Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

SUARA MERDEKA! MERDEKA!

Mereka kata penulis blog perlu bertanggung jawab terhadap kestabilan, perpaduan dan … negara. Duduk diam dan angguk2 saja, baru lah negara akan aman. Ibarat ayam dalam reban, angguk-angguk seekor demi seekor kena sembelih, walau pun member kena sembelih depan mata, kena angguk2 juga untuk jaga kestabilan negara. Biarkan pemimpin politik nak buat apa yang mereka suka, kita mesti angguk2 baru lah hidup kita akan aman bahagia. CELAKA, BANGSAT… sejarah angguk2 telah menyebabkan negara kita (tanah melayu dalam sejarah) dijajah dan sehingga kini anak2 didik penjajah ini yang menjajah di bumi sendiri.



MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, di mana rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan mereka sendiri. Angguk punya angguk penyakit negara mula membarah dan makin parah, kita tidak mahu sejarah tanah melayu berulang kembali. Aku terpaksa tulis blog ini sebagai salah satu rawatan kemoterapi (orang lain pun punyai inisiatif yang sama), walau pun menyakitkan, bisa, seksa, dan … adalah lebih baik berubat sebelum terlewat. Jika aku tidak bersuara (mengetahui tetapi buat donno), aku bimbang akan menyesal dan amat bersalah apabila segalanya terlambat dan tak lagi terubat.

Tuhan menjadikan kita sebagai manusia, tak perlulah kita memprogramkan minda kita menjadi anjing. Bila mereka pemimpin tidak perlukan lagi anjing2 atau bila mereka dalam terdesak, mereka biarkan anjing2 sebagai korban untuk mereka melepaskan diri. Siapa bodoh, anjing2 juga yang bodoh, pertama menjadi hina kerana menganjingkan diri, merobotkan diri sebagai anjing suruhan dan pengorbanan yang diberi adalah sia-sia bila pemimpin2 itu sendiri yang mengkhianati negara, bangsa, agama dan keluarganya . Jika kamu berkhidmat untuk negara, hendaklah kamu mempertahankannya dan berfikirlah dengan fikiran sendiri … jika kamu menyembah ketua/pemimpin kamu, pergi jahanamlah bersamanya.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain