Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Jom Minum Air Longkang dan Kumbahan IWK

Apa ke jadah tajuk artikel ini? Akan tetapi itulah realitinya, kita rakyat Malaysia telah pun meminumnya setiap hari terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar, bandaraya, dan kawasan dataran menghala ke laut, "lazat lagi berkhasiat".


Apabila pihak-pihak tertentu membincangkan mengenai isu alam sekitar, kempen memelihara sungai, masalah pencemaran sumber air, pencemaran sungai, krisis air di lembah kelang dan negeri-negeri lain, namun adakah sesiapa atau mana2 pihak yang sedar dari manakah sumber2 air mentah yang diproses oleh pengusaha2 bekalan air seluruh negara untuk dijadikan air minuman? Jawapannya? Kenapa kos rawatan air meningkat dari masa ke masa dan menjadi alasan kepada SYABAS atau yang sewaktu dengannya untuk naikkan tarif air? Kenapa pencemaran sungai memberi implikasi terus kepada bekalan air minuman negara, misalnya kes air pili berbau bangkai selama beberapa minggu di Shah Alam, Kelang pada tahun 2006. (era penjajahan Khir Toyol).

Negeri
Tarif Minima (m3)
Sabah
90 sen
Kedah
40 sen
Selangor & Kuala Lumpur
57 sen
Perlis
44 sen
Negeri Sembilan
55 sen
Johor
38 sen
Melaka
45 sen
Pahang
37 sen
Sarawak
44 sen
Perak
30 sen
Kelantan
40 sen
Pulau Pinang
22 sen

Dengan hipokrit pihak-pihak media, kerajaan dan NGO membincangkan mengenai isu pencemaran sungai-sungai, pencemaran najis babi yang dilepaskan ke sungai, limpahan sisa air kumbahan IWK, sisa buangan domestik dan macam-macam lagi. Malah bekas PM dan menteri-menteri yang pernah bertanggung jawab pun meluahkan kebimbangan mengenai pencemaran alam sekitar, padahal sewaktu mereka mempunyai kuasa merekalah kepala-kepala syaitan yang rakus meratah negara. Alasan mereka pada masa itu pembangunan di mata kasar umum (dan pembangunan kewangan keluarga dan kroni sebenarnya).

From Kau Yang Tak Mengerti

From Kau Yang Tak Mengerti

From Kau Yang Tak Mengerti

Salah siapa pencemaran sumber air? Bukankah bekalan air mentah yang diproses di loji-loji rawatan air (Puncak Niaga/Splash/Syabas) diambil terus daripada empangan-empangan seluruh negara? Mula-mula aku pun fikir begitu, dengan rasa tenang dan selamat, tanpa waswas, diyakini syarikat bekalan air dan jaringannya serta kerajaan Malaysia yang prihatin telah melaksanakan tanggung jawab mereka membekalkan air bersih kepada penduduk. Tapi korang tak pelikkah ? melihat pintu-pintu air yang dinamakan sebagai "Muka Sauk" atau "INTAKE" air mentah untuk loji rawatan air (air minum) berhampiran sungai tetapi jauh@sangat jauh dari empangan. Tak pernah tengok ? Tak faham ? Takpa… Teruskan membaca, aku ada peta yang boleh menjelaskan segala.

Sebenarnya isu-isu krisis bekalan air sepatutnya tidak berlaku jika ditangani oleh kerajaan sejak awal lagi, selepas kemerdekaan dan sebelum misi-misi penswastaan kepentingan rakyat. Lihat dari bawah mungkin kita tak memahami apa yang berlaku, cuba kita lihat dari atas, dari langit (err.. maksud aku dari teropong satelit, bukan magik… bukan magik…). Cuba analisa gambar-gambar satelit daripada Google Map, Wikimapia, etc di bawah. Alhamdulilah, dulu nak dapatkan peta topografi Malaysia begitu susah, maklumlah maklumat sulit, sangat sulit, tersulit-sulit, menyulit-nyulit, berkulit-kulit susahnya, maklumat rahsia kerajaan dan hanya mereka yang berkenaan sahaja boleh mencapai dengan bebas. syyyy….. kononnya sulitnya peta topografi negara macam alat sulit mereka je.

