atau rajah-rajah atau meditasi atau pemujaan sebagaimana kitab Hindu yang menjadi rujukan si LEBAI EMJAY. Oleh itu tiada unsur-unsur spiritual dalam kaedah ini atau memperturunkan jin untuk membolehkan melihat aura. Harap-harap si LEBAI EMJAY tak lah bodoh sampai ke tahap dewa. AURA adalah satu subjek metafizik dan juga fizik (satu cabang ilmu sains).

Apa itu aura? Aura adalah satu bentuk cahaya (dinyatakan dalam Al-Quran). Pengkajian aura secara saintifik masih baru atau SANGAT-SANGAT BARU. Andaian awal, kita boleh mengandaikan bahawa aura adalah sejenis medan tenaga atau sinaran tenaga yang dipancarkan oleh suatu objek hidup. Ia merupakan satu bentuk cahaya elektromagnet.

Adakah hanya objek bernyawa memancarkan aura, adakah makhluk yang telah mati jasadnya tidak lagi beraura? Ini pun tidak pasti. Ada orang yang mengamalkan ilmu sesat menggunakan tangkal taring harimau sebagai penggerun supaya orang lain terutama musuhnya berasa gerun terhadap dia. Adakah aura yang kuat sebagai penggerun itu bersumber daripada taring harimau yang telah mati atau daripada jin yang mendampingi orang yang telah disesatkan itu? Rasanya, jawapan kedua adalah lebih tepat kerana supaya orang itu sesat dengan lebih jauh lagi.

Bumi telah diketahui dan dibuktikan mempunyai medan elektromagnetnya sendiri, adakah ini aura? Adakah aura Bumi dan medan elektromagnet Bumi adalah benda yang sama? Medan elektro magnetik bumi paling kuat di kutub sama ada kutub utara bumi atau kutub selatan, kesan dari medan elektromagnet ini boleh jelas kelihatan dengan mata kasar melalui fenomena alam yang dikenali sebagai “Aurora”. Aurora bukan sahaja terdapat di bumi malah pada planet-planet lain seperti Musytari (Jupiter) dan Zuhal (Saturn). Berikut adalah beberapa gambar aurora dari Wikipedia.








aurora planet Musytari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aurora sila lihat Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Aurora dalam bahasa Melayu atau http://en.wikipedia.org/wiki/Aurora_%28astronomy%29).

Oleh itu apa yang hendak disimpulkan di sini bahawa pengetahuan kita mengenai aura adalah amat terbatas. Namun oleh sebab aura itu pada pandangan mata manusia nampak macam hebat, menarik maka timbullah pelbagai spekulasi gergasi untuk menyatakan kehebatan aura itu. UNTUK MENGATAKAN AURA ITU SESAT SEBAGAIMANA FITNAH LEBAI EMJAY ADALAH SATU KEBODOHAN YANG AMAT KETARA KERANA AURA ADA BENDA ATAU FENOMENA ALAM ATAU PERKARA YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH SWT. KENAPA LEBAI EMJAY TIDAK MELIHAT AURA ITU SEBAGAI SALAH SATU TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH SWT DALAM CIPTAAN-CIPTAAN-NYA. Adakah LEBAI EMJAY tersesat kerana terlalu banyak merujuk kepada kitab-kitab serta fahaman HINDU?

Gimik kehebatan aura mungkin seperti gimik penemuan magnet pada zaman dahulu. Aku ingat lagi satu cerita dalam subjek Sains ketika bangku sekolah. “Pada satu hari, seorang penggembala kambing keletihan dan berehat di atas sebuah batu di padang ragut. Dia menyandarkan tongkat pada batu itu. Hujung tongkatnya diperbuat daripada besi. TIBA-TIBA ... jeng-jeng ... tongkat itu tertarik, terlekat pada batu itu. Dia cuba menarik TETAPI ada satu daya tak kelihatan cuba menarik kembali dengan hujung tongkatnya itu. Mulanya dia menyangka bahawa batu itu berpenunggu atau ada jin. Namun lama-kelamaan setelah di cuba dengan benda-benda lain seperti pedang, tombak dan benda-benda besi yang lain, batu itu memberi reaksi yang sama.

Katanya, SAH batu ini ada kuasa magik!!!! Maka tersebarlah cerita batu berkuasa magik yang boleh menarik besi dengan kuat ke seluruh kampungnya. Maka timbul pelbagai cerita, batu sakti itu boleh menyembuhkan penyakit, mempunyai kuasa ajaib, dan tah apa-apa cerita lagi lah. Bla,bla.... Namun lama-kelamaan kepercayaan ini menyusut dan menghilang. Batu ajaib atau batu sakti itu adalah “magnet”. Keajaiban magnet tidak lagi dihiraukan pada zaman ini, malah menganggapnya tiada apa-apa.

Sebenarnya magnet memang sah ada kuasa magik, mana taknya kita boleh gunakan magnet untuk menjanakan arus elektrik seperti yang terdapat dalam jana kuasa atau dinamo, ATAU menghasilkan getaran bunyi seperti dalam speaker, ATAU menghasilkan medan magnetik di mana kita boleh menyimpan berjuta-juta berbilion-bilion data dalam medium magnetik (cakera besi) seperti harddisk, kaset, disket dan lain-lain (data itu boleh jadi tulisan, gambar, bunyi, suara, rajah dan lain-lain), ATAU cari sendirilah kegunaan-kegunaan magnet. WAH AJAIBNYA... BETOL-BETOL. Kah, kah, kah ...

Seperti penemuan magnet, penemuan aura juga tiada bezanya, macam-macam fahaman timbul mengikut budaya, fahaman dan keagamaan sesuatu geografi. Seperti biasa, agama hindu mengatakan bahawa aura ia adalah berasal daripada agama mereka, itu/ini pun berasal dari pada agama mereka, mereka agama tertua di dunia, bla, bla, ... Maka LEBAI EMJAY pun terpengaruh dengan dakwaan itu. Kesiannya ... tu la banyak sangat tengok cerita hindustan dan Tamil, kan dah terpengaruh dengan fahaman-fahaman hindu. Isyh, isyh, isyh ...


Petunjuk dari Al-Quran

Hint atau petunjuk atau clue dari Al-Quran mengenai kewujudan atau ke tidak asingnya aura. Maksud ayat Al-quran :

“(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".” – Al-Hadid : ayat ke 12.

“(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.” - Al-Hadid : ayat ke 13.

“Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.” - Al-Hadid : ayat ke 19.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Al-Hadid : ayat ke 28.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".” Al-Tahriim : ayat ke 8.

“Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.” Al-Mutaffifin : ayat ke 24.


Kita sebagai umat Islam, mempunyai aura yang tersendiri apabila kita bertaqwa dan mengikhlaskan diri dengan Allah SWT sama ada dengan keimanan, amalan-amalan, atau dengan ketekunan beribadah dengan hati ikhlas “lil lah hi taala”. Aura ini akan terpancar dengan sendirinya dengan Izin Allah SWT. Oleh itu isu aura bukan lah perkara pokok yang perlu diberi perhatian atau keutamaan. Banyak perkara lain yang kita perlu beri perhatian dan keutamaan.

Bagi mereka golongan yang sesat, perkara kecil seperti aura ini dihiaskan syaitan dan jin supaya nampak terlalu hebat, dan adalah segala-galanya dan perlu diberi keutamaan (ibarat kisah penemuan magnet tadi). Akhirnya mereka lalai dan melupakan memahami kehidupan, kenapa mereka hidup, siapa yang menghidupkan mereka, untuk apa mereka hidup, jika dunia ini terjadi dengan sendirinya maka tak mungkin wujud kehidupan sebagaimana hari ini kerana segala-galanya tersusun, teratur, bulan, bintang dan matahari di berjalan mengikut ketetapan masing-masing, adanya siang dan adanya malam, keduanya tak mungkin wujud secara evolusi, kewujudan masa tidak wujud dengan sendirinya atau secara evolusi, kenapa bumi menghijau dan berkehidupan manakala planet-planet lain di ruang angkasa gersang, membahang atau gelap dan membeku, begitu juga kewujudan cahaya, atom-atom, dan segala di langit, di bumi dan di antaranya, tersusun atau teratur dengan sangat sempurna untuk semata-mata untuk kehidupan di atas muka bumi ini. Sudah tentu adanya pencipta Yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Esa dan segala-gala pujian yang baik bagi-Nya yang mencipta, mengatur dan mentadbirnya. Andai kata jika tiada petunjuk yang disampaikan oleh Tuhan yang Esa, yang menciptakan seluruh alam dan segala-galanya melalui lidah para Rasul maka sudah tentu kehidupan atas muka bumi ini tidak bermakna, segala-galanya hancur musnah, ibarat binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi dan tak mungkin ia boleh bertahan lama dari zaman dahulu kala sehingga ke hari ini (saling pertumpahan darah, kezaliman, keganasan, penindasan terhadap golongan yang lemah).

Petunjuk dari hadis Rasulullah SAW mengenai aura: (doa cahaya)

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي

نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا

"Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya, pada pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada sebelah tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di mukaku cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya." (Hadis riwayat Bukhari)
Kesimpulan dari dalil-dalil naqli dan aqli di atas, aura adalah wujud sedia wujud sebagai satu fenomena alam, ia adalah satu bentuk cahaya yang terpancar dari makhluk-makhluk hidup. Ia bukan ajaran hindu, budda dan apa-apa... suka hati mereka nak kata apa, tetapi adalah jelas aura adalah sebahagian daripada ciptaan Allah swt yang dipertunjukkan kepada kita sebagai salah satu tanda-tanda kebesaran-Nya. Walaupun pengetahuan manusia telah berkembang luas dan semakin canggih pada hari ini, namun ilmu Allah swt amat luas, terlalu / terlampau banyak (tak terkata banyaknya) yang kita tidak ketahui. Masya Allah! Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. La ila ha il lallah.

الله أكبر
لا إله إلاَّ الله

(bersambung ...)

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain