Kau Yang Tak Mengerti
this site the web

Logo HALAL JAKIM yang mengkhianati umat Islam sedunia

Bercakap mengenai isu halal-haram, kita memandangnya sebagai satu isu sensitif. Sebaliknya bila bercakap mengenai rezeki yang halal, masih ramai yang tidak mempedulikannya. Sensitifnya isu halal-haram, ada pihak yang terover-over mendakwa yang itu haram, ini haram, itu haram... sampai tak masuk akal. Ada juga pihak yang mengharamkan produk-produk saingan untuk membolehkan ia memulakan perniagaan industri halalnya. Sejauh mana penggunaan logo halal dalam menyelesaikan isu halal-haram? Adakah logo halal JAKIM tak berwibawa dan tak bertauliah sebagaimana jabatan itu dan yang sewaktu dengannya? Jika benar, maka mereka telah mengkhianat ugama dan umat Islam seluruh dunia.




Mungkin anda marah melihat logo halal JAKIM diletakkan dicelah kangkang babi, dalam gambar di atas. Tapi adakah anda marah, maruah umat Islam sedunia zaman ini dikhianati oleh JAKIM dan HDC? Apa yang hebat sangat dengan logo halal JAKIM? Kalau hanya design logonya yang nampak menarik tetapi peranannya adalah lesu dan palsu. Kita sering mendengar, kegagalan logo halal JAKIM sebagai pengesahan tanda halal bagi produk makanan halal di media-media massa.

  • Air minuman kita adalah bersumberkan air sungai yang diperkaya dengan nutrien-nutrien daripada longkang-longkang, air kumbahan, bangkai, najis, anjing, babi dan pelbagai sisa toksik. Adakah tak tahu tak apa, atau buat-buat tak tahu tak nampak, benar jadi salah dan salah jadi benar. Inilah satu Malaysia.
  • Banyak produk makanan dengan logo halal JAKIM, mati-mati kita ingatkan halal, tetapi rupanya skandal logo halal.



Saman lima juta akan milik siapa? Yang di khianati adalah umat Islam 1 Malaysia, bukan sekadar individu, JAKIM atau HDC. Heiiii, babi ni buat bisness saman gak ke?



Sungguh berbudi bahasa 1 Malaysia kepada pelancong-pelancong asing. Salah siapa jika warga asing bersepah mereka mengisi sektor perkerjaaan warga tempatan. Pastu kerja janji siap, buat macam mana pun tak apa, kualiti tak perlu, kuantiti lebih diutamakan. Kalau dalam sektor industri perkilangan, hasilnya “made in Malaysia, kualiti “made in china” tak pun “made in thailand” "by bangla", "by indon", "by myamar". Lagi celaka dalam sektor industri makanan halal, laknat sungguh mereka yang suka-suka bagi lesen halal kepada bukan islam membangunkan industri makanan halal untuk umat islam.


Bila industry makanan halal terlalu bernilai komersial, kononnya untuk menjadikan 1 malaysia sebagai hab halal dunia, rantau asia, … inilah akbitnya. Tokeh babi dan anak-anak babi diseru untuk sondol menyondol duit umat islam. Salah siapa, salah anak-anak babi di jabatan-jabatan agama islam dan HDC.



Kat Mana Silapnya Kita?
Apakah misi kerajaan Malaysia, JAKIM, HDC dan kebanyakan pihak mengenai produk makanan halal? Jawapannya adalah http://www.hdcglobal.com/. Mengkomersialkan industri makanan halal dan menjadikan Malaysia sebagai hub makanan halal dunia. Dalam bahasa lain fokus utama produk makanan halal Malaysia, sasarannya adalah nilai komersial, atau diukur dari aspek perniagaan semata-mata? Si laknat-laknat ini mengajarkan kepada bukan Islam bahawa HALAL itu DUIT !!!, halal itu apa? HALAL itu DUIT !!! halal itu apa? HALAL itu DUIT !!!

Jadi bila bukan Islam memahami Halal itu DUIT, maka berlumba-lumbalah mereka mendapatkan logo halal untuk produk makanan mereka. Halal itu apa? HALAL itu DUIT !!! Akhirnya umat Melayu 1 Malayusia yang agak lembap, jauh ketinggalan dalam industri halal cap 1 Malaysia.

Petikan dari HDC:
With a global Muslim population of close to 3 billion, annual trade in Halal products and services is a multi-trillion dollar industry. And through a growing Muslim consumer market force across the globe, all sectors of the Halal industry are thriving.

Dengan populasi global masyarakat Muslim hampir 3 bilion, dagangan tahunan bagi produk dan perkhidmatan Halal adalah industri multi-trilion dolar. Dan menerusi kekuatan pasaran pengguna islam yang kian berkembang seluruh dunia, semua sektor industri pasti Halal berkembang maju.

The growth of the Halal consumer market represents a significant potential for international companies, both in Muslim countries and western markets with significant Muslim populations.

Pertumbuhan pasaran Halal, pengguna mewakili potensi signifikan bagi syarikat-syarikat antarabangsa, bagi kedua-dua negara-negara Islam dan pasaran negara barat dengan populasi penduduk muslim yang ramai.

(maap le, kalau salah translate, pak cik tak pandai sangat bahasa Inggeris, he, he, he... :-) kat HDC tak da versi bahasa Malaysia. Kot ! depa malu nak pakai bahasa Malaysia, dulu negara ni kena jajah dengan orang Inggeris, jadi kita kena lah pakai bahasa Inggeris sebagai budaya kita. 1 “Malay”sia.

Ke manakah hukum agama, tanggung jawab agama, tanggung jawab sosial kepada masyarakat Islam tempatan dan juga masyarakat Islam dunia, dicampakkan? Tak hairan jika ia dicampak di celah kangkang tokeh babi. Ya-lah, HALAL itu DUIT, jadi pencapaian@keuntungan industri/perniagaan makanan halal diutamakan dan duit rakyat, umat Islam didahulukan?

Oleh kerana Halal itu DUIT dan mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi, tanggung jawab penyediaan makanan halal dan barangan yang suci mengikut syarak boleh diserahkan kepada bukan Islam. Sejak bila mereka yang bukan Islam, alim (arif, sangat pandai) mengenai selok-belok hukum bersuci, kebersihan, halal, haram dan lain-lain perkara berkaitan dalam Islam? Ooo, non muslim pun 1 keluarga, saudara seagama dalam agama 1 Malaysia... oooo, gituu...


Kepelbagaian Definisi Halal dan Halal JAKIM
(Segmen ini aku copy & paste dari http://bisnesmamak.wordpress.com/2007/03/23/isu-halal-dalam-bisnes-ala-mamak/)

Terdapat beberapa kekeliruan peniaga bukan Islam yang cuba meniru pendekatan India Muslim dalam mengusahakan restoran berlegar dalam isu halal. Salah faham sebahagian peniaga-peniaga bukan Islam dalam industri makanan ialah mereka mengatakan halal itu hanya melibatkan kebersihan alatan dan mesin dalam proses kerja bagi menghasilkan produk.

Ada peniaga bukan Islam berfikiran bahawa mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja beragama Islam dalam premis maka operasi perniagaan itu halal.

Mereka juga percaya status halal diperoleh jika tidak menjual khinzir dan arak sahaja maka premis tersebut dianggap beroperasi dan memperniagakan produk halal.

Ada yang melihat halal itu sekadar simbol bagi memudahkan orang Islam tahu premis perniagaan dan produk yang diniagakan juga untuk mereka. Maka label halal perlu ditampal di premis. Tanpa label, pelanggan Muslim tidak akan masuk ke premis.

Salah faham ini kebiasaannya berlaku di kalangan pengusaha bukan Islam yang tidak mendapatkan maklumat dari sumber yang disahkan. Bagi membantu menjelaskan salah faham ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan Garis panduan makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam bagi pengeluaran sijil halal.

Tujuan garis panduan.

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan status halal sesuatu produk.
Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut Islam yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

Pengertian maksud Halal

Halal berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Islam.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu.

Maksud Halal, Ditanggung Halal atau Makanan Islam atau apa-apa label lain yang menunjukkan ia dibenarkan oleh agama Islam. Syarat-syaratnya ialah

·    Ia tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang Islam dilarang oleh agama Islam memakannya atau yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.
·    Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut pandangan Islam.
·    Tidak di sedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang bernajis mengikut pandangan Islam.
·    Tidak bersentuhan dan berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Islam dalam proses penyediaan dan penyimpanan.

Sumber dipetik dan diolah semula dari laman web rasmi halaljakim.gov.my, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

(copy and paste tamat)

Memang tidak dapat dinafikan, bukan Islam agak keliru dengan isu Halal dan haram. Kesimpulan mudah bagi mereka adalah halal itu, tiada babi, tiada anjing, dan tiada arak. Tambahan pula ajaran HDC, Halal itu DUIT. Maka dengan adanya logo halal JAKIM maka semuanya halal, dan lebih halal lagi jika benar-benar mendapat kelulusan halal JAKIM. Adakah mereka salah?

Definisi halal JAKIM boleh diperolehi di sini : http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=109&parent_id=91


Bagaimana JAKIM memberi lesen Halal?
Prosedur permohonan lesen halal JAKIM
http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=111&parent_id=91

Walau pun menguruskan urusan halal bagi umat Islam merupakan satu tugas fardu ain/kifayah bagi JAKIM, sebagai sebuah badan kerajaan maka banyak prosedur-prosedur birokrasi yang perlu dipatuhi dan servis caj yang perlu dibayar oleh industri/perniagaan yang ingin memenuhi tanggung jawab fardu kifayah kepada umat Islam. Terima kasih atas dasar-dasar ini, penjaja-penjaja kecil berskala mikro/nano tidak perlu mendapatkan pengesahan sijil halal kerana mungkin servis caj dan syarat-syarat permohonan itu agak membebankan bagi mereka. Oleh itu, penjaja-penjaja kecil tidak perlu dipantau kehalalan pemprosesan makanan atau barangan mereka.
http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=112&parent_id=91

Bukankah mereka sepatutnya memudahkan urusan umat Islam dan bukannya menyusahkan? Adakah persijilan adalah satu perkhidmatan atau satu perniagaan JAKIM, HDC dan yang sewaktu dengannya? Golongan yang banyak mendapat faedah dari persijilan HALAL JAKIM@HDC adalah pengusaha-pengusaha makanan/barangan/perkhidmatan bukan Islam. Jadi taklah menghairankan jika 80% pengusaha yang mendapat logo HALAL JAKIM adalah BUKAN ISLAM. Ini kenyataan media, bukan tuduhan tak berasas: Jakim siasat segera aduan halal – Utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1204&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive)

Keperluan bagi pensijilan halal antaranya
  • Disyaratkan mempunyai minima dua orang pekerja Muslim yang tetap dan berwarganegara Malaysia di bahagian dapur/ pengendalian/ pemprosesan makanan.
  • Kebersihan peralatan, pengangkutan, kawasan pengeluaran dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices).
  • Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices)
http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=114&parent_id=91
Dari kitab mana, JAKIM dapat hukum ini. Baru print semalam ke?

Apakah perbezaan thoharoh dalam Islam dengan “amalan pengilangan yang baik” dan “amalan kesihatan yang baik”? Adakah JAKIM dapat membezakannya? Adakah sama? Bukan Islam boleh memahami kedua-dua “amalan pengilangan yang baik” dan “amalan kesihatan yang baik” (macam quality control), tetapi adakah mereka dapat memahami apatah lagi menghayati thoharoh?

Sejauh mana syarat-syarat atau aturan-aturan halal ala JAKIM, HDC dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha industri/peniaga-peniaga bukan Islam? Cuba kita lihat keperluan persijilan bagi pasar raya:

Bagi pasaraya yang menjual bahan mentah dan produk halal dan tidak halal,perkara berikut mesti diambilkira:
  • kawasan bagi kategori HALAL dan TIDAK HALAL hendaklah tidak berdekatan atau bersebelahan dan dilabelkan dengan jelas;
  • produk halal mestilah diasingkan daripada produk tidak halal walaupun di dalam kategori yang sama;
  • label atau tanda barangan bagi kategori HALAL dan TIDAK HALAL mestilah dipamerkan dengan jelas;
  • susun atur barangan hendaklah mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti bahan mentah basah, kering dan sebagainya;
  • tempat (kaunter) pembayaran bagi kategori HALAL dan TIDAK HALAL ini hendaklah berasingan di antara satu sama lain; dan
  • penggunaan troli/bakul hendaklah berasingan bagi kategori HALAL dan TIDAK HALAL. Pelabelan atau penggunaan warna troli/bakul yang berlainan hendaklah digunakan untuk tujuan tersebut dan makluman ini hendaklah disebarkan atau pengusaha premis hendaklah menggunakan apa cara sekalipun bagi memudahkan pengguna memahami erti pengasingan/ perbezaan troli atau bakul tersebut.

Apa pandangan anda?
Prosedur pemeriksaaan bagi persijilan Halal JAKIM: http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=101&parent_id=91

Sejauh mana Halal JAKIM itu Halal?
Proses-proses persijilan HALAL, ditetapkan aturan-aturan setebal aturan perundangan, siap dengan definisi dan huraian secara undang-undang. Apakah yang JAKIM dan HDC, dan umat Islam seluruhnya terlepas pandang? Sebenarnya sama ada sedar atau tidak, atau mata hati kita telah berkarat, kita telah terlepas pandang satu perkara asas, iaitu thoharoh (bersuci). Jika perlu anda boleh refresh balik mengenai subjek thoharoh melalui blog/web berikut. Terima kasih diucapkan kepada blog-blog atau web yang sudi berkongsi ilmu mengenai thoharoh, antaranya:
http://iskandariah.perubatan.org/forum/index.php?topic=139.0
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9372.0

Tak lah menghairankan sangat jika thoharoh tidak begitu dititik beratkan oleh masyarakat islam tempatan, meskipun sebaliknya, thoharoh amat dititik beratkan dalam Islam. Realiti ini boleh disaksikan, dibenarkan oleh tahap kebersihan tandas di masjid-masjid dan surau-surau, biasanya lebih teruk daripada tandas awam. Malah terdapat AJK masjid termasuk pak imam dan bilal, yang beranggap tandas itu tempat najis, menjijikkan dan tidak perlu serius sangat menjaga kebersihan tandas masjid. Kesudahan najis-najis dari tandas masjid yang tak dijaga terbiar, sering diheret ke dewan sembahyang. Tak tahulah apa sebab kita bersembahyang, berjemaah, untuk apa, untuk siapa? Kalu thoharoh tidak dijaga dan dititik beratkan. Maksud hadis : “Kebersihan adalah sebahagian dari iman”, “Kunci solat adalah bersuci”, “Agama itu didirikan atas kebersihan”.

Petikan dari blog tadi (copy & paste):
Adapun dalam mazhab Syafi’ie, ada 13 perkara yang diputuskan sebagai najis berdasarkan ijtihad ulamak-ulamak mazhab, iaitu;
1. Anjing; semua juzuk di badan anjing adalah najis.
2. Babi; semua juzuk di badan babi adalah najis.
3. Air kencing; semua jenis air kencing adalah najis sama ada dari manusia atau haiwan.
4. Tahi; semua jenis tahi adalah najis sama ada tahi manusia atau haiwan.
5. Air mazi; iaitu cecair nipis berwarna kekuningan yang keluar dari kemaluan ketika naik syahwat.
6. Air madi; iaitu cecair kental berwarna putih yang keluar dari kemaluan selepas kencing atau selepas keletihan.
7. Arak dan semua minuman yang memabukkan seperti tuak dan seumpamanya.
8. Bangkai/mayat; kecuali mayat manusia, bangkai haiwan laut (ikan dan sebagainya) dan belalang.
9. Darah; semua jenis darah adalah najis sama ada darah manusia atau haiwan.
10. Nanah
11. Anggota yang terpisah dari haiwan ketika masih hidupnya; kecuali bulu binatang yang halal dimakan seperti bulu biri-biri, bulu ayam dan sebagainya.
12. Susu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya.
13. Muntah

Kita hanya sibuk dengan makanan haram yang mengandungi zat babi, tetapi bolehkah sesuatu yang halal bertukar menjadi haram? Sebagai contoh (luar topik), makanan yang halal menjadi haram jika diperolehi dengan rezeki yang haram. Makanan yang halal atau bahan-bahan yang halal boleh menjadi haram jika bercampur aduk dengan yang haram, walau pun sedikit. Sekali pun sesuatu makanan itu dimasak oleh orang Melayu, jika dia tidak menjaga thoharoh, kencing berdiri, berak basuh cincai-cincai, tidak menjaga kebersihan diri, pengotor dan sebagainya, makanan itu boleh menjadi haram kerana bercampur najis yang terlekat pada pakaian dan anggotanya. Ini boleh disahkan oleh kes keracunan makanan, apabila makanan yang disediakan itu dimakan oleh dia sendiri atau orang lain. Macam kes mamak roti canai dengan taik terlekat di celah cincin. Weeekkkkkk .....
Biarpun aturan persijilan Halal JAKIM setebal gunung, apakah jaminan JAKIM yang bukan Islam memahami garis panduan Halal-haram dan bersuci dalam Islam. Bukan Islam tetap tidak memahami dan tidak ada keperluan baginya untuk mengamalkan thoharoh. Lagipun hukum thoharoh adalah untuk kita umat Islam, bukan mereka yang bukan Islam. Apa kaitannya?



Selain kencing berdiri, tak basuh pulak tu, lepas kencing, seorang tukang masak bukan Islam bergegas kembali ke dapur bagi menyambung semula kerja-kerjanya. Mungkin anda mengatakan hujah ini abstrak, tak jelas. Bagaimana pula penyedia-penyedia makanan bukan Islam, yang mendapat kelulusan halal bagi permisnya atau tempat kerjanya. Adakah JAKIM, HDC dan pihak yang bertanggung jawab mengkaji, meneliti kehidupan mereka yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan makanan atau pembuatan? Apakah alasannya, kalau tak tahu tak pa? Dimaafkan, dimaafkan kepala hotak hang !!! Semua orang tahu, rata-rata masyarakat bukan Islam di Malaysia membela anjing di rumah mereka dan mereka juga memasak dan memakan babi. Bagaimana pula dengan pakaian mereka, adakah bebas dari unsur babi dan anjing? Adakah JAKIM telah mewajibkan mereka yang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam bagi tujuan kelulusan persijilan HALAL JAKIM?

Bukan Islam membela anjing, membela babi, adakah mereka akan bersamak setiap kali datang kerja? Kerja yang melibatkan pemprosesan makanan atau produk bagi kegunaan umat Islam? Wajib kah ke atas mereka untuk berbuat demikian? Mereka memasak babi di rumah, makan babi tiap-tiap hari, bawa bekal dari rumah dan tiap-tiap hari menyediakan makanan atau barangan untuk umat Islam. Lebih menarik lagi, ada kilang yang anjing berkeliaran dalam kawasan pemprosesan makanan/pembuatan, siap boleh jadi tukang rasa masakan lagi.

Mereka yang bukan Islam pun pening dengan telatah umat Islam Melayu. Boleh ke, tak boleh ke, boleh ke, tak boleh ke, ntah le. Apa tu halal? Ooo.. itu olang Melayu mahu buat bisnes Halal ma, hub halal ma, satu dunia olang islam makan ma. Ini bisness banyak untung ma. Banyak billion ma. Kesudahannya bukan Islam melihat HALAL itu dari sudut nilai komersial sahaja, sama dengan umat Islam Melayu yang bangang. Maka lahirnya, mamak palsu, mualaf palsu, produk munafik dan sebagainya.

Satu pengkhianatan besar kepada dunia Islam dan umat Islam sedunia, Malaysia membangunkan industri halal supaya negara ini boleh menjadi hub Halal dunia atau sekurang-kurangnya hub Halal dirantau ini. Akan tetapi industri Halalnya didominasi-kan oleh pengusaha-pengusaha bukan Islam (80%). Kenapa ini terjadi ? Ramai yang percaya dengan logo Halal JAKIM (Malaysia), tetapi logo Halal yang di sijil-kan JAKIM/HDC telah mengkhianati mereka. Bodoh sangat ke kita orang Melayu yang mengaku beragama Islam? Apakah ilmuan agama di JAKIM, IKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Penasihat Agama, Mufti-Mufti, Ketua Agama Negeri-negeri tidak mengerti, atau tak reti-reti?

Halal tapi Tamak dan Menindas
Orang kita ini tamak sangat ke, ayam bertelur sebiji riuh sekampung? Bila mencipta satu produk atau sebaris produk ajaib yang mempunyai nilai komersial maka diletakkan harga yang tersangat tinggi. Hanya mereka yang berada mampu membelinya. Bagaimana pula dengan tanggung jawab sosial, sekurang-kurangnya tanggung jawab kepada agama dan masyarakat Islam sekeliling. Sebagai contoh, produk gamat (selaku ubat) kenapa tidak boleh dijual sekitar harga ubat batuk? Sepatutnya nilainya adalah dalam kategori harga ubat batuk. Oleh itu manfaat bagi produk gamat hanya boleh dinikmati oleh golongan kaya atau mereka yang berada sahaja. Buat kerja sikit nak-kan nilai komersial, kerja sikit nilai komersial, dan tak buat kerja, pun nak nilai komersial. Ini bukan ajaran Islam kerana Islam tidak mengajarkan supaya tamak kepada harta dunia. Sebaliknya Islam menyuruh kita menggunakan harta dunia untuk membuat kebajikan dan mencari keredaan Allah swt. Mengejar dunia, tamak-kan harta dunia, gila kuasa, sayang kerusi, hmmm ... inikan ajaran UMNO, mazhab che det (ulama besar umno).

Sembang-sembang halal:
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/plugins/forum/forum_viewtopic.php?3987
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.552

2 komen:

Mr. Din berkata...

Panjang lebar nampaknya...

Tapi saya ada satu soalan pendek saja..

1. Kalau tiada JAKIM, siapa mahu anda harapkan utk memberi garis panduan pengeluaran makanan halal?

Kalau PAS memerintah, pasti dia akan guna nama lain, dan implikasinya sama sahaja. Sekiranya anda berbicara mengenai agama, sudah tentu anda memandang bagaimana bahalul-bahalul kafir dikantoikan oleh JAKIM kerana cuba memperdaya umat Islam. Tetapi malangnya, anda berbicara dari sudut politik semata. Hanya mencari kesalahan dan bukannya mencari penyelesaian.

Jujur saya katakan, anda umat Islam yang paling menyedihkan...

Hang Kelam berkata...

wah hebatnya ... 1 soalan pendek je .. wahh

jawapannya pendek gak, garis panduan makanan Halal, taharah, halal dan haram, semuanya terkandung dalam syariat Islam yang diajarkan oleh Rasullullah saw berdasarkan wahyu yang diturunkan daripada Allah SWT. Takkan sdr tak tahu kot... mmm ...


Bila bercakap berlawanan arus, orang kata mempolitikkan isu-isu mencari-cari kesalahan pihak-pihak yang mereka puja dan dewa-dewakan.

Nak buat macam-mana, syariat agama Islam meliputi semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Kalau dah berbau politik, itu tak dapat nak dielakkan.

Dan pak cik tak perlu masuk PAS atau PKR untuk mengatakan tentang perkara ini. Sebagai muslim apabila kita mengetahui dan menyedari sesuatu yang tak betul, amanah bagi kita untuk membetulkannya dan bukan mendiamkannya.

Siapa yang kantoi dan siapa yang bahalul, ADAKAH SDR FIKIR INI GAMES KE? Masyallah! Siapa yang diperbodohkan dan siapa pula yang memperbodohkan? Dan siapa yang paling bodoh? Tak tahu ke? Nak tahu? Kalau nak tahu tengok siapa paling untung, boleh buat duit berbillion dollar.

"In the end" ... bila logo halal Jakim tak punya kredibiliti, bila nak cari makanan halal, kena guna cara lama ... alo, alo, ini ... siapa bikin, olang cina ke, olang melayu atau olang Islam yang bikin ini makanan. Takkan sdr tak nampak ini penyelesainnya. Kesian, kesian ...

Terima kasih, jika pak cik umat islam yang paling menyedihkan pada kaca mata sdr. wa, wa, wa... sedihnya.... TAPI kalau pada pandangan Allah SWT, pak cik telah menunaikan amanah ini, itu adalah lebih dari memadai dari pandangan mata sdr tu. Ha, ha, ha ...

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat." Fatir:35

dan Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." az-Zumar:9.

Related Posts with Thumbnails
 

Pasai Blog Ini

MERDEKA bukan pada mata, juga pada minda, rakyat boleh bersuara atau mempunyai pandangan sendiri. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu sistem kerajaan terdiri daripada dua golongan iaitu pemerintah dan juga pembangkang. Pembangkang adalah sebahagian daripada sistem kerajaan berdemokrasi, bukan pengkhianat negara! Hanya mereka yang bodoh yang tak memahami erti demokrasi, takkan dapat memahaminya. Peranan pembangkang adalah mengimbangi sesebuah kerajaan, supaya pemerintah yang memerintah tidak menggunakan kuasa sewenangnya. Sesebuah kerajaan bukanlah seperti kelab bola, maka kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih bertanggung jawab kepada negara dan bukan parti politik yang dipuja. Angguk punya angguk menyembah pemimpin, menyembah ketua, menyembah raja,... penyakit negara membarah dan makin parah. Adakah kita mahu sejarah hitam tanah melayu (suatu BALA, bencana, musibah) berulang? Ini janji Allah swt. kepada mereka yang mengkhianati amanah-Nya.

Lain-lain