From Kau Yang Tak Mengerti

From Kau Yang Tak Mengerti

From Kau Yang Tak Mengerti
Dengan Google Map dan WikiMapia (google), bukan setakat topografi malah bentuk muka bumi boleh dilihat dengan lebih jelas, lebih nyata, guna tanah, jalan raya, lebuh raya, bandar raya, balai raya, datuk kaya, menteri kaya, rakyat paya dan macam-macam lagi, cuma dia tak boleh zoom sampai ke muka orang dan gambar peta adalah gambar rakaman (agak lama), bukan "real time". Tapi cukup untuk kita lihat kejahatan-kejahatan hantu-hantu raya dan bagaimana mereka merosakkan muka bumi ini.

Kisah Sungai Linggi, N9

From Kau Yang Tak Mengerti


From Kau Yang Tak Mengerti

From Kau Yang Tak Mengerti
Gambar satelit loji rawatan air Sg. Linggi dan pautan berikut adalah pengembaraan dari loji ke hulu sungai. Melalui bandar Bandar Seremban yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Semua air kumbahan IWK, parit longkang, sisa domestik, ladang, dan ternakan Isa Samad (x MB N9) disalurkan ke sungai ini. Kemudian dikitar semula sebagai air minuman mereka. Merawat air yang sangat tercemar bukan mudah, ia melibatkan banyak proses dan seterusnya meningkatkan kos rawatan air. Namun ia bukan satu masalah kepada kerajaan kerana kos ini dibayar oleh rakyat 800% dan sedikit pun tak guna duit bapak mereka (ahli2 politik).
  1. http://wikimapia.org/#lat=2.6095626&lon=101.9441342&z=17&l=0&m=a&v=1 (Loji)
  2. http://wikimapia.org/#lat=2.6187691&lon=101.9457865&z=15&l=0&m=a (Pekan Kuala Sawah, Taman Kristal, Taman Sri Ramai)
  3. http://wikimapia.org/#lat=2.6466346&lon=101.9388342&z=15&l=0&m=a (Nyatoh, Tmn Angsamas F2, Tmn Angsamas F1)
  4. http://wikimapia.org/#lat=2.6683693&lon=101.9209385&z=15&l=0&m=a (Rasah, Mambau, Seremban 3 ...)
  5. http://wikimapia.org/#lat=2.6913468&lon=101.9277191&z=15&l=0&m=a (Taman Rasah, Seremban, ...)
  6. http://wikimapia.org/#lat=2.7051073&lon=101.9460011&z=15&l=0&m=a (Seremban ...)
  7. http://wikimapia.org/#lat=2.7276554&lon=101.9612789&z=15&l=0&m=a (Seremban ..., gambar kurang jelas)
  8. http://wikimapia.org/#lat=2.7487028&lon=101.9934225&z=15&l=0&m=a (Jalan Jelebu, Empangan Sungai Terip)

View Larger Map
Sungai Langat, Selangor

Sole org2 negeri, jangan marah kita bagai tau realiti. Realiti yang sama juga berlaku di negeri2 lain, bukan negeri 9 je.


From Kau Yang Tak Mengerti

From Kau Yang Tak Mengerti
Kembara dari hulu sungai langat ke laut. Maklumat ini diperolehi dari Puncak Niaga, sila rujuk senarai rujukan di akhir artikel ini.

From Kau Yang Tak Mengerti
  1. Sekitar empangan sungai langat, sebelah atas terdapat dua loji rawatan air Loji Sg. Lolo dan Loji Sg. Pangsoon.
  2. View Larger Map
  3. Loji Pembersihan Air Sungai Serai & Loji Pembersihan Air Sungai Langat, Bt 10, Jln Hulu Langat mengambil air dari sungai Langat yang telah melalui pekan Hulu Langat, kawasan perumahan kampung dan taman2, kawasan industri dan sebagainya. Peta di atas.
  4. Next Station... Loji Cheras Bt 11, Kajang. Tidak jauh dari 2 loji tadi. Dalam perjalanan, kita akan temui beberapa kawasan perumahan dan tidak lupa juga loji kumbahan. Ini tak masuk, air longkang, sisa kilang dan lain-lain lagi.
  5. Loji Pembersihan Air Cheras Bt11, terletak berhampiran hai-way. Next Station adalah Loji Pembersihan Air Bukit Tampoi, Dengkil.
  6. Sungai Langat kian membesar, lagi banyak anak sungai dan anak longkang, dan ... menyertai pengembaraan sungai langat. he,he.. Dalam peta macam air teh tarik, tapi gambar tu gambar lama. Sekarang mungkin dah elok kot, JAS, JPS, JAIS dan En. Karam selalu buat pemantauan.
  7. Masuk Kajang, masuk Bangi, sampai UKM, besonya loji kumbahan kat UKM tu, banyak gak kilang ye, sampai ladang sawit, sampai Dengkil... mana dia... aaa jumpa pun.
  8. Loji Pembersihan Air Bukit Tampoi Dengkil, sumber airnya telah dipertingkatkan kandungan mineral dan bahan2 organik. Nak buat lagu mana kerajaan kempen jimat air, kitar semula ... selain boleh buat air minuman, ia juga sangat sesuai untuk menyiram pokok bunga dan buah-buahan. Jimat baja.

Apa pandangan tuan/puan? Dah faham apa yang dimaksudkan? Jelaskan! Daripada mula lagi sumber-sumber air mentah loji-loji pembersihan air, di ambil daripada kawasan yang telah pun dicemari dan termasuk daripada sisa-sisa efluen IWK. Lepas tu mereka nak bincangkan isu alam sekitar, pencemaran sungai, krisis air, pembuangan sampah, pelupusan haram dan babi-babi... hipokrit je. Negara kita tidak mempunyai kawasan tadahan atau kawasan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan atau kawasan yang boleh dikatakan kawasan tadahan sepenuhnya. Walaupun dah 50 tahun dikatakan merdeka, tetapi kita tak mampu nak buat apa2 kerana menteri2 tak mampu nak wartakan dan kuat kuasakan. Mereka cuma pandai membelasah rakyat berhimpun di jalanan, perhimpunan haram kata mereka. Menteri2 celaka ni serta pencacai2 mereka betoi2 bangsat2 negara.

Budaya liwat dan gay amat popular dalam UMNO sejak diasaskan oleh xPM che det, sehingga boleh dibuat secara terbuka di tengah-tengah padang sebagai satu acara sukan. ha, ha, ha...
Mungkin pada mereka loji pembersihan air = benda MAGIK. Air kotor masuk, air bersih keluar... wahhhh, hebatnya. Tepok2... Mereka tak pernah baca ke bagaimana loji pembersihan berfungsi? Kita masih menggunakan kaedah negara lain dalam teknologi rawatan air, walaupun kaedah itu agak ketinggalan zaman. Puncak Niaga telah bersusah payah menerangkan bagaimana proses rawatan air dilakukan di kebanyakkan loji2 mereka dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa Inggeris. Takkan mereka tak faham????? Kan kata, bahasa inggeris dapat meningkatkan penguasaan dalam subjek sains dan matematik, seterusnya boleh menguasai sesuatu teknologi dengan mudah, semua bahan rujukan adalah dalam bahasa inggeris kan, kan, kan. Tambahan pula, sekarang ni nak lulus periksa, mesti lulus bahasa inggeris. Mereka belajar dalam bahasa inggeris, rakyat pun kena belajar dalam bahasa inggeris, mereka lulus dalam bahasa inggeris... kenapa masih tak faham apa yang dipelajari??? Puncak Niaga = Malaysia's Water Specialist, kat mana speselitnya, bukannya mereka cipta teknologi baru yang bersesuai dengan budaya dan agama rasmi Malaysia pun, kalau sekadar cilok teknologi orang atau pakai kitab purba... tu bukan speselist tapi spastik. Patutlah menteri2 nie bangang2 belaka, dia tak paham pun apa yang dia sendiri kata, inikan pula apa yang orang lain kata dalam bahasa inggeris. HAA.

Kembali ke kelas, proses rawatan air yang digunakan secara konseptual adalah proses2 kimia. Ia bermula dari proses pengoksidaan (oxidization), pemendakan (sedimentation), pengkaporan (pH), penurasan (filtration), dan akhir sekali adalah pengklorinan (chlorination) dan sedia untuk diminum. Lihat rajah di bawah, Puncak Niaga bagi free. Air karat bukan masalah rawatan air, ia adalah masalah paip air berkarat. Ini tak menjadi masalah kepada mereka yang berada, walaupun air kencing sekali pun mereka boleh kitar semula dengan mengunakan penapis air pelbagai jenama dan berperingkat-peringat. Ada penapis air berwawasan, ada beraura-aura, ada magikal, ada deionize, ada ozon untuk orang ikan atau ikan duyung, dan penapis kesihatan, minum airnya semua masalah kesihatan beres. Cuma mereka yang kurang berkemampuan akan menghadapi masalah kesihatan akibat air seperti penyakit, logam berat, dos aluminum tinggi (dari proses rawatan air), keracunan, air pili bau bangkai dan lain2. Kata Puncak Niaga, proses rawatan air lagu ne:

From Kau Yang Tak Mengerti
Tapi realiti adalah macam ne, klik gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas:

From Kau Yang Tak Mengerti

Di manakah cerdik pandai Malaysia dengan bahasa inggeris kebanggaan mereka? Kenapa mereka diam, atau mereka tidak mengetahui atau terlepas pandang mengenai perkara ini? Isu remeh, tapi Islam mementingkan aspek kebersihan, kesucian lahir dan batin, makan minum adalah perkara penting dan kritikal? Bukankah mereka? Graduan PPSMI, lebih memahami sains dan matematik yang telah diajarkan dalam bahasa inggeris? Mereka yang tidak fasih bahasa inggeris telah tercicir dan ditapis sejak awal lagi. Adakah bahasa inggeris gagal memahamkan mereka apa makna "kotor", "najis", bukan-bukan, bukan "najis" tapi "shit", bukan "kotor" tapi "dirty", "disgusting", "filthy", …

Kata bahasa, "bukan salah aku, kau yang tak mengerti". "kau yang tak mengerti…", "kau yang tak mengerti…", "kau yang tak mengerti…", "kau yang tak mengerti…" … chorus 1,000,000,000,000x.

Ajar le dalam bahasa apa, mereka memang tetap tak mengerti. Mungkin dah sebati air najis telah disajikan oleh kerajaan marhaen sejak merdeka lagi kepada rakyat malaysia, dan menjadi darah daging dan minda kita. Pokoknya mereka yang bertanggung jawab dalam mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan larangan atau mengawal sumber-sumber air mentah adalah kerajaan persekutuan & kerajaan negeri masing-masing. Pegawai-pegawai kerajaan kaki rasuah patut disembelih hidup-hidup. Dulu aku dengar bekalan air kat Kelantan teruk. Tapi sejak Che Det memerintah dan tinggal-tinggalannya, bekalan air seluruh negara jauh lagi teruk dan semakin-makin teruk. Mereka yang kat hulu sungai, jangan fikir anda tak kena tempiasnya.

Sumber air mentah adalah air najis, air longkang, air kumbahan, air kencing, sisa kilang, najis ternakan, bangkai, sisa ladang, sisa toksik, babi, anjing dan sebagainya. Semua air kotor ini disahkan halal, suci lagi menyucikan oleh si-si celaka dan bangsat2 di Jabatan Agama Islam, Pusat Islam, IKIM, ABIM, MAIK, MAIS, MAxx (bukan Mawi, Mawi tak bersalah, a a a ), PPIM dan ulamak-ulamak kerajaan yang kononnya ulamak atau mengelarkan diri mereka sendiri sebagai ulamak tetapi sebenarnya adalah syaitan-syaitan dalam semak. Jahanam kau syaitan dalam semak! Celaka kau dunia dan akhirat! Walaupun mempunyai bau, warna, rasa, tercemar, kotor, kandungan mikrob berbahaya sangat tinggi e.coli dan beracun, bagi mereka lebih daripada dua kolah, sungai dan mengalir? kira orait… boleh minum. Rakyat Malaysia patut kencing kat muka ulamak2 celaka ni dan paksa mereka minum air kencing. Kata edisi siasat ntv7 (isu air kencing lembu tak expired?), air kencing baru (betul-betul baru) berada dalam keadaan steril belum dicemari mikrob (bebas mikrob?). Haa, haa, ha… Emm, oh ya PPIM ... tak kan dengan ubat gigi mukmin boleh selesai semua masalah halal-haram, dan hidup tanpa waswas?

(suara yang mewakili seluruh pengguna muslim malaysia atau ahli2 kelab sahaja atau kapten kelab?)

X'tra kisah2 tentang air:
  1. Dasar penswastaan mesra rakyat, syarikat2 bekalan air seperti Syabas@Puncak Niaga tidak lagi memasukkan florin (zat fluorida) untuk kesihatan gigi rakyat kerana kata mereka fluorida mudah didapati dalam ubat gigi. Siapa nak makan ubat gigi, bukan kah ubat gigi tidak boleh ditelan ia sama macam sabun (sodium laurel sulfat)? Bagaimana agaknya nasib fakir miskin, nak beli makanan pun susah, inikan pula ubat gigi? Kata mereka klinik kerajaan kan ada, tapi nak pergi ke klinik/hospital kerajaan, siapa nak tanggung mereka? Bagaimana taraf kesihatan gigi penduduk luar bandar terutama fakir miskin nun jauh di pendalaman, secara keseluruhan? Bolehkah kementerian kesihatan memberikan statistik sebenar, bukan laporan budak2 sekolah yang boleh diubah-ubah suai? Malaysia mempunyai ramai menteri yang mahir dalam menyiapkan laporan persatuan budak2 sekolah. Maklumat lanjut : http://en.wikipedia.org/wiki/Fluoride_therapy.
  2. Pembangunan rancak dalam era che det di kawasan tadahan air seperti di Ulu Kelang (berhampiran empangan Klang Gates), telah membawa padah beberapa kali dengan tragedi2 tanah runtuh. Projek2 pembangunan dalam era che det dan samy tak malu, menipu dalam laporan, tidak begitu menghiraukan aspek teknikal seperti geologi, ekologi … natijahnya: tanah runtuh sana sini, beberapa kali kat highway PLUS, fly over MRR retak, jejantas runtuh, jalan cepat rosak, banjir kilat, bangunan runtuh, kadar kemalangan jalan raya yang tinggi, macam-macam lagi …. La nie, dia cakap dia bimbang tetang isu alam sekitar, podah cit.. akai keling punya che det.
  3. Teknologi RO dalam penapis air ajaib masa kini, asalnya digunakan secara komersial oleh NASA. Gunanya? Kat angkasa sumber air amat terhad, lagi sukar daripada gurun pasir atau dalam kata lain air tak wujud langsung di ruang angkasa itu. Jadi tebus guna air, opssss (kena guna istilah inggeris)… "water recycle" amat penting dalam pesawat-pesawat angkasa atau di stesen angkasa. Angkasawan kita mungkin berpengalaman dalam hal ini kan. ;-).
  4. Loji rawatan air adalah kawasan larangan (tak boleh ambil gambar sesuka hati), tetapi kawasan tadahan air adalah kawasan pencemaran. Jika sesiapa atau negara musuh hendak membunuh orang ramai, mereka boleh memasukkan racun yang amat toksik ke sungai (dalam jamban atau longkang pun boleh) dan ramai orang akan terbunuh sementara keracunan itu dapat dikesan atau disedari oleh pengusaha air. Mungkin racun itu bersifat memilih iaitu amat toksik kepada mamalia dan ketoksikan rendah pada ikan. Untuk bekalan air ke Singapura, kerajaan Malaysia boleh memberi perlindungan kepada kawasan tadahan air mereka di Johor, tertutup, terkawal dan ... (tak tahu apa lagi keistimewaan yang boleh ditawarkan).
  5.  - Fotopages.com
  6. Kawasan tadahan air sebagai taman tema air? Bukit Merah Lake Town terletak di Tasik Bukit Merah, Perak. Tasik Bukit Merah merupakan sumber bekalan air utama bagi Daerah Kerian. Di sini juga terdapat laluan keretapi Utara-Selatan yang merentasi tasik ini. Kesan ekologi daripada Bukit Merah Lake Town dirasai oleh pesawah-pesawah daerah Kerian yang miskin. Hujan tak da, ribut takda, tsunami pun tak ada, tetapi kenapa kawasan sawah mereka serta rumah mereka ditengelami banjir (isu sekitar tahun 200?). Begitu juga banjir kilat pernah berlaku di kawasan sekitar tasik bukit merah. Apabila aras air naik ia akan menjejaskan Bukit Merah Lake Resort, oleh itu pihak bertangung jawab terpaksa melepaskan air sehingga menyebabkan banjir kilat kerana jika tidak dilepaskan ia akan membahayakan penduduk (kata mereka). Ada tak Mahathir yang menjadi PM pada masa itu serta Tajul Rosli pikir mengenai masalah alam sekitar, ekologi, geologi dan sistem saliran dan peparitan. Yang mana lagi utama bagi mereka, golongan marhaen atau golongan keparat yang bersuka ria dan bermaksiat di Tasik Bukit Marah.
  7. Adakah kualiti air bekalan air minuman memenuhi piawaian WHO setiap masa, bukan hanya dalam satu masa sahaja? Siapakah yang memantau dan mengaudit kualiti air? Adakah pihak ketiga (bebas atau NGO) bukan anak-anak syarikat atau kroni syarikat bekalan air dan kerajaan, memantau kualiti air selain daripada audit-audit dalaman? Kami tak mahu persijilan ISO9001, kualiti pengurusan syarikat atau pentadbiran syarikat, tak da kena mengena dengan kami rakyat biasa. Kami mahukan laporan kualiti air, air mentah dan juga air diproses dibentangkan setiap bulan dan maklumat ini boleh dicapai dengan bebas oleh rakyat Malaysia menerusi laman web syarikat bekalan air dan juga audit bebas dan telus.
  8. Bodoh, bangang, tolol, syaitan …. Bagaimana pihak pengurusan sesebuah kilang mengelak atau memastikan efluen (sisa buangan kilangnya) memenuhi piawaian yang ditetapkan walaupun sebenarnya tidak, iaitu supaya kepekatan efluen pada bacaan tertentu pada meter. Tau tak! bagaimana helah si celaka? Jika kepekatan efluen melebihi piawaian, maka mereka akan memasukkan air bersih atau apa-apa pelarut ke dalam saluran sisa buangan, kepekatan efluen pasti menurun walaupun kuantiti asal tetap sama. Tak faham? Begini, cuba kita bayangkan kita berada di rumah. Ambil satu jag (1 L) dan satu cawan (35 ml) dan isikan air kosong ke dalam bekas mengikut kapasiti masing-masing (1 L = 1000 ml dan 35 ml ). Masukkan 4 sudu gula ke dalam jag dan empat sudu gula ke dalam cawan, dan kacau sehingga semua gula larut. Yang mana lebih manis? Sudah tentu dalam cawan. Walau pun kepekatan gula dalam jag adalah lebih cair (tawar), jumlah gula yang digunakan adalah sama. Bagaiman JAS hendak mengatasi penipuan ini? Ada cara ke? Seperti biasa, laporan atas kertas boleh ditulis dan dipadam.
  9. Nak kata hantu air bukan, ada hantu lektrik, dan ada juga hantu telepong. Kenapa hantu? Cuba lihat bil air atau bil lektrik, apakah sistem tarif yang digunakan oleh puaka-puaka keparat ini? 20m3 =RM, +20m3= 2 x RM, +20m3 lagi = 3 x RM. Adakah ia satu denda atau hukuman (berganda-ganda) kerana menggunakan sumber melebihi koata? Andaikan sebuah rumah kita gunakan untuk projek tanaman dengan teknik fertigasi, air disembur pada tanam pada waktu-waktu tertentu dengan kadar tetap. Ini dilakukan secara berkomputer, penggunaan air, baja dan sebagainya telah ditetapkan. Andaikan pengunaan air sehari adalah 2m3. Bagaimana bil bulanannya boleh berbeza-beza, tidak bernilai tetap sebagaimana penggunaan bulanan? Bolehkah cara pembacaan meter mempengaruhi bil bulanan?
  10. Secara TEORI Penggunaan harian tetap : 2m3 : Sebulan 30 hari Penggunaan bulanan : 60 m3 Kadar 1 (20m3) RM0.00 = RM0.00 Kadar 2 (15m3) RM1.03 = RM15.45 Kadar 3 (35m3+) RM2.00 = RM50.00 Bil Sebulan (teori) = RM65.45 2 bulan RM130.90 Bagaimana JIKA? Bulan pertama baca lewat dan bulan kedua baca cepat. Bulan 1 : Bilangan hari 45 : Penggunaan (m3) 90 Bil = (20 x 0)+ (15 x 1.03)+ ((90-20-15) x 2) Bil = RM125.45 Bulan 2 : Bilangan hari 15 : Penggunaan (m3) 30 Bil = (20 x 0) + (10 x 1.03) = RM15.45 2 bulan = RM140.90 : Beza = RM15.45
  11. Sekali lagi mengenai bil air dan api. Ramai yang tidak perasan apa bila tarif baru elektrik atau air dikuat kuasakan, ia dikuatkuasakan pada satu tarikh tetap atau serta merta? Kenapa tarif baru tidak dikuat kuasakan pada bil bulan hadapan (bulan seterusnya) dan bulan ini masih dengan tarif lama? Bagaimana pihak syabas (pengusaha bekalan air) dan TNB (pengusaha bekalan elektrik) hendak mengira penggunaan semasa dan mem"bil"kan penggunaan itu. Meter air dan elektrik cuma mencatat bacaan semasa dan tiada rekod penggunaan harian, mingguan atau setiap jam sebagaimana counter laman web (seperti yang terdapat di blog ini). Penggunaan dikira sebagai perbezaan bacaan semasa dan bacaan dahulu/terakhir. Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku, pada tahun 2??? (tak ingat le), dalam bil itu dibilkan; Jumlah bil semasa tarif baru dikuatkuasakan (RM) = jumlah penggunaan (isipadu / kwj) x tarif lama + jumlah penggunaan (isipadu / kwj) x tarif baru. Benar memang sukar untuk mengira bacaan meter dengan dua tarif dalam bulan yang sama, oleh Syabas dan TNB buat2 bangang (salah sistem komputer). Jadi berapa banyak kutipan daripada caj hantu dikumpul oleh TNB dan Syabas? Jika harga lama sebatang pensel adalah 30 sen dan harga baru adalah 50 sen. Macam mana pengguna boleh dibilkan harga sebatang pensel adalah 30 + 50 = 80 sen, jauh lebih tinggi daripada harga baru? Kerajaan boleh buat2 bodo, dan sesiapa pun tak perasan. Baik sangka, semua orang busy dan mereka percaya pada TNB dan Syabas sepenuh jiwa dan raga mereka, oleh itu mereka tidak pernah terfikir untuk melihat bil secara terperinci apatah lagi mempertikai kandungannya. Bayar je senang cerita, lambat potong. Takutnya…. Kalau kat negara barat isu macam ni boleh jadi kontroversi dan demonstasi besar-besaran.
Kau yang tak mengerti, bukan salah bahasa. Kita diterapkan dengan pemikiran statik oleh kerajaan menerusi sistem pendidikan (kalau tak ISA/OSA/OKU). Bila belajar sesuatu itu macam ni (selain keugamaan), maka tak boleh diubah mesti pegang sampai kiamat. Belajar sekadar lulus dan cemerlang dalam peperiksaan, lepas tu dapat kerja bagus, dapat buat banyak duit, dan dapat perah duit orang lain sebanyak-banyaknya. Pastu jadilah doktor seperti po-men workshop, hakim jadi dewa, menteri2 dan ahli2 politik jadi businessman, ustaz & ulama jadi selebriti, artis jadi ikutan, polis jadi mafia, "hub" industri makanan halal diusahakan oleh bukan islam dengan cara mereka, bahasa inggeris jadi bahasa kebangsaan, koboi pakai baju melayu, songkok dan keris, mat2 rempit berjuang bermati-matian di jalan raya dan lebuh raya, zoom-zoom malaysia (mari melawat malaysia@ melancung dalam negara) -ramai mat2/minah2 bangla/ indon/ myamar/ vietnam/ patani/ kampuchia/ filipina/ nepal/ pakistan/ afrika/ arab/ org puteh kat ibu kota & di luar kota ... ini lah negara ku yang kelam, lagi kelam ... lagi suram.

KAU YANG TAK MENGERTI, ilmu dipelajari tetapi tak mahu memahami.

Rujukan :

2 komen:

armouris berkata...

info tentang kualiti air kat sini - Kualiti Air Bergantung Kepada Proses Penulenan

Tanpa Nama berkata...

Lagi isu mengenai pencemaran sungai, sila baca artikel ini:
- Port Dickson, Bandar Tentera Darat atau Bandar Tentera LALAT?
Port Dickson Negeri Sembilan, merupakan sebuah pusat peranginan dan pelancongan yang bertaraf antarabangsa, dilengkapi dengan prasarana rekreasi yang mampu menggamit pelancong dari seluruh dunia mengunjunginya.

Bandar Port Dickson juga baru-baru ini telah dinamakan sebagai Bandar Tentera Darat oleh DS Najib suami Rosmah, bagi mengambil hati sebilangan anggota Tentera yang merupakan pengundi Pos bagi DUN Bagan Pinang.

Buat yang pertama kali menjejakkan kaki ke Bandar pelancongan itu pasti terpegun dengan keindahan dengan keindahan pantainya yang memutih dan landai yang dianugerahi Allah.

Agak menghairankan, bagaimana sebuah Bandar yang telah diberikan gelaran Bandar Tentera Darat itu sebenarnya bukanlah dikuasai oleh Tentera Darat sebenarnya tetapi dikuasai oleh TENTERA LALAT.

baca lagi...

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